Ads

Aveta Perkukuh Sokongan Lepas Jualan Dengan Pembukaan Pusat Servis Teknikal Baharu

Aveta Perkenal Pusat Servis HQ

Jenama motosikal tempatan, Aveta, terus memperkukuhkan kehadirannya menerusi pembukaan rasmi Pusat Servis Teknikal baharu yang dikendalikan terus oleh ibu pejabat syarikat.

Kemudahan ini diwujudkan sebagai pusat sokongan teknikal lanjutan bagi pemilik motosikal Aveta dan Peugeot di seluruh negara.

Tidak sekadar berfungsi sebagai pusat servis biasa, fasiliti ini dibangunkan bagi mengendalikan kes-kes teknikal lebih kompleks termasuk diagnostik lanjutan, kerja pembaikan besar serta urusan berkaitan tuntutan waranti yang memerlukan kepakaran khusus.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada pelaburan jangka panjang Aveta dalam memperkukuhkan pengalaman pemilikan pelanggan selain meningkatkan tahap keyakinan terhadap sokongan selepas jualan jenama tersebut di Malaysia.

Aveta Perkukuh Sokongan Lepas Jualan Dengan Pembukaan Pusat Servis Teknikal Baharu

Sokongan Untuk Kes Teknikal Kompleks

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, Steven Lim, pusat berkenaan diwujudkan bagi memastikan pelanggan mendapat sokongan teknikal yang lebih menyeluruh dan efisien.

Beliau menjelaskan bahawa sokongan lepas jualan kini menjadi antara faktor penting dalam menentukan kepercayaan pelanggan terhadap sesebuah jenama motosikal, seiring peningkatan jangkaan pengguna dalam pasaran semasa.

Pusat Servis Teknikal ini akan memainkan peranan sebagai hab sokongan teknikal utama bagi menyelesaikan isu yang tidak dapat dikendalikan di peringkat pengedar biasa.

Ads

Aveta Perkukuh Sokongan Lepas Jualan Dengan Pembukaan Pusat Servis Teknikal Baharu

Antara Perkhidmatan Ditawarkan

Berbeza dengan pusat servis konvensional yang lebih tertumpu kepada penyelenggaraan berkala, fasiliti baharu Aveta ini memberi fokus kepada:

  • Diagnostik lanjutan dan penyelesaian masalah teknikal
  • Kerja pembaikan besar serta pembetulan teknikal
  • Pengendalian kes tuntutan waranti kompleks
  • Sokongan teknikal berasaskan kejuruteraan untuk kes rujukan pengedar

Pendekatan ini secara tidak langsung melengkapkan rangkaian pengedar Aveta di seluruh negara dengan menyediakan lapisan sokongan tambahan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan lebih mendalam.

Aveta Perkukuh Sokongan Lepas Jualan Dengan Pembukaan Pusat Servis Teknikal Baharu

Lengkap Dengan Bengkel Moden Dan Ruang Menunggu Selesa

Dari sudut fasiliti, pusat ini dilengkapi bengkel servis lengkap serta ruang kerja khas bagi membolehkan proses pembaikan dan penyelenggaraan dijalankan dengan lebih sistematik.

Ads

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Pelanggan turut disediakan ruang menunggu yang lebih selesa sebagai sebahagian daripada usaha Aveta meningkatkan pengalaman selepas jualan secara keseluruhan.

Bagi memastikan operasi lebih efisien, semua urusan servis di pusat ini dilaksanakan sepenuhnya menerusi sistem temujanji.

Disokong Rangkaian Aveta Care On Wheels (ACOW)

Selain pusat servis teknikal ini, Aveta turut memperkukuhkan ekosistem selepas jualannya menerusi rangkaian bantuan tepi jalan Aveta Care On Wheels (ACOW).

Ads

Melalui peluasan terkini ACOW, pelanggan kini boleh menikmati liputan bantuan lebih meluas dan masa tindak balas yang lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan ketika berada di jalan raya.

Dalam masa sama, Aveta turut menyatakan bahawa pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan terus membantu meningkatkan aspek prestasi, kebolehpercayaan serta pengalaman pemilikan motosikal jenama itu untuk jangka panjang.

Aveta Perkukuh Sokongan Lepas Jualan Dengan Pembukaan Pusat Servis Teknikal Baharu

Waktu Operasi Dan Temujanji

Pusat Servis Teknikal Aveta beroperasi:

  • Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi – 5.30 petang
  • Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang

Semua kunjungan adalah berdasarkan temujanji bagi memastikan proses servis lebih lancar dan teratur.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok

Baca Juga : Aveta Perluas Rangkaian Bantuan “Care on Wheels”

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

JPJ Sambung Semula Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Dalam Talian

Penangguhan THM oleh Pihak JPJTidak Berpanjangan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan perkhidmatan urus niaga Tukar Hak Milik (THM) kenderaan secara dalam talian akan kembali beroperasi serta-merta...