BMW Malaysia telah mempersembahkan versi terbaharu BMW i5 eDrive40 M Sport yang ditingkatkan dengan pengecasan yang lebih canggih dan ciri yang diperbaharui. Ini memperkukuh portfolio kenderaan elektrik premium mereka dengan versi sedan elektrik paling berjaya di dunia.
Sedan elektrik yang mewakili mobiliti masa depan ini, telah memasuki pasaran Malaysia pada akhir 2023. Kini, ia kembali dengan keupayaan pengecasan yang lebih canggih dan ciri yang diperkemaskan, sejajar dengan kehebatan BMW 5 Series.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kami sangat gembira dapat memperkenalkan kemajuan kenderaan elektrik kami di pasaran Malaysia. Dengan kehadiran BMW i5 eDrive40 M Sport, ia menunjukkan komitmen kami dalam memberikan pengalaman Pemilikan Elektrik Premium terbaik kepada pelanggan Malaysia.”
BMW i5 eDrive40 M Sport yang baharu ini menawarkan pengecasan yang lebih efisien dengan Pengecas Profesional AC sebagai standard, mempercepatkan masa pengecasan hingga 100 peratus dalam masa yang lebih singkat. Tambahan pula, dengan pengecasan DC berkuasa tinggi, pemilik dapat mengecas EV hingga 80 peratus dalam masa hanya 34 minit.
Pemilik BMW i5 juga mendapat manfaat dari akses kepada lebih 1,700 stesen pengecas di seluruh negara, hasil kerjasama BMW Malaysia dengan penyedia tempatan terkemuka seperti ChargeEV dan Yinson GreenTech.
Ads
BMW i5 eDrive40 M Sport mengekalkan output maksimum yang hebat sebanyak 250 kW/340 hp, dengan julat elektrik hingga 582 km (WLTP), menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang mengutamakan prestasi dan jarak tempuh.
Di dalam, BMW i5 eDrive40 M Sport menampilkan BMW Operating System 8.5 yang canggih, dengan BMW Curved Display, panel instrumen 12.3-inci, dan paparan kawalan skrin sentuh 14.9-inci. Pelbagai teknologi keselamatan dan sokongan pemanduan juga disertakan sebagai standard.
Ads
Program pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia membuat kepemilikan BMW i5 eDrive40 M Sport menjadi lebih mudah, dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM4,845.00.
Harga jualan atas jalan untuk BMW i5 eDrive40 M Sport adalah RM399,800.00, termasuk Waranti Perbatuan Tanpa Had 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web BMW Malaysia atau hubungi pengedar sah BMW pilihan anda.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dan Ford Malaysia mengambil langkah inovatif dalam industri automotif dengan melancarkan siri audio siar (podcast) eksklusif, “Ford Malaysia: Built for Life”. Siri ini, yang akan memulakan siarannya pada 28 Januari 2024 di Spotify, menandakan satu era baru bagi pengalaman automotif di Malaysia.
“Ford Malaysia: Built for Life” adalah hasil kreatif sepenuhnya dari Malaysia yang diterbitkan sepenuhnya oleh SDAC. Siri ini tidak hanya berfokus pada aspek teknikal kendaraan Ford Ranger, tetapi juga mengeksplorasi kisah-kisah di sebaliknya.
Dengan pendekatan bercerita dalam bentuk wawancara dan pengalaman pengguna Ford Ranger itu sendiri, siri ini bakal menceritakan bagaimana Ford Ranger telah menjadi lebih dari sekadar kereta malahan menjadi teman dalam kerja, rekreasi, dan kehidupan keluarga.
Siri ini menarik minat bukan hanya pemilik Ford, tetapi juga pakar dari berbagai bidang yang akan berkongsi tip dan cerita yang belum pernah diceritakan pada umum sebelum ini. JJ Fernandez, personaliti radio terkenal sebagai hos, musim pertama akan memuatkan enam episod yang disiarkan setiap Ahad selama enam minggu.
Setiap episod akan menyelami topik yang berbeza, daripada maklumat mengenai Kelab Ford Ranger Malaysia, pengalaman pemilik Ranger Generasi Baharu, hingga soal jawab dengan pelatih dan pakar sukan permotoran.
Personaliti media sosial dan pakar produk SDAC juga turut terlibat, bersama veteran media automotif yang akan berkongsi pandangan unik mereka. Episod terakhir akan menampilkan pakar daripa Ford Performance yang terlibat dalam rekaan dan pembangunan Ranger Raptor Generasi Baharu.
Selain Spotify, siri ini juga akan tersedia di saluran YouTube Ford Malaysia, ianya dapat memberikan pilihan bagi mereka yang lebih suka isi kandungan dalam bentuk video. Untuk informasi lebih lanjut tentang SDAC dan Ford, kunjungi laman Facebook, Instagram, Twitter, YouTube Ford Malaysia, atau website resmi mereka di www.sdacford.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bersedia untuk gegarkan jalanan! Aveta bakal melancarkan skuter serba baharu—Nova 160 dan Nova 125—yang kini dalam fasa ujian ketahanan.
Dengan gabungan gaya, prestasi, dan praktikaliti, kedua-dua skuter ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan penunggang urban masa kini.
Aveta Nova 160 – Premium dan Berprestasi Tinggi
Nova 160 adalah pilihan ideal untuk golongan profesional dan penunggang bandar yang mahukan skuter dengan prestasi lebih tinggi. Dikuasakan enjin liquid-cooled, skuter ini memberikan pengalaman tunggangan yang lancar dan responsif. Beberapa ciri menarik termasuk:
Sistem tanpa kunci (keyless) – buka kunci dengan mudah tanpa perlu cari kunci dalam poket!
Paparan digital LCD – semua info tunggangan dalam satu pandangan jelas dan moden.
Lampu utama LED – pencahayaan optimum, siang atau malam.
Tangki bahan api 8 liter – kurang kerap singgah stesen minyak, lebih masa untuk enjoy jalanan!
Nova 160 sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan aktif, memberi kombinasi antara gaya hidup moden dan kepraktisan sebuah skuter premium.
Nova 160 dan 125
Aveta Nova 125 – Ringan, Praktikal & Mudah Dikendalikan
Untuk penunggang harian yang mahukan skuter praktikal dan mesra pengguna, Nova 125 adalah jawapannya. Sesuai untuk pelajar, pekerja harian, atau sesiapa sahaja yang inginkan tunggangan mudah dan selesa.
Enjin air-cooled dengan transmisi CVT – perjalanan dalam bandar jadi lebih relaks dan bebas masalah.
Sistem brek CBS – jaminan keselamatan dengan brek yang lebih stabil dan seimbang.
Ruang storan 13.2 liter di bawah tempat duduk – simpan helmet, beg, atau barang keperluan harian dengan mudah.
Port USB dwi – cas peranti anda bila-bila masa, di mana sahaja.
Nova 125 ialah teman setia untuk urusan harian, dari menghantar assignment ke kampus hingga ke pusing bandar waktu malam.
Nantikan Pelancaran Rasmi!
Aveta Nova 160 dan Nova 125 akan tiba tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman tunggangan urban generasi baharu ini.
Stay tuned dan ikuti media sosial Aveta untuk info terkini serta tarikh pelancaran!
Jenama Ultraviolette telah memperkenalkan motosikal elektrik terbarunya, F99, dalam acara EICMA 2023. Jenama yang berpangkalan di Bengaluru ini mengumumkan F99 sebagai langkah pertama mereka ke arah platform perlumbaan.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Ultraviolette F99 merupakan motosikal elektrik dikuasakan oleh motor elektrik W, menghasilkan kuasa puncak sebanyak 122.36 PS. Ia hadir dengan berat 178 Kg dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Manakala pilihan warna untuk Ultraviolette F99 adalah merah dan kelabu.
F99 merupakan motosikal yang direka untuk perlumbaan yang dihasilkan di India. Motosikal yang dilengkapi dengan sistem penyejuk cecair ini mampu mengeluarkan kuasa puncak sehingga 90kW dengan kelajuan puncak yang menakjubkan sebanyak 265 km/jam.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Dengan daya pecutan daripada 0-100 km/jam hanya mengambil masa 3 saat. Dengan berat hanya 178kg, F99 hadir dengan carbon fibrebodyworks dan aerodinamik yang sangat futuristik. Setiap sayap di sisi fairing akan berfungsi apabila motosikal bergerak dan condong ke arah satu sudut, memberikan kestabilan yang lebih baik.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Pengeluar menyatakan bahawa versi pengeluaran F99 akan dilancarkan secara global pada tahun 2025. Mungkin model ini bakal menjadi persaingan sengit dengan motosikal elektrik keluaran Ducati, namun dengan kehadiran motosikal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa India juga mampu untuk bersaing dengan jenama pengeluar motosikal terbesar di dunia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
"Redefining Boundaries"
Aveta Malaysia melakar sejarah baharu apabila melancarkan cogan kata rasmi terbarunya, “Redefining Boundaries” atau Mentakrifkan Semula Sempadan. Slogan ini menjadi simbol kepada hala...