Aspark Owl SP600 baru-baru ini mencatat kelajuan tertinggi 272.6mph (438.73km/j) di sebatang jalan yang sangat panjang di Jerman. Siapa Owl ? Jika pembaca pernah terdengar ia adalah supercar elektrik Jepun yang agak luar biasa.
Mula muncul di khalayak ramai pada pertengahan dekad lalu dan telah membuat beberapa penampilan sporadik sejak itu, terutamanya dengan pecutan 0-100km/j yang sangat mengagumkan tidak lama dahulu.
Kereta ini nampaknya telah diubahsuai menjadi SP600. Pembinaan dan pembangunan telah dikendalikan oleh Manifattura Automobili Torino (MAT). Syarikat sama yang bertanggungjawab untuk SCG003, Apollo Intensa Emozione, dan Stratos baharu.
Owl SP600 – Sesi ujian kelajuan maksimum
Menurut Top Gear, SP600 telah menjalani “satu set ujian maya dan fizikal penuh”, termasuk pengesahan terowong angin dan “beberapa hari ujian trek”, yang kedengaran sangat mencabar.
Kemudian pada 8 Jun, ia dihantar ke kemudahan Automotive Testing Papenburg di Jerman di mana pemandu profesional Marc Basseng diberi arahan ketat untuk memecut, dan memecut dia, dengan Racelogic V-Box mencatat 438.73km/j.
Ads
Ini jauh lebih pantas daripada Rimac Nevera, yang pada tahun 2022 mencapai kelajuan tertinggi 411.92km/j, hasil daripada enjin kuad-motor, 1,888bhp. Owl mendapat sesuatu yang serupa: empat motor, bateri 64 kWh, 2,012bhp dan 2,000Nm tork.
Barisan pereka, jurutera, mekanik dan fungsi penting dalam pembuatan Aspark Owl SP600
Menurut pemilik syarikat Aspark, Masanori Yoshida, “Sudah kira-kira 10 tahun sejak kami mulakan projek hypercar Owl. Kami bercita-cita untuk menghasilkan kereta yang memecut terpantas di dunia.
Ads
“Kemudian mencuba dan mencapai rekod kelajuan tertinggi dunia hari ini dengan hypercar baharu kami, Owl SP600″.
Setelah menggemparkan Karnival GenBlu Yamaha pada bulan September tahun lalu, Yamaha Tenere 700 2024 kini tampil dengan penuh gaya, memukau para peminat motosikal adventure di Malaysia.
Sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia hadir dengan sejumlah peningkatan dan naik taraf yang pasti akan memuaskan peminat motosikal di sini.
Salah satu ciri menarik yang ditawarkan adalah paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu. Penunggang kini dapat memilih antara mod jelajah hingga mod jalanan dengan mudah melalui skrin tersebut.
Keupayaan untuk memanfaatkan ciri ketersambungan Y-Connect yang dapat disambungkan terus kepada telefon pintar memberikan sentuhan moden pada pengalaman berkendara.
Sistem ABS juga telah dinaik taraf dengan tiga tetapan baharu, dan tak lupa mengenai kepraktikaliti quickshifter terus dari kilang yang memberikan kemudahan ekstra kepada penunggang.
Tuil brek hadapan yang direka semula menambah keteguhan motosikal ini, sementara soket USB baru menggantikan soket 12v yang lama untuk memberikan kemudahan pengisian.
Dari segi kuasa, Yamaha Tenere 700 dikuasakan oleh nadi dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc yang mampu menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan tork sebanyak 68 Nm pada 6,500 rpm.
Untuk meningkatkan kecekapan di medan off-road, motosikal ini dilengkapi dengan fork jenis USD 43 mm boleh laras di bahagian depan, monoshock belakang boleh laras, tangki minyak 16 liter, serta rim berukuran besar, iaitu 21 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang.
Satu lagi perkara menarik, Yamaha Tenere 700 ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD), menjadikannya lebih berpatutan dengan harga bermula dari RM69,988. Dengan warna Icon Blue yang menawan, setiap pembelian akan turut disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.
Dengan kombinasi ciri-ciri moden, prestasi yang tangguh, dan harganya yang berpatutan, Yamaha Tenere 700 2024 jelas menjadi pilihan menarik bagi peminat motosikal adventure di Malaysia. Sambutlah pengalaman mengemudi yang lebih bermakna dengan motosikal penuh gaya ini!
Sempena ulang tahun ke-30, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM, pengeluar ini telah melancarkan sebuah skuter premium serba baharu ELIT 150S. Model ini disasarkan kepada penunggang dalam bandar yang mahukan gaya, teknologi dan praktikaliti dalam satu pakej.
ELIT 150S tampil dengan gaya ranggi dan kemasan eksklusif. Lampu utama twin-eye LED bersama lampu siang (DRL) meningkatkan tahap pencahayaan, manakala sistem Smart Key memberi kemudahan tanpa kunci yang lebih selamat.
Skuter ini turut dilengkapi ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 23 liter, cukup luas untuk menyimpan topi keledar atau barang keperluan harian. Panel meter LCD digital pula memberikan paparan jelas, dipadankan dengan ciri keselamatan seperti brek cakera depan dan belakang, penyerap hentakan berkembar di belakang, serta sistem lampu hazard untuk meningkatkan keyakinan di jalan raya.
Jantung ELIT 150S digerakkan oleh enjin 150cc, 4-lejang, penyejukan cecair yang mematuhi piawaian Euro 4. Unit ini mampu menghasilkan kuasa 10.5kW pada 8,250 rpm serta tork 13.5Nm pada 6,750 rpm.
Gabungan prestasi dan penjimatan bahan api ini diperkukuhkan dengan tangki berkapasiti 12 liter, yang mampu memberi jarak perjalanan sehingga 480 kilometer dengan sekali isian penuh.
Reka bentuk tempat duduk dan kedudukan tunggangan lebih ergonomik untuk memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng. Dengan sistem suspensi yang seimbang, ELIT 150S sesuai digunakan sama ada untuk ulang-alik kerja di bandar mahupun perjalanan lebih jauh. ELIT 150S diperkenalkan dalam dua pilihan warna iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, berkata pelancaran ini adalah simbol perjalanan 30 tahun syarikat yang terus berinovasi.
“ELIT 150S menggambarkan gabungan legasi tiga dekad MODENAS dengan hala tuju masa depan. Ia bukan sekadar kenderaan, tetapi penyelesaian mobiliti yang bergaya, selesa dan boleh dibanggakan,” katanya.
Selain mengukuhkan segmen skuter premium dalam pasaran tempatan, MODENAS turut merancang untuk memperluas capaian ke pasaran luar seperti Timur Tengah, China dan Filipina, di samping melabur dalam R&D, teknologi hijau dan pembangunan bakat TVET.
Musim Raya Parkir Elok, Semua Pun Senang
Aidilfitri sentiasa membawa makna yang cukup besar dalam kehidupan kita. Bukan sekadar pulang ke kampung halaman, tetapi juga...