Cruiser Klasik dengan Teknologi Moden, Pelancaran Rasmi di Bukit Mertajam
Setahun selepas membuat kemunculan sulung sempena pembukaan MForce Best Shop Hoong Fatt Motoworld di Ipoh, BENDA Napoleon Bob 250 kini secara rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia.
Model bergaya V-Cruiser ini dilancarkan sempena pembukaan MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn. Bhd. di Alma, Bukit Mertajam, dan kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.
Ditawarkan pada harga bermula RM20,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), Napoleon Bob 250 menampilkan gaya klasik yang membangkitkan nostalgia sambil menggabungkan teknologi moden untuk penunggangan lebih selamat dan menyeronokkan.
Rekaan Klasik, Jiwa Bebas
Napoleon Bob 250 hadir dalam empat pilihan warna – Black, Silver, Green dan Orange – dengan rekaan berinspirasikan gaya cruiser retro.
Rekaan badan yang padat dan kemas memberi karakter maskulin dan santai, sesuai untuk penunggang yang inginkan gaya tersendiri.
Spesifikasi Mekanikal yang Mantap
Model ini dikuasakan enjin V-twin 249cc, SOHC 4-lejang 8-injap dengan sistem penyejukan cecair.
Ia menghasilkan kuasa maksimum 19kW pada 9,000rpm dan tork 25Nm pada 5,500rpm.
Dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan dan klac jenis slipper, Napoleon Bob 250 menjanjikan tunggangan yang lancar dan kawalan lebih baik ketika penukaran gear.
Keselamatan dan Kawalan Lebih Yakin
Bagi meningkatkan keselamatan, model ini dilengkapi sistem brek ABS di depan dan belakang serta ciri premium seperti Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) – sesuatu yang jarang ditemui pada motosikal dalam segmen ini.
Ads
Ciri ini membantu mengelakkan gelinciran dengan mengawal kelajuan putaran roda, terutamanya ketika permukaan jalan licin.
Suspensi depan jenis teleskopik boleh laras, manakala belakang menggunakan penyerap hentakan berkembar.
Gabungan ini memberikan keselesaan optimum sama ada menunggang secara solo atau berdua.
Teknologi Moden dalam Bingkai Klasik
Walaupun tampil dengan gaya retro, Napoleon Bob 250 dilengkapi sistem penghidup elektrik, paparan meter jenis LCD yang moden, serta sistem bahan api jenis pancitan elektronik (EFI) yang lebih cekap dan menjimatkan.
Tangki bahan api berkapasiti 9.5 liter sesuai untuk perjalanan jarak jauh, menjadikan motosikal ini pilihan ideal untuk penunggang yang gemar menjelajah atau bersiar-siar pada hujung minggu.
Ads
Dimensi dan Ergonomik Sesuai untuk Rakyat Malaysia
Dengan berat 195kg, Napoleon Bob 250 menawarkan keseimbangan yang baik.
Ia mempunyai panjang 2,320mm, lebar 810mm dan tinggi 1,030mm.
Ketinggian tempat duduk setinggi 750mm menjadikannya sesuai untuk kebanyakan penunggang tempatan.
Jarak roda 1,540mm dan kelegaan tanah 123mm pula memberikan kestabilan semasa menunggang.
Saiz tayar juga besar – 130/80-18 di depan dan 160/70-18 di belakang – menambah lagi kehadiran visual motosikal ini.
Ads
Jaminan Tanpa Batasan Perbatuan
Setiap pembelian Napoleon Bob 250 hadir dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan.
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. turut menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara atas talian, memberi kemudahan kepada pengguna dalam penyelenggaraan jangka panjang.
Tentang BENDA Motorcycles
BENDA merupakan jenama motosikal dari China yang semakin dikenali dengan rekaan berani dan teknologi terkini.
Menyasarkan penunggang moden yang mengutamakan gaya dan prestasi, jenama ini menawarkan pelbagai model untuk keperluan harian mahupun gaya hidup pengembaraan.
Di Malaysia, BENDA berjaya menarik perhatian dengan penampilan unik dan nilai harga yang kompetitif – menjadikannya pilihan menarik dalam pasaran dua roda tempatan.
Kesimpulan
Dengan gabungan gaya klasik, teknologi moden dan harga mampu milik, BENDA Napoleon Bob 250 menampilkan satu lagi alternatif segar buat penunggang cruiser di Malaysia.
Sesuai untuk mereka yang mahukan gaya bebas tanpa kompromi dari segi keselamatan dan prestasi.
Seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil mengacu pistol mainan, sehingga mencetuskan panik kepada pengguna jalan raya lain, telah ditahan oleh pihak polis.
Kejadian yang berlaku di Bulatan Ladang, Kuala Terengganu, pada pagi semalam (18 Julai), mengejutkan ramai pihak yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Menurut saksi, lelaki tersebut dilihat menunggang motosikal jenis Honda C70 sambil mengacu pistol ke arah pengguna jalan raya lain. Tindakan suspek tersebut menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dan panik, sehingga beberapa pengguna jalan raya mengambil tindakan untuk mengelak dari kawasan tersebut.
Suspek Diberkas
Hasil risikan dan tindakan pantas pihak polis, suspek berjaya ditahan dalam masa yang singkat. Suspek yang berusia 26 tahun dan berasal dari Ranau, Sabah. Ditahan oleh Polis Daerah Kuala Terengganu (IPD) pada jam 1.30 petang tadi. Penahanan ini adalah hasil daripada maklumat orang awam yang segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Dalam operasi penahanan tersebut, polis turut merampas sepucuk pistol mainan berwarna hitam serta sebuah motosikal jenis Honda C70 yang digunakan oleh suspek.
Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.
Tangkap layar dari video – Sinar Harian
Suspek memberitahu pihak polis bahawa pistol yang dirampas itu ditemui di dalam tong sampah berhampiran bulatan ladang.
Namun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk memastikan kesahihan maklumat tersebut dan untuk mengetahui motif sebenar suspek bertindak sedemikian.
Pihak Polis
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau menyatakan bahawa pihak polis memandang serius kes ini dan akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap suspek.
Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960, yang memperuntukkan hukuman yang berat bagi kesalahan memiliki senjata api tanpa kebenaran.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang pantas melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Kerjasama antara masyarakat dan pihak berkuasa amat penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin,” kata Asisten Komisioner Azli Mohd Noor.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan terus melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak polis. “Keselamatan dan kesejahteraan masyarakat adalah keutamaan kami. Kami akan terus berusaha untuk memastikan Kuala Terengganu kekal sebagai tempat yang selamat untuk didiami,” tambahnya.
Haoji Railway, atau Menghua Railway, merupakan jambatan kereta api berat terpanjang di dunia, merentasi 1,813 kilometer dari utara hingga selatan China.
Laluan ini dibina untuk memudahkan pengangkutan arang batu, menghubungkan Inner Mongolia dengan wilayah Jiangxi yang pesat membangun.
Sejak dilancarkan pada 2019, Haoji Railway menjadi tulang belakang pengangkutan tenaga di China, mengurangkan kebergantungan pada laluan laut.
Kredit Foto : Website highestbridges
Kecekapan Tinggi dalam Pengangkutan Arang Batu
Sebelum kewujudan Haoji Railway, China bergantung kepada laluan laut yang lebih lambat dan mahal untuk mengangkut arang batu ke selatan. Kini, laluan ini mampu mengangkut sehingga 200 juta tan arang batu setiap tahun, memastikan penghantaran lebih cepat dan efisien. Kecekapan ini amat penting untuk memenuhi permintaan tenaga di wilayah-wilayah industri di selatan.
Kredit Foto : Website highestbridges
Reka Bentuk Kejuruteraan yang Maju
Melintasi pelbagai zon geografi dan iklim, Haoji Railway dibina dengan kejuruteraan canggih. Laluan ini mampu beroperasi pada kelajuan 120 kilometer sejam, menjadikan ia salah satu sistem pengangkutan muatan berat terpantas di dunia. Kecekapan ini tidak hanya memendekkan masa penghantaran, tetapi juga meningkatkan produktiviti logistik negara.
Kejayaan Haoji Railway memberikan inspirasi kepada industri automotif dan logistik tentang bagaimana automasi dan logistik pintar boleh mengubah pengangkutan berat. Laluan ini turut menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, dengan mengurangkan bilangan trak yang digunakan di jalan raya untuk penghantaran arang batu.
Kredit Foto : Website highestbridges
Simbol Kemajuan Infrastruktur China
Haoji Railway kini menjadi lambang kemajuan infrastruktur pengangkutan China. Laluan ini bukan sahaja memegang rekod sebagai jambatan kereta api berat terpanjang di dunia, tetapi juga membuktikan kepentingan pembangunan rangkaian logistik yang cekap dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Suzuki Malaysia merancakkan lagi Malaysia Autoshow 2024 dengan mengumumkan kempen hebat Cabutan Bertuah Tiket Emas Extravaganza Suzuki. Ini adalah satu peluang luar biasa untuk pelanggan memenangi hadiah menarik bernilai RM300,000.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli Suzuki GSX-8S, GSX-S150, atau Raider R150Fi antara 21 Mei hingga 31 Ogos 2024.
Untuk setiap pembelian yang layak, pelanggan akan menerima slot cabutan bertuah, sekaligus memberikan mereka peluang untuk memenangi hadiah luar biasa yang ditawarkan. Hadiah Utama ialah sebuah Suzuki GSX-S1000GX terbaru, sebuah motor supersport kembara yang diiktiraf prestasi dan kemampuannya.
Tawaran Hadiah Lain…
Selain itu, lima pemenang bertuah akan menikmati perjalanan eksklusif 4H3M ke Suzuki Plaza di Hamamatsu, Jepun. Sepuluh pemenang berikutnya juga akan menerima hadiah berupa basikal jalan raya Bottecchia 8-Avio dari Itali buat setiap pemenang. Selain itu, pelbagai hadiah sagu hati turut ditawarkan.
Kesemua proses cabutan bertuah dan hadiah berikut akan diberikan kepada pemenang di perhimpunan tahunan Suzuki Familia. Acara dikatakan akan berlangsung di Suzuki Monsoon Getaway 2024 kelak.
Lebih menarik lagi, ahli Suzuki Familia yang menghadiri acara tersebut juga akan turut dapat merebut peluang tambahan untuk memenangi sebuah lagi model motosikal Suzuki. Ia sebahagai ‘pembakar semangat’ kepada mereka yang hadir di acara tahunan tersebut.
GSX S 1000 GX – Warna Hitam
Peluang hebat ini adalah sebahagian daripada usaha Suzuki untuk menzahirkan penghargaan terhadap sokongan serta semangat berterusan oleh peminat motosikal Suzuki selama ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan. Sila layari laman web utama Suzuki di [www.suzuki.com.my](http://www.suzuki.com.my). wakil pengedar Suzuki di seluruh negara, atau saluran rasmi Suzuki Malaysia di media sosial.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...