Lonjakan Luar Biasa Trafik ke Pahang Sempena Aidilfitri
Dijangka Sebanyak 3.14 juta kenderaan dijangka membanjiri negeri Pahang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Razali Kassim, aliran trafik tertinggi diramalkan berlaku bermula 27 Mac hingga 7 April 2025.
Daripada jumlah tersebut, sekitar 2.24 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
903,000 lagi pengguna jalan raya akan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) sebagai pintu masuk utama ke negeri ini.
Kesesakan Trafik Dijangka Pada 5 dan 6 April
Menurut Razali, kemuncak kesesakan trafik dijangka berlaku pada Sabtu, 5 April, khususnya di Lebuhraya KL-Karak dengan anggaran sebanyak 216,000 kenderaan akan menggunakan laluan tersebut dalam tempoh sehari.
Sementara itu, LPT1 dijangka mengalami puncak aliran trafik pada Ahad, 6 April dengan sekitar 119,000 kenderaan bakal melaluinya.
“Dengan kemungkinan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Isnin, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan teruk, malah memberi ruang untuk pemanduan yang lebih selamat dan selesa,”
Ads
katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan dan Ops Siaga Raya Aidilfitri Tahun 2025 yang berlangsung di Kuantan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim.
Penambahbaikan Infrastruktur Demi Keselamatan Pengguna
Kerajaan negeri turut memandang serius aspek keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
Sehubungan itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan sedang giat dijalankan, termasuk di laluan penting Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Ads
Mengulas isu tular berkaitan kerosakan jalan di pakej 5C1, Bentong, Razali mengesahkan bahawa kerja pembaikan sepanjang 400 meter di lokasi tersebut telah pun dimulakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu ini.
“Kita juga memberi perhatian terhadap kawasan yang tidak mempunyai pencahayaan mencukupi. Lampu jalan akan dipasang secara berperingkat, mengikut kelulusan peruntukan semasa. Di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik, kita akan memasang lampu solar sebagai alternatif pencahayaan,” jelas beliau.
Saranan Buat Pengguna Jalan Raya
Peningkatan jumlah kenderaan ini sememangnya menjadi cabaran utama setiap kali musim perayaan.
Ads
Oleh itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar menyemak laluan perjalanan, mengelak waktu puncak, dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Langkah proaktif oleh pihak berkuasa dan kesedaran pengguna amat penting bagi memastikan keselamatan di jalan raya terpelihara sepanjang musim perayaan ini.
Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta. Ia selepas mangsa cedera parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk.
Abangnya, Muhamad Syafiq, 29, memaklumkan bahawa Siti Nurul Masyitah telah selesai menjalani pembedahan tulang pelvis dan bahu kanan semalam dan berada dalam keadaan stabil.
“Dua pembedahan tersebut dilakukan serentak dan doktor memberitahu pembedahan seterusnya adalah untuk pembedahan plastik kerana kulit adik tidak boleh diambil dari anggota badannya yang lain,” katanya ketika ditemui wartawan di hospital itu pada Rabu.
Keadaan Helmet yang disarung Masyitah yang diseret sejauh 600 meter dari tempat pelanggaran
Penerimaan Keluarga
Beliau menjelaskan bahawa kemalangan berlaku ketika adiknya dalam perjalanan ke pusat latihan di Persatuan Kanu Negeri Johor, Bakar Batu di Johor Bahru.
Sementara itu, ibu mangsa, Saloma Ramli, 58, berharap agar anak kelimanya itu mendapat pembelaan selepas cedera parah akibat dilanggar pemandu mabuk. Ibu kepada lapan anak itu, yang patah tulang belakang akibat jatuh motosikal pada 21 April lalu, berkata Siti Nurul Masyitah adalah seorang anak yang rajin dan sering membantu merawatnya.
“Saya amat sedih dengan kemalangan yang menimpanya dan harapan saya, pelaku tersebut diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa,” katanya.
Motosikal Masyitah yang berada di tengah jalan raya selepas dilanggar pemandu mabuk
Menurut..
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah. Beliau turut melawat atlet tersebut berkata kerajaan negeri akan terus memantau perkembangannya selain membantu dari segi rawatan.
Beliau juga menyatakan bahawa Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor bersedia untuk menampung kos pembelajarannya pada masa hadapan.
“MSN memaklumkan akan menampung kos pembelajaran selepas beliau sembuh sepenuhnya. Kami ada peruntukan khas untuk pembelajaran atlet, termasuk untuk menyambung diploma dan ijazah,” katanya.
Masyitah (paling kanan) bersama pasukan kayak negara
Pencapaian Siti Nurul Masyitah
Siti Nurul Masyitah merupakan pelajar semester keenam Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Ibrahim Sultan. Beliau salah seorang atlet kayak dan Dragon Boat Malaysia yang telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Beliau yang menunggang motosikal, dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Vios pada Sabtu lepas kira-kira 4.30 petang di kilometer 3.5 Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata. “Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pinggul, dan luka di bahagian kaki. Manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau juga berkata pemandu lelaki berusia 30-an yang positif alkohol itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam dunia automotif yang semakin maju, aspek keselamatan kenderaan terus menjadi keutamaan. Namun, satu trend yang membimbangkan telah dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, iaitu penggunaan aksesori ‘dummy buckle’ sebagai cara mengelak pemakaian tali pinggang keledar.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, mendedahkan bahawa dalam Operasi Khas Tahun Baru Cina (TBC) baru-baru ini, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar mencatat jumlah tertinggi, dengan sebanyak 195 kes dikesan.
Kredit Foto : www.sinarharian.com.my
Lebih mengejutkan, lebih 30 peratus daripada jumlah itu membabitkan penggunaan ‘dummy buckle’.
“Kita dapati pemandu suka memakai ‘dummy buckle’ bagi menghentikan penggera (jika tidak memakai tali pinggang keledar) dengan alasan tidak selesa dan terlupa. Namun, ini adalah satu kesalahan besar kerana boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas operasi khas di Plaza Tol Senawang, semalam.
Trend yang Mengancam Nyawa
Kita tidak boleh menafikan kepentingan teknologi keselamatan dalam kenderaan moden.
Penggunaan ‘dummy buckle’ bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi juga menafikan keupayaan tali pinggang keledar untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada kecederaan serius atau kematian dalam kemalangan.
Dalam operasi tersebut, JPJ turut menjalankan pemantauan terhadap 70 bas melalui teknik penyamaran sebagai penumpang.
Hasil pemerhatian mendapati tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan pemandu bas semakin meningkat, namun masih terdapat beberapa kesalahan yang membimbangkan:
Memandu di lorong kanan secara berterusan (31 kes)
Menurunkan dan mengambil penumpang di lokasi tidak dibenarkan (12 kes)
Tiada pemandu kedua (10 kes)
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu (3 kes)
Merokok dalam kenderaan (2 kes)
Tidak menyelenggara buku log (4 kes)
Selain itu, pemeriksaan dan audit pematuhan operasi perkhidmatan bas di terminal turut menyaksikan 24 bas diambil tindakan dengan 38 notis dikeluarkan atas ketidakpatuhan terhadap Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tambahan pula, 12 notis turut dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Kesedaran dan Tanggungjawab Pemandu
Penggunaan ‘dummy buckle’ mencerminkan sikap sambil lewa sesetengah pemandu terhadap aspek keselamatan jalan raya.
Sebagai komuniti automotif, kita perlu terus menyebarkan kesedaran tentang pentingnya pemakaian tali pinggang keledar dan mematuhi peraturan jalan raya.
JPJ Negeri Sembilan menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin, terutama menjelang musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.
Langkah ini amat penting dalam usaha mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kemalangan yang boleh dielakkan dengan pematuhan peraturan keselamatan.
Kredit Artikel : Bernama
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Dalam satu inisiatif terkini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menerima tambahan 20 unit motosikal pengiring berkuasa tinggi. Motosikal-motosikal ini akan dilengkapi dengan pelekat reflektif PDRM khas dan bertujuan untuk digunakan sebagai pengiring rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Dari segi reka bentuk, motosikal yang dipilih untuk tugas istimewa ini adalah model BMW R1250RT. Model yang terkenal dengan prestasi tinggi dan kestabilan semulajadi ini akan menjadi pilihan utama dalam menjalankan tugas pengawalan.
Kredit Foto: FB Armorblaze
Salah satu ciri utama yang menarik perhatian adalah kelengkapan standard motosikal pengiring yang disematkan ke dalam BMW R1250RT ini. Ia dilengkapi dengan pelekat reflektif khas PDRM, menonjolkan identiti rasmi pasukan keselamatan negara kita.
Keputusan untuk melibatkan sebuah syarikat tempatan dalam penghasilan motosikal ini adalah langkah positif. Armorblaze, sebuah syarikat berpengkalan di Ampang, menjadi pilihan untuk menjalankan tugasan ini. Kecekapan dan kebolehpercayaan syarikat tempatan ini memberikan keyakinan kepada PDRM bahawa motosikal yang dihasilkan akan memenuhi standard keselamatan dan prestasi yang diperlukan.
Kredit Foto: FB Armorblaze
Dengan gabungan kecanggihan motosikal BMW R1250RT dan sentuhan tempatan melalui Armorblaze, diharapkan motosikal pengiring baru ini akan menjadi penyeri dalam siri pengawalan rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...