Lampu isyarat lalu lintas adalah sebahagian penting dalam pengurusan aliran trafik di bandar-bandar seluruh dunia.
Kebanyakannya dirancang untuk menjaga keseimbangan antara pejalan kaki dan kenderaan.
Terdapat beberapa lampu isyarat yang terkenal kerana tempoh masa yang sangat panjang sebelum bertukar warna.
Dalam artikel ini, kita akan melihat 5 lampu isyarat paling lama di dunia yang menjadi lambang kesabaran bagi pengguna jalan raya.
1. Sion-Panvel Highway, Mumbai, India
Kredit Foto : Youtube Channel Anuj N
Di persimpangan Sion-Panvel Highway di Vashi, lampu isyarat ini memegang rekod sebagai salah satu yang paling lama di dunia.
Pengguna jalan raya di sini mungkin perlu menunggu sehingga 300 saat (5 minit) untuk lampu bertukar hijau.
Ini disebabkan oleh kesibukan persimpangan yang menghubungkan beberapa kawasan utama di Mumbai dan Navi Mumbai.
2. Hangzhou, China
Kredit Foto : Facebook People’s Daily, China
Hangzhou, sebuah bandar teknologi yang terkenal di China, mempunyai salah satu lampu isyarat paling lama di persimpangan utama yang menghubungkan lebuh raya ke pusat bandar.
Ads
Tempoh menunggu di sini boleh mencapai 240 saat (4 minit).
Dengan populasi yang semakin meningkat dan jumlah kenderaan yang bertambah, bandar ini menghadapi cabaran besar dalam mengurus kesesakan trafik.
Teknologi pintar kini sedang diuji untuk mengurangkan masa menunggu, tetapi buat masa ini, persimpangan ini kekal sebagai antara yang paling mencabar untuk pengguna jalan raya.
3. Shibuya Crossing, Tokyo, Jepun
Kredit Foto : Website japantravel
Persimpangan ikonik di Shibuya, Tokyo, bukan sahaja terkenal dengan jumlah pejalan kaki yang luar biasa tetapi juga tempoh lampu isyaratnya.
Di Shibuya Crossing, lampu isyarat untuk pejalan kaki boleh mengambil masa sehingga 180 saat (3 minit) sebelum bertukar.
Ads
Ini disebabkan oleh jumlah pengguna jalan yang sangat besar, terutamanya pada waktu puncak.
Shibuya Crossing memerlukan koordinasi yang teliti untuk memastikan semua pejalan kaki dapat melintas dengan selamat dalam masa yang sesuai.
4. Place Charles de Gaulle, Paris, Perancis
Kredit Foto : Facebook PARIS de mes Amours
Di sekitar Arc de Triomphe, Place Charles de Gaulle mempunyai salah satu persimpangan paling rumit di Paris.
Dengan 12 jalan yang bersambung ke bulatan besar ini, lampu isyarat di sini boleh mengambil masa sehingga 150 saat (2.5 minit) untuk kitaran penuh, membolehkan trafik mengalir dari semua arah.
Ads
Keadaan ini ditambah dengan kesesakan pelancong dan pemandu tempatan, menjadikan persimpangan ini salah satu yang paling mencabar untuk dilalui.
5. Times Square, New York, Amerika Syarikat
Kredit Foto : Website wired
Times Square bukan sahaja terkenal dengan papan iklan digital yang menarik, tetapi juga dengan lampu isyarat yang memerlukan kesabaran.
Di persimpangan yang sibuk ini, pemandu boleh menunggu sehingga 120 saat (2 minit) sebelum lampu bertukar hijau.
Tempoh ini diperlukan untuk memberi ruang kepada pejalan kaki dari setiap sudut, terutamanya pada waktu-waktu sibuk seperti Hari Tahun Baru atau acara besar.
Lampu isyarat di sini sering diubah suai untuk menyesuaikan dengan jumlah orang ramai yang luar biasa.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Bersempena sambutan Aidilfitri bersama media baru-baru ini di Courtyard Kuala Lumpur, ARIIC Malaysia tampil bergaya dengan memperkenalkan model skuter terbaharu mereka – ARIIC 318GT.
Gabungan rupa agresif, teknologi moden dan prestasi mantap menjadikan skuter ini calon serius untuk menambat hati penunggang tempatan yang mencari sesuatu lebih daripada sekadar gaya.
Warna & Prestasi
Ditawarkan dalam tiga warna menarik – Matt Black, Dark Grey dan Matt Grey. 318GT diletakkan pada harga permulaan RM22,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Ia boleh dimiliki melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara.
Jantung kepada 318GT ialah enjin silinder tunggal SOHC 330cc. Penyejukan cecair dengan kuasa 20.6kW pada 7,000rpm dan tork 30.8Nm pada 5,500rpm.
Dipadankan bersama transmisi automatik CVT dan klac sentrifugal kering. Penukaran kuasa terasa lancar dan mesra tunggangan.
Rekaan Keseluruhan
Dari segi reka bentuk ARIIC. Garis aerodinamik dikemaskan dengan lampu LED bentuk-V di hadapan. Disambung ke lampu isyarat serta lampu belakang yang moden.
Sistem paparan TFT digital memberikan info penting secara jelas. Manakala sistem pencucuhan ECU pula membantu penjimatan bahan api.
Dari sudut dimensi, skuter ini berdiri dengan ukuran 2,215mm panjang, 780mm lebar, dan 1,395mm tinggi, serta jarak roda 1,540mm. Cukup stabil untuk tunggangan dalam bandar atau lebuhraya. Tempat duduk setinggi 790mm dan tangki 16-liter menjadikannya rakan baik untuk perjalanan jauh. Berat kering pula dicatat pada 208kg.
Suspensi, Brek & Tayar
Suspensi depan dan belakang menggunakan penyerap hentak berkembar. Memberikan keselesaan maksimum walau jalan tidak rata. Sistem brek pula menampilkan cakera berganda 260mm di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang. Lengkap dengan ABS dwi-saluran dari BOSCH. Tayar pula bersaiz 120/70-14 (depan) dan 150/70-13 (belakang) jenis CST tanpa tiub.
Ruang simpanan? Banyak. Ada ruang di bahagian depan kiri siap dengan USB Type-A & C. kompartmen tengah, serta ruang bawah tempat duduk lengkap sistem pencahayaan dan boleh simpan satu helmet full-face dan satu helmet separuh. Ada juga pelindung angin boleh laras, butang kawalan berlampu dan kunci pintar PKE yang menyala automatik bila pemilik dekat.
Perincian Moden Lain
Lebih menarik, ARIIC turut melengkapkan skuter ini dengan kamera dashcam hadapan, TPMS (Tyre Pressure Monitoring System). Serta beberapa ciri premium lain seperti brek tangan boleh laras, footrest aluminium boleh lipat dan pemegang belakang praktikal.
Dengan jaminan tanpa had perbatuan selama dua tahun dan sokongan alat ganti atas talian daripada Mforce Bike Holdings, ARIIC 318GT bukan sekadar skuter – ia satu pakej lengkap untuk mereka yang mahu tampil bergaya sambil menikmati tunggangan selesa dan penuh keyakinan.
Selamat Tinggal Honda Civic Type R: Edisi Ultimate Tanda Perpisahan Model Ikonik Civic
Selepas hampir tiga dekad mendominasi dunia hot hatch, Honda Civic Type R bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasaran UK dan Eropah.
Perpisahan ini diraikan dengan pelancaran Edisi Ultimate, sebagai penghormatan kepada warisan selama 28 tahun model berprestasi tinggi ini.
Akhir Sebuah Era
Honda mengesahkan bahawa Civic Type R akan dikeluarkan daripada barisan jualannya menjelang 2026.
Keputusan ini dibuat susulan perubahan drastik dalam industri automotif yang kini semakin dikawal oleh peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat di Eropah dan UK.
Malangnya, Civic Type R dalam bentuknya yang sedia ada tidak lagi mematuhi piawaian baharu tersebut.
Edisi Khas
Sebagai penutup tirai, Honda melancarkan Civic Type R Ultimate Edition, lengkap dengan warna ikonik Championship White dan jalur merah bergaya lumba yang menyuntik elemen klasik Type R.
Di ruang dalaman pula, model ini dihiasi dengan kemasan gentian karbon di bahagian skidplate pintu dan konsol tengah yang menambahkan aura eksklusif dan agresif.
Hanya 40 unit akan dihasilkan, dengan 10 daripadanya dikhaskan untuk pasaran UK, dijual berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
Walaupun harga rasmi belum diumumkan, ia dijangka melebihi harga standard Civic Type R yang kini bernilai sekitar £48,900.
Satu Demi Satu Hot Hatch Mengundur Diri
Langkah Honda ini menyusuli pengumuman penamatan Ford Focus ST dan Hyundai i30 N daripada pasaran Eropah.
Kini, hanya segelintir hot hatch berpenggerak hadapan dan berenjin petrol masih bertahan.
Anatara model yang bertahan termasuk Volkswagen Golf GTI dan Polo GTI.
Model lain termasuk dua model daripada Mini iaitu Cooper S dan John Cooper Works.
Sementara itu, pasaran hot hatch pacuan semua roda masih bernyawa melalui model seperti Golf R, Toyota GR Yaris dan Mercedes-AMG A45 S.
Namun, masa depan mereka juga tidak menentu berikutan tekanan regulasi dan peralihan jenama ke arah kereta prestasi elektrik.
Penutup Tirai Penuh Gaya
Civic Type R bukan sekadar kereta ia adalah simbol kepada semangat pemanduan sejati dan kecintaan terhadap kejuruteraan Jepun.
Dengan perpisahan yang penuh gaya melalui Civic Type R Ultimate Edition ini, Honda mengakhiri satu bab penting dalam sejarah automotif Eropah.
Kalendar MotoGP 2024 telah dikemas kini dengan pengurangan dari 22 pusingan kepada 21 pusingan berikutan pembatalan perlumbaan di Argentina.
Acara di Termas de Rio Hondo yang sepatutnya berlangsung pada 5-7 April sebagai pusingan ketiga musim ini, telah dibatalkan disebabkan oleh langkah penjimatan kos oleh kerajaan.
MotoGP India yang sebelum ini dibatalkan, dijangka akan kembali pada awal 2025. Tempat India diambil alih oleh MotoGP Kazakhstan yang ditangguhkan tetapi akhirnya dibatalkan.
Sebagai gantinya, pusingan kedua di Misano, dinamakan Emilia-Romagna MotoGP, akan diadakan. Ini bermakna dua pusingan berturut-turut akan diadakan di Misano.
Barisan penunggang MotoGP 2024
Musim ini akan mengekalkan pendekatan berasaskan wilayah, mengelompokkan perlumbaan mengikut geografi. Terdapat 10 pusingan sebelum rehat musim panas, dan 11 pusingan selepasnya.
Qatar kembali sebagai pembuka musim pada 10 Mac, sebelum siri ini menuju ke Portugal dua minggu kemudian untuk pusingan kedua. Portugal dan India masih tertakluk kepada kontrak sebelum dapat disahkan.
Silverstone akan menjadi tuan rumah perlumbaan pertama selepas rehat musim panas. Terdapat dua siri tiga perlumbaan berturut-turut dalam separuh kedua 2024 – Emilia-Romagna, Indonesia, Jepun dan kemudian Australia, Thailand, Malaysia. Musim ini akan berakhir pada 17 November di Valencia.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...