Unik dan luar biasa, Sebuah bas yang dimiliki oleh syarikat pengakutan Al Munir Super International Limousine Plus, di mana sebuah kenderaan yang menggabungkan bas, limousin, dan hotel mewah menjadi struktur bas tiga tingkat yang bergerak.
Bas ini bergerak antara ibu kota di Pakistan, menyediakan pengalaman perjalanan yang unik dan luar biasa.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Ruang bagasi di tingkat bawah bas Al Munir telah diubahsuai menjadi sebuah ruang tempat duduk yang mewah. Bas ini juga memiliki beberapa pintu kereta yang berfungsi sepenuhnya dan setiap satu membawa ke ruangan peribadi yang sama seperti sebuah limousin.
Ads
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Bilik-bilik ini dilengkapi dengan katil, televisyen, peti sejuk, dan ciri-ciri keselesaan yang lain dan menawarkan penumpang ruang peribadi yang selesa untuk perjalanan mereka.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Bas ini juga mempunyai dua tingkat tambahan di bahagian atas yang disertakan dengan tempat tidur tetapi lebih terbuka berbanding ruangan di bahagian bawah bas.
Ads
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Menariknya, bas ini dihiasi dengan penjenamaan Ferrari, yang menimbulkan pertanyaan tentang sama ada ianya kerjasama rasmi atau jika ia hanya pilihan estetika oleh pengendali bas.
Ads
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Al Munir Super International Limousine Plus menonjol sebagai bukti kreativiti manusia dan usaha mencari kemewahan dalam perjalanan. Mungkin di negara kita ubahsuai seperti ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor keselamatan penumpang namun tidak mustahil ianya bakal menarik perhatian pengguna bas jika ingin pulang ke kampung terutamnya perjalanan pulang behari raya yang mengambil masa berbelas jam.
Proton melalui anak syarikatnya PRO-NET terus mengukuhkan penawaran kenderaan elektrifikasi dengan memperkenalkan warna baharu Emerald Green untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
Warna ini ditawarkan sebagai pilihan kekal dalam barisan model sedia ada, sekali gus memberi lebih variasi kepada pembeli yang mahukan kelainan visual yang lebih elegan dan moden.
Sejak diperkenalkan pada awal 2026, model ini menerima sambutan positif dalam segmen plug-in hybrid (PHEV). Momentum ini mencerminkan keyakinan pengguna tempatan terhadap teknologi elektrifikasi Proton, malah jenama e.MAS kini dilihat semakin kukuh dalam pasaran EV Malaysia dengan prestasi jualan yang kompetitif.
Menurut pihak PRO-NET, varian Proton e.MAS 7 PHEV Prime ditawarkan pada harga bermula RM105,800, menjadikannya antara pilihan PHEV yang kompetitif dalam pasaran. Selain penjimatan bahan api, kos penyelenggaraan yang rendah serta ruang kabin yang praktikal menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Di bawah bonet, model ini dikuasakan oleh sistem EM-i Advanced Hybrid yang menggabungkan enjin 1.5 liter khas untuk hibrid bersama transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 11-dalam-1. Sistem ini mampu menghasilkan kuasa 160 kW dan tork 262 Nm, dengan kecekapan sistem mencecah sehingga 92.5%.
Lebih menarik, enjin ini mencapai kecekapan terma sehingga 46.5%, satu angka yang sangat tinggi dalam kelasnya, sekaligus membantu mengurangkan penggunaan bahan api tanpa menjejaskan prestasi.
Proton e.MAS 7 PHEV turut menawarkan tiga mod pemanduan utama iaitu Pure, Hybrid dan Power. Sistem ini juga bijak menukar operasi antara mod EV, hybrid siri dan hybrid selari secara automatik mengikut situasi pemanduan. Untuk kegunaan harian, kebanyakan perjalanan boleh dilakukan dalam mod elektrik sepenuhnya atau semi-elektrik, sekali gus menjimatkan kos bahan api.
Dari segi kecekapan, model ini mencatat penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km. Malah, kos servis selama 10 tahun dianggarkan di bawah RM8,000, menjadikannya setanding dengan kos pemilikan sebuah EV berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional.
Bagi yang berminat, tempahan untuk warna baharu Emerald Green kini telah dibuka. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau terus ke rangkaian lebih 50 pengedar sah di seluruh negara.
Jumlah luar jangkaan seramai 75,977 peminat dan penonton hadir bagi menyambut kepulangan perlumbaan SUPER GT dalam pusingan Malaysia. Siri AUTOBACS SUPER GT 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Petronas pada 27-28 Jun 2025.
Jumlah ini hampir dua kali ganda daripada anggaran awal oleh HARO Sports & Entertainment. Selaku pemegang hak dan penganjur rasmi pusingan Malaysia, sekaligus membuktikan keghairahan peminat tempatan dan antarabangsa terhadap kepulangan perlumbaan GT utama Jepun selepas 12 tahun.
“Kami amat menghargai sokongan padu daripada semua peminat Malaysia dan antarabangsa dan sedang meneliti cara untuk menambah baik lagi pengalaman ini menjelang tahun 2026.” kata Rakan Pengurusan HARO Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan.
Pusingan Malaysia SUPER GT dijangka akan kembali sehingga tahun 2027, dan perbincangan sedang dijalankan dengan Persatuan GT (GTA) untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi tetap perlumbaan luar negara siri ini.
“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi, termasuk GTA, penaja serta agensi kerajaan yang terlibat atas sokongan mereka. Sekiranya bukan kerana pandemik COVID-19, pusingan Malaysia mungkin telah berlangsung seawal tahun 2020. Walaupun tertunda selama lima tahun, semua pihak kekal komited dan kami sangat bersyukur akan hal ini. Terima kasih.”
Tidak sekadar menumpukan kepada perlumbaan, SUPER GT Malaysia Festival turut dianjurkan sebagai karnival keluarga. Ia menampilkan festival budaya dan makanan Jepun; konsert pasca-perlumbaan GT Live; pameran automotif; autoshow; dan jualan barangan rasmi. Pusingan Malaysia juga menyaksikan penganjuran sulung GR86 Cup Malaysia dan pusingan kedua Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Challenge.
Dalam satu detik istimewa, HARO Sports & Entertainment dengan kerjasama Mastercard selaku Rakan Pembayaran dan Pengalaman Rasmi. Turut menghadiahkan sebuah GR Supra manual 3.0 bernilai RM650,000 kepada pemenang bertuah, Cik Au Tzi Hua.
Peluang cabutan bertuah ini terbuka kepada pembeli tiket menggunakan Mastercard antara 1 Jun hingga 28 Jun bagi kategori tiket berikut: Main Grandstand (RM250); GT Suite (RM350); GT Live! Rock Zone (RM500); GT Club Paddock (RM2,000); serta pakej eksklusif Experience, Ultimate dan Dream (bermula dari RM5,000). Pembeli tiket Grandstand K1 tidak layak menyertai cabutan.
HARO Sports & Entertainment turut mengumumkan kejutan yang lebih besar bagi tahun 2026, iaitu persetujuan daripada GTA untuk membolehkan penyertaan wildcard dalam kelas GT500.
Perlumbaan hujung minggu lalu menyaksikan dua penyertaan wildcard Malaysia dalam kelas GT300. Ia adalah Jazeman Jaafar dan Adrian D’Silva, mewakili pasukan EBM-GIGA Racing Team.
“GT500 adalah kemuncak perlumbaan SUPER GT dan satu penghormatan besar untuk diberi kepercayaan bagi penyertaan wildcard ini.” kata Fahrizal sambil memaklumkan bahawa perbincangan masih berjalan untuk menentukan pengeluar dan barisan pemandu yang bakal mengetuai cabaran Malaysia.
Super GT Malaysia Festival 2025 ini diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Selangor 2025. Serta mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.
Dari Haro Sports & Entertainment Sdn Bhd / HIT Communications
Lori dan kenderaan barangan telah dikenal pasti sebagai antara yang paling kerap melanggar undang-undang lalu lintas di negeri Perak, dengan lebih daripada 1,200 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga bulan lepas.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, menegaskan bahawa jumlah ini adalah hasil daripada 6,583 saman yang dikeluarkan terhadap pelbagai jenis kesalahan dan kenderaan di seluruh negeri.
Mohamad Nizar menegaskan bahawa JPJ tidak akan memberi kompromi dan akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Bermula 1 Januari hingga 31 Januari 2024, jumlah keseluruhan saman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 6,583, dengan kenderaan barangan dan lori menyumbang jumlah kesalahan sebanyak 1,207 saman.
“Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak kesalahan yang dilakukan, dan JPJ akan mengambil tindakan membatalkan lesen kenderaan barangan (GDL) atau lesen kenderaan awam (PSV) serta lesen kenderaan motor (LKM) terhadap pemandu dan pemilik kenderaan yang terus degil melanggar peraturan undang-undang jalan raya,” katanya.
Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan lisan Noor Azman Ghazali (PN-Alor Pongsu) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Mohamad Nizar menjelaskan bahawa JPJ Perak telah melaksanakan tiga kaedah untuk menguatkuasakan undang-undang jalan raya iaitu rondaan menggunakan kenderaan JPJ, rondaan kenderaan tanpa logo JPJ, dan penyamaran.
“Tindakan berat dan setimpal akan diambil menggunakan peruntukan undang-undang melalui pertuduhan di mahkamah sekiranya mereka terus degil melanggar peraturan undang-undang jalan raya yang seterusnya boleh membahayakan nyawa pengguna lain,” tambahnya.
Situasi ini menekankan kepentingan pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas bagi keselamatan semua pengguna jalan raya di negeri Perak. Dengan tindakan tegas yang diambil oleh JPJ, diharapkan kesedaran akan pentingnya mematuhi peraturan lalu lintas akan meningkat, menyumbang kepada keselamatan dan keharmonian di jalan raya.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...