Arai telah melancarkan topi keledar Edisi Terhad ke-15 RX-7V Evo IoM TT, sempena ulang tahun ke-40 kerjasama mereka dengan perlumbaan Isle of Man TT.
Topi keledar edisi khas ini merupakan bukti komitmen Arai yang berpanjangan terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam rekaan topi keledar.

RX-7V Evo IoM Edisi Terhad ini direka oleh Aldo Drudi, seorang individu terkenal dalam industri sukan permotoran dan merupakan individu yang memberi ilham di sebalik banyak rekaan topi keleddar Valentino Rossi.
Rekaan Drudi untuk RX-7V Evo mendapat inspirasi terus daripada Isle of Man TT, mencerminkan semangat dan adrenalin perlumbaan tersebut. Arai menggambarkan model ini sebagai penanda aras dalam barisan produk mereka, menekankan perlindungan yang unggul dan teknologi terkini.

Dengan harga £849.99 (anggaran RM4100), topi keledar ini mewakili pelaburan yang signifikan dalam kualiti dan keselamatan, dengan ciri-ciri yang setara dengan harga premiumnya. Menjelang pelancarannya pada pertengahan tahun ini, beberapa pengedar sudah menerima pra-pesanan namun masih belum menembusi pasaran Malaysia.
Akihito Arai, Pengarah Urusan Arai Eropah, menzahirkan kegembiraannya untuk pelancaran produk tersebut baru-baru ini.
“Wow. Ini selalu menjadi momen istimewa bagi kami semua di Arai Helmet dan RX-7V Edisi Terhad EVO IoM TT 2024 yang sungguh menakjubkan. Drudi Performance sangat cermelang dan mencipta sesuatu yang “fresh”, namun masih mengandungi semua elemen rekaan yang diharapkan oleh peminat dan pengumpul.”

Merujuk kepada evolusi topi keledar edisi khas TT sepanjang tahun, Arai menambah, “Kami tidak menyangka ketika kami memulakannya 15 tahun yang lalu betapa pentingnya topi keledar khas TT setiap tahun kepada ramai “collector”. Yang dapat saya katakan sekarang adalah, nantikan TT tahun depan!”
Pelancaran RX-7V Evo IoM Edisi Terhad bukan sahaja merupakan tonggak penting, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Arai sebagai pemimpin dalam reka bentuk dan keselamatan topi keledar malah menjanjikan kepada penunggang motosikal gabungan gaya, prestasi, dan perlindungan yang tiada bandingannya.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Honda Type R dan EDIFICE, Kolaborasi Jam Tangan Untuk Peminat Honda Type-R!

Honda Type R dan EDIFICE: Kolaborasi Jam Tangan yang Menggabungkan Kelajuan dan Gaya
Dalam dunia automotif, nama Honda Type R tidak perlu diperkenalkan lagi.
Dikenali sebagai simbol keunggulan prestasi dan ketangkasan, model Type R telah berjaya menawan hati peminat kereta di seluruh dunia.

Khas buat peminat tegar Honda Type R, inilah jam tangan eksklusif hasil kolaborasi antara Honda Type R dan EDIFICE.
Diinspirasikan sepenuhnya oleh kehebatan model kereta Type R, jam tangan ini membawa semangat prestasi tinggi terus ke pergelangan tangan anda.
Semangat Perlumbaan Honda Type R
Kerjasama EDIFICE dan Honda Type R ini bukan sekadar jam tangan, tetapi penghormatan kepada nilai ‘true essence’ dan ‘the senses’ dalam pembangunan Type R.
Inspirasi pereka utama Type R mendorong reka bentuk jam tangan ini, mencerminkan semangat perlumbaan Honda melalui warna, bahan, dan kemasan yang teliti.

Warna “Championship White”, yang sinonim dengan Type R, turut menghiasi jam tangan ini.
Warna putih ikonik yang melambangkan semangat cabaran F1™ diaplikasikan pada cincin dail, mengingatkan pemiliknya kepada keunggulan model Honda Type R.
Lencana “Red H” yang Ikonik: Lambang Jiwa Perlumbaan
Jam tangan ini juga menampilkan lencana ikonik “Red H” yang menghiasi kereta Type R sejak kemenangan sulung Honda RA272 dalam Grand Prix Mexico pada tahun 1965.

Lencana ini terletak di tengah dail dengan bentuk tiga dimensi yang elegan, mendekatkan pemiliknya kepada sejarah dan semangat perlumbaan
Rekaan Dail dengan Sentuhan Type R
Pada bahagian asas dail, terdapat corak sarang lebah yang diinspirasikan daripada reka bentuk gril hadapan kereta Type R.

Dail kecil pada kedudukan jam 9 pula menampilkan motif meter Type R terdahulu, dengan penanda merah dan putih serta jarum berwarna kuning, yang memberikan rasa autentik kepada rekaan jam tangan ini.
Warisan Type R Terpahat pada Gelang Jam
Bukan sekadar dail berinspirasikan kereta, gelang jam ini diperbuat daripada kulit putih asli dengan cetakan kod model Type R, dari NSX NA1 (1992) hingga Civic FL5 masa kini.

Bahagian bawah gelang menggunakan material Alcantara dengan jahitan merah, memberikan rasa mewah dan sporty seperti kabin Type R.
Logo Type R yang Memberi Inspirasi
Logo “Type R” terukir pada gelung logam dan bahagian belakang jam, manakala butang penetapan masa disertakan tanda “R” .

Kesemua elemen ini menampilkan semangat Type R yang melambangkan nilai eksklusif dan keanggunan model Type R.
Reka bentuk gelang dengan dua gelung berwarna perak dan hitam juga mengingatkan kepada plat nombor siri yang dipasang pada kereta Type R.
EDIFICE Honda TYPE R Edition: Kombinasi Sempurna untuk Peminat Automotif
Dengan harga RM2,399, EDIFICE Honda TYPE R Edition dalah simbol penggabungan kelajuan, gaya, dan ketelitian.

Bagi anda yang memiliki model Honda Type R, sudah pasti jam tangan ini akan melengkapkan koleksi peribadi anda.
Baca Juga : Senarai Honda Type R Bermula Daripada Honda NSR-R Sehingga Honda Civic FL5
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Perbezaan Polish, Wax, Coating dan Kegunaannya

Antara soalan yang selalu ditanya untuk kereta baru adalah penjagaan cat kereta. Nak buat polish, wax atau coating, semuanya terpulang pada anda. Jadi apa perbezaan polish, wax dan coating ni?
1. Polish (Kilat)
Tugas-tugas mengilatkan kenderaan anda adalah langkah awal dan paling asas. Polish bertujuan untuk mengilatkan kereta di samping cara membuang kotoran yang tidak dapat ditanggalkan dengan cara cucian biasa.
Selalunya jika ada calar-calar halus, polish cukup untuk menutup tanda-tanda yang tidak diingini tersebut. Kekurangan polish adalah ia tidak memberikan apa-apa perlindungan ke atas cat kereta.
2.Wax
Wax merupakan suatu lapisan yang melindungi permukaan cat selepas dikilatkan. Walaubagaimanapun, lapisan wax akan habis dalam jangka masa sekitar 3 bulan. Bergantung kepada keadaan. Kelebihan wax adalah ia lebih murah berbanding coating namun hanya bertahan 3 bulan akibat terhakis dengan panas dan kelembapan.
3. Coating
Coating juga merupakan satu lapisan untuk melindungi cat kereta. Walaubagaimanapun, proses melakukan coating lebih lama dan lebih rumit. Pembetulan warna cat dan tambahan sinar dilakukan sebelum lapisan coating ini dilakukan. Coating juga mampu bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul.

Kereta tahan calar selepas coating?
Antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya selalu mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating. Tak perlu selalu basuh kereta dan sebagainya.
Perkongsian daripada Lawrence Tey, pemilik Finest Auto Detailing Centre mendakwa sebaliknya. Anda perlu lebih kerap mencuci kereta selepas melakukan coating kerana selepas lapisan coating diletakkan.
Ia memudahkan kotoran untuk dicuci kerana kotoran tidak mudah ‘melekat’ pada permukaan kenderaan. Hal ini kerana pori-pori mikro pada permukaan cat telah ditutup oleh lapisan coating. Lapisan coating maksimum yang disyorkan adalah sekitar 2 hingga 3 lapisan sahaja. Satu lapisan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau lebih dari 3 lapisan, ia akan jadi membazir.

Jenis Polish, Wax dan Kepentingannya?
Jenis Polish Kereta
- Polish Ringan: Sesuai untuk kereta baharu atau dengan kecacatan kecil. Ia mengatasi calar halus dan tanda pusaran ringan serta meningkatkan kilauan cat.
 - Polish Sederhana: Digunakan untuk kerosakan sederhana seperti calar yang lebih ketara. Ia memberikan perbezaan yang lebih jelas pada rupa cat kereta.
 - Polish Berat: Sesuai untuk kerosakan serius seperti calar dalam dan pengoksidaan teruk. Penggunaan bahan ini memerlukan kepakaran untuk mengelakkan penipisan salutan bening secara berlebihan.
 
Kepentingan Penggilapan
- Memulihkan Kilauan Cat: Penggilapan menghilangkan kecacatan permukaan, membolehkan warna dan kedalaman cat terserlah.
 - Menyediakan Permukaan Untuk Waxing: Permukaan yang licin selepas penggilapan memudahkan wax melekat dengan lebih baik.
 - Menghapuskan Kecacatan: Dari calar kecil hingga kerosakan besar, penggilapan membantu mencapai kemasan cat yang lebih sempurna.
 

Jenis Wax Kereta
- Wax Carnauba Asli: Dihasilkan daripada daun pokok carnauba, wax ini terkenal dengan kilauan mendalam serta sifat kalis air semula jadi.
 - Wax Sintetik: Diperbuat daripada polimer, wax ini memberikan perlindungan tahan lama dan tidak memerlukan penyelenggaraan kerap.
 - Spray Wax: Mudah digunakan untuk sentuhan pantas antara sesi waxing penuh, namun ia menawarkan perlindungan yang lebih ringan berbanding wax paste atau cecair.
 
Kepentingan Waxing
- Melindungi Cat: Wax membentuk lapisan yang menghalang sinaran UV dan faktor persekitaran lain daripada merosakkan cat.
 - Meningkatkan Penampilan: Wax menambah kilauan dan menjadikan cat kelihatan baharu.
 - Memanjangkan Jangka Hayat Cat: Pengoksidaan dapat dielakkan dengan penyelenggaraan waxing secara berkala.
 

Perbezaan Utama Antara Penggilapan dan Waxing
| Aspek | Penggilapan | Waxing | 
| Fungsi | Membetulkan kecacatan cat. | Melindungi cat daripada kerosakan. | 
| Proses | Menggunakan mesin dan bahan penggilap khas. | Menggunakan lapisan wax dan digilap manual. | 
| Kesan Terhadap Cat | Menghilangkan lapisan nipis salutan bening. | Menambah lapisan pelindung pada cat. | 
| Kekerapan | 1-2 kali setahun bergantung pada keadaan cat. | Setiap 2-3 bulan untuk perlindungan optimum. | 
Bilakah Perlu Melakukan Polish dan Wax?
- Polish: Lakukan apabila terdapat kesan calar, tanda pusaran, atau apabila kilauan cat kelihatan pudar.
 - Waxing: Lakukan secara berkala setiap beberapa bulan untuk memastikan cat terlindung dan mengekalkan kilauan optimum.
 
Dari ikleens / fresh-layer
Baca Juga Apakah Kesan Penggunaan “Chemical” Ketika Mencuci Motosikal?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Shell Malaysia Lancarkan Koleksi Eksklusif Kereta Kawalan Jauh, Star Wars™ Racers

Menerusi kerjasama penuh di antara Shell dan The Walt Disney Company Southeast Asia, Shell Malaysia telah melancarkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif Star Wars™ Racers.
Koleksi tersebut yang diinspirasikan oleh filem Star Wars turut menggabungkan inovasi Shell V-Power dan daya tarikan judul sains fiksyen itu.
Ia hadir dengan enam model kereta kawalan jauh yang menarik mengikut watak-watak terkenal Star Wars seperti Darth Vader™ Racer, Stormtrooper™ Racer, Darth Maul™ Racer, The Mandalorian™ Racer,Boba Fett™ Racer dan BB-8™ Racer.

Pada majlis pelancarannya, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata, “Sambutan terhadap koleksi eksklusif kami sangat menggalakkan. Pengguna Shell V-Power adalah antara yang paling bersemangat, dan kami tahu cerita Star Wars popular dalam kalangan peminat daripada pelbagai peringkat umur.
“Koleksi ini tidak hanya memuaskan peminat Star Wars, tetapi juga meraikan semangat komuniti ini. Kami berharap peminat-peminat akan teruja apabila berlumba sesama mereka dengan koleksi baru ini,” tambahnya lagi.

Shell Malaysia juga memberi penekanan kepada inovasi dengan menggabungkan reka bentuk fizikal kereta kawalan jauh dengan versi digital melalui aplikasi Shell Racing App. Dengan keupayaan kawalan Bluetooth dan bateri pintar dari Koleksi Shell Motorsports tahun sebelumnya, pengguna dapat menikmati pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi.
Bermula 6 Oktober sehingga 19 November, setiap model kereta kawalan jauh Bluetooth eksklusif akan dilancarkan setiap minggu, eksklusif di stesen minyak Shell seluruh negara. Koleksi Star Wars™ Racers, kecuali model Darth Vader™ Racer, boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing. Bateri Bluetooth boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minimum, serupa dengan pembelian model kereta.

Darth Vader™ Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell. Pelanggan yang ingin melengkapkan koleksi ini boleh membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.
Bagi pengumpul dan peminat Star Wars, memiliki koleksi kereta lumba pertama di dunia ini pasti akan menambah nilai koleksi mereka. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta lumba ini di stesen minyak Shell, selagi stok masih ada. Jadikan pengalaman perlumbaan anda lebih epik dengan Koleksi Star Wars™ Racers Shell yang mewakili galaksi jauh!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



