Dalam dunia kereta berprestasi tinggi, pengurangan berat sering kali menjadi kunci untuk membuka potensi sebenar sesebuah kenderaan.
Acura telah menerapkan falsafah iniĀ dalam model Integra Type S HRC Prototype, sebuah jentera dengan reka bentuk yang menggoda dan peningkatan prestasi daripada model asal Integra Type S.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Dipamerkan di Monterey Car Week, prototaip ini merupakan sebuah jentera yang sempurna daripada Honda’s racing department (HRC).
Diringankan untuk Kesempurnaan
Perubahan paling ketara dalam Integra Type S HRC Prototype ialah pengurangan berat yang signifikan.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Dengan mengurangkan 91 kg daripada model asal, Acura telah diubahsuai menjadi sebuah jentera hatchback berprestasi tinggi yang sah di jalan raya.
Pengurangan berat ini adalah melalui penggunaan beberapa komponen carbon fibre termasuk hud dan pintu belakang.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Tempat duduk belakang digantikan dengan sekeping penghalang carbon fibre, dengan tambahan peneguh casis yang menambah kekuatan dan gaya, terutama apabila dicat dalam warna menarik Indy Yellow Pearl.
Ads
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Memastikan jentera ini mirip sebuah jentera pelumbaan, Acura juga telah mengeluarkan sistem penyaman udara dan keputusan yang mungkin mengejutkan bagi mereka yang biasa dengan keselesaan kenderaan moden, tetapi satu keputusan yang akan dihargai oleh peminat yang mencari pengalaman pemanduan yang tulen.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Peningkatan Aero untuk Prestasi
Aerodinamik memainkan peranan penting dalam prestasi, dan Integra Type S HRC Prototype tidak mengecewakan.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Kereta ini dilengkapi dengan kit aero yang komprehensif termasuk splitter baru, ventilasi hud yang lebih besar, skirt sisi, dan yang paling ketara, sayap belakang boleh laras yang besar.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Susunan ini bukan sekadar hiasan, ia direka untuk meningkatkan daya turun (downforce) dan kestabilan pada kelajuan tinggi, menjadikan Type S HRC Prototype sebuah mesin yang hebat di litar lumba dan di jalan raya.
Komponen Sedia untuk Litar
Untuk melengkapkan pengurangan berat dan peningkatan aero, Acura telah melengkapkan Integra Type S HRC Prototype dengan tayar Pirelli P-Zero Trofeo R yang sesuai digunakan litar.
Ads
Tayar ini dilengkapi dengan sportrim yang lebih lebar untuk meningkatkan lebar jejak kereta sebanyak 30mm di hadapan dan belakang.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Sistem brek juga telah dinaik taraf denganĀ kaliper Brembo enam piston di hadapan, memastikan kereta ini boleh berhenti dengan cepat.
Casis juga telah diberi peningkatan menyeluruh, dengan adjustable coilovers yang menurunkan ketinggian pemanduan sebanyak 15mm, plat camber dari kereta lumba Type S, dan adjustable rear anti-roll barĀ yang boleh dilaras.
Perubahan ini direka untuk memberikan Type S HRC Prototype pengendalian yang lebih tajam danĀ pemanduan yang lebih stabil.
Tiada Peningkatan Kuasa, Tetapi Penyejukan Lebih Baik
Jentera ini hadir dengan enjin empat silinder turbocharged 2.0-liter kekal tidak berubah daripada segi output kuasa.
Ads
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Walaubagaimanapun, Acura telah memastikan bahawa enjin ini boleh menahan cabaran penggunaan litar dengan kemaskini intercooler yang lebih besar, dua penyejuk minyak, dan sistem ekzos yang diambil dari kereta lumba.
Peningkatan ini bertujuan untuk memastikan enjin beroperasi pada prestasi puncak, walaupun di litar yang paling mencabar.
Masa Depan Prestasi Acura?
Acura masih belum mengesahkan sama ada bahagian yang dibangunkan oleh HRC ini akan tersedia untuk dibeli dan berapa harganya, tetapi potensi untuk aksesori prestasi ini adalah sesuatu yang sangat menarik.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Integra Type S HRC Prototype adalah petunjuk jelas bahawa Acura serius tentang menawarkan peminat komponen yang mereka perlukan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan mereka setanding Spoon dan Mugen.
Bersempena sambutan Aidilfitri bersama media baru-baru ini di Courtyard Kuala Lumpur, ARIIC Malaysia tampil bergaya dengan memperkenalkan model skuter terbaharu mereka ā ARIIC 318GT.Ā
Gabungan rupa agresif, teknologi moden dan prestasi mantap menjadikan skuter ini calon serius untuk menambat hati penunggang tempatan yang mencari sesuatu lebih daripada sekadar gaya.
Warna & Prestasi
Ditawarkan dalam tiga warna menarik ā Matt Black, Dark Grey dan Matt Grey. 318GT diletakkan pada harga permulaan RM22,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Ia boleh dimiliki melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara.
Jantung kepada 318GT ialah enjin silinder tunggal SOHC 330cc. Penyejukan cecair dengan kuasa 20.6kW pada 7,000rpm dan tork 30.8Nm pada 5,500rpm.Ā
Dipadankan bersama transmisi automatik CVT dan klac sentrifugal kering. Penukaran kuasa terasa lancar dan mesra tunggangan.
Rekaan Keseluruhan
Dari segi reka bentuk ARIIC. Garis aerodinamik dikemaskan dengan lampu LED bentuk-V di hadapan. Disambung ke lampu isyarat serta lampu belakang yang moden.Ā
Sistem paparan TFT digital memberikan info penting secara jelas. Manakala sistem pencucuhan ECU pula membantu penjimatan bahan api.
Dari sudut dimensi, skuter ini berdiri dengan ukuran 2,215mm panjang, 780mm lebar, dan 1,395mm tinggi, serta jarak roda 1,540mm. Cukup stabil untuk tunggangan dalam bandar atau lebuhraya. Tempat duduk setinggi 790mm dan tangki 16-liter menjadikannya rakan baik untuk perjalanan jauh. Berat kering pula dicatat pada 208kg.Ā
Suspensi, Brek & Tayar
Suspensi depan dan belakang menggunakan penyerap hentak berkembar. Memberikan keselesaan maksimum walau jalan tidak rata. Sistem brek pula menampilkan cakera berganda 260mm di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang. Lengkap dengan ABS dwi-saluran dari BOSCH. Tayar pula bersaiz 120/70-14 (depan) dan 150/70-13 (belakang) jenis CST tanpa tiub.
Ruang simpanan? Banyak. Ada ruang di bahagian depan kiri siap dengan USB Type-A & C. kompartmen tengah, serta ruang bawah tempat duduk lengkap sistem pencahayaan dan boleh simpan satu helmet full-face dan satu helmet separuh. Ada juga pelindung angin boleh laras, butang kawalan berlampu dan kunci pintar PKE yang menyala automatik bila pemilik dekat.
Perincian Moden Lain
Lebih menarik, ARIIC turut melengkapkan skuter ini dengan kamera dashcam hadapan, TPMS (Tyre Pressure Monitoring System). Serta beberapa ciri premium lain seperti brek tangan boleh laras, footrest aluminium boleh lipat dan pemegang belakang praktikal.
Dengan jaminan tanpa had perbatuan selama dua tahun dan sokongan alat ganti atas talian daripada Mforce Bike Holdings, ARIIC 318GT bukan sekadar skuter ā ia satu pakej lengkap untuk mereka yang mahu tampil bergaya sambil menikmati tunggangan selesa dan penuh keyakinan.
Kerjasama Strategik Pacu Pengurusan Sisa Automotif Lestari
Sime Motors, peneraju industri automotif di Asia Pasifik, hari ini melancarkan program kitar semula tayar āZero Wasteā*, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian industri automotif.
Program Pertama oleh Kumpulan Pengedar Automotif Tempatan
Dengan kerjasama Evergreen Corporate Sdn. Bhd., program ini akan dilaksanakan di semua pengedar Sime Motors di Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2025.
Ia merupakan program berstruktur pertama yang diperkenalkan oleh kumpulan pengedar automotif tempatan.
Program ini memfokuskan kepada pemprosesan tayar tamat hayat melalui sistem kitar semula tertutup dan bebas sisa*.
Program ini dirangka selaras dengan definisi āzero wasteā yang ditetapkan oleh Zero Waste International Alliance (ZWIA), iaitu usaha mengelakkan pelupusan sisa ke tapak pelupusan atau pembakaran, dan sebaliknya mengembalikan semua bahan buangan ke dalam kitaran ekonomi secara lestari.
Komitmen Sime Motors Terhadap Kelestarian
āProgram ini mencerminkan komitmen kami terhadap kelestarian dan inovasi dalam pengurusan sisa,ā ujar Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors. āDengan keupayaan teknologi milik Evergreen Corporate, kami bangga menjadi peneraju dalam inisiatif kitar semula tayar tanpa sisa dalam industri ini.ā
Sokongan Kepada Semua Jenama Di Bawah Sime Motors
Tayar-tayar terpakai yang dikumpul dari pusat servis Sime Motors yang mengendalikan jenama seperti BMW, MINI, Ford, Hyundai, Jaguar Land Rover, Volvo, BYD, Denza, Drivecare dan Auto Selection akan dihantar ke kemudahan milik Evergreen Corporate untuk diproses secara mesra alam.
Teknologi Kitar Semula Hijau yang Canggih
Kemudahan ini menggunakan Teknologi Pemulihan Terma Lanjutan (Advanced Thermal Recovery Green Technology) yang membolehkan 100% pemulihan bahan dengan pelepasan gas berbahaya yang minimum.
Proses ini menghasilkan bahan industri boleh guna semula seperti karbon hitam, minyak bahan api dan keluli kitar semula.
Pengiktirafan ESG dan Kepimpinan Industri
Evergreen Corporate turut menerima pengiktirafan ESG Gold oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) atas usaha mereka dalam pengurusan sisa yang mampan dan beretika.
Perkongsian Strategik ke Arah Ekonomi Hijau
āKerjasama ini satu detik penting buat Evergreen dan masa depan teknologi hijau Malaysia,ā kata Wan Afif Azizul, Ketua Pegawai Eksekutif Evergreen Corporate.
āKami sentiasa berinovasi dalam teknologi kitar semula tayar, dan kerjasama dengan Sime Motors memperkukuh lagi usaha kami untuk menjadikan ekonomi hijau satu realiti,ā tambah Kwang Meng Kian, Pengasas Bersama Evergreen Corporate. āPenyelesaian ini bukan sahaja menangani isu pelupusan tayar, tetapi melakukannya dengan cara yang bersih, berskala dan bersedia untuk masa depan.ā
Sejajar Piawaian Alam Sekitar Nasional
Program ini diselaraskan dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan menyokong matlamat negara dalam aspek ESG dan kelestarian.
Sime Motors menegaskan tanggungjawab sosial mereka dalam mengurangkan impak alam sekitar secara berkesan dan memberi manfaat kepada pelanggan serta komuniti.
Pelanggan Turut Menyumbang Kepada Masa Depan Lestari
Dengan program ini, pelanggan Sime Motors kini boleh yakin bahawa tayar terpakai mereka diuruskan dengan cara yang mesra alam.
Setiap servis atau pembelian kenderaan bukan sahaja menjanjikan kualiti, malah turut menjadi pelaburan kepada alam sekitar dan masa depan generasi akan datang.
* Selaras dengan definisi āzero wasteā oleh Zero Waste International Alliance (ZWIA), ia merujuk kepada usaha mengekalkan semua sumber melalui penghasilan, penggunaan dan pemulihan yang bertanggungjawab, tanpa melupuskannya ke dalam tanah, air atau udara yang boleh mencemarkan alam sekitar atau mengancam kesihatan manusia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami diĀ Youtube,Ā InstagramĀ & Ā TikTok.
GSX-8TT ialah jentera yang menggabungkan semangat retro dengan prestasi masa depan. Reka bentuknya memberi penghormatan kepada model klasik Suzuki sambil menyuntik teknologi dan prestasi moden untuk pengalaman tunggangan yang autentik dan menyeronokkan.
Lampu Hadapan Mono
Bulat Rekaan lampu hadapan ini diinspirasikan daripada motosikal Suzuki era 60-an dan 70-an. Menampilkan bentuk bawah rata yang memberikan pancaran cahaya terang dan efisien.
Side Mirror Handle bar
Cermin yang dipasang di hujung handle bar bukan sahaja menaikkan gaya retro moden. Tetapi juga menawarkan sudut pandang belakang yang lebih luas dan jelas.
Tangki Minyak Eksklusif
Tangki berkapasiti 16.5L direka khas untuk GSX-8TT dengan bentuk elegan dan posisi menunggang yang memberikan kebebasan serta keselesaan ā sesuai untuk tunggangan jarak jauh.
Bateri Lithium-Ion dari ELIIY Power
Lebih ringan dan kompak berbanding bateri konvensional. Bateri ini memberikan prestasi permulaan yang baik serta kecekapan pengecasan yang lebih tinggi.
Soket USB Type-C Pengecas Pantas
Didatangkan standard dengan soket USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas. Praktikal untuk penunggang moden.
Penutup Enjin & Muffler Berkualiti Tinggi
Penutup sisi enjin dengan kemasan hitam matte menambah gaya eksklusif. Manakala penutup muffler keluli tahan karat menyerlahkan sentuhan premium.
Cowl Lampu Hadapan & Bawah Eksklusif
Cowl mini gaya tahun 70-an dan 80-an memberikan perlindungan angin yang efektif serta rupa agresif, manakala under cowl pula menguatkan gaya sporty keseluruhan.
Tempat Duduk Bergaya
Rekaan tempat duduk dengan jahitan eksklusif menambahkan nilai estetik sambil mengekalkan keselesaan, kestabilan dan sokongan untuk penunggang.
Ciri Enjin dan Prestasi
Enjin DOHC selari 776cc dengan aci engkol 270 darjah ā kuasa lancar dari RPM rendah hingga tinggi.
Sistem Suzuki Cross Balancer ā menyumbang kepada operasi yang lancar dan enjin yang ringan serta padat.
Sistem penyejukan dan throttle elektronik ā suhu stabil dan respon pendikit lebih linear.
Sistem ekzos 2-into-1 dengan pemangkin dwi-tahap ā patuh piawaian Euro 5+.
Transmisi 6-kelajuan dengan Sistem Bantuan Klac Suzuki (SCAS).
Teknologi Bantuan Penunggang
Mod Pemanduan Suzuki (SDMS) ā sesuaikan prestasi mengikut keadaan.
Sistem Kawalan Cengkaman Suzuki (STCS) dengan 3 mod + OFF.
Quick Shifter dua hala dengan pilihan ON/OFF.
Sistem ABS, Suzuki Easy Start dan Low RPM Assist.
Rekaan Casis & Keselesaan
Rangka keluli untuk kestabilan dan kawalan.
Brek cakera hadapan 310mm dengan angkup radial.
Fork terbalik KYB dan suspensi belakang jenis link boleh laras.
Rim aluminium tuang dengan rekaan eksklusif.
Tayar Dunlop SPORTMAX Roadsport 2.
Lengan ayun aluminium ringan rekaan unik.
Hendal tirus aluminium untuk posisi menunggang tegak dan selesa.
Panel Instrumen & Tangki Ikonik
Paparan TFT LCD berwarna 5 inci ā paparan jelas dan pelbagai maklumat.
Tangki 16.5L yang berbentuk klasik ā kestabilan dan keyakinan ketika cengkaman lutut.
Mazda memperkenalkan generasi ketiga CX-5 dengan pendekatan yang lebih matang, moden dan praktikal.
Model ini disasarkan khusus buat keluarga muda yang mahukan SUV bergaya, luas...