BMW XM SUV 2024 muncul dengan misi yang berani untuk mencapai puncak prestasi dan kemewahan secara serentak. Disebalik rekaannya yang memikat, terdapat enjin V8 twin turbo yang diperkukuh dengan sistem hibrid plug-in, menghasilkan sehingga 738 kuasa kuda.
Hasilnya, sebuah jentera berprestasi tinggi, mampu mencapai 100km/j hanya dalam masa 3.7 saat. Ia juga mampu bergerak secara elektrik, jika anda hanya menggunakannya untuk kuasa yang minimum.
Selain itu, BMW telah mengubah semua ciri teknologi kepada yang paling premium, termasuk paparan dashboard yang melengkung dan sistem bantuan pemandu terkini. Walaupun prestasi model ini memang tidak disangkal lagi, XM tidak seceria model-model sedan sukan M3 dan M5 yang terkenal dari syarikat itu.
Bagi pasaran tahun hadapan, Model XM Label Red yang lebih kuat bakal menyertai barisan produksi untuk 2024 dan memiliki varian 738 kuasa kuda bagi sistem kuasa hibrid plug-in XM. BMW mengatakan kuasa tambahan ini cukup untuk melancarkan XM Label kepada 100km/j hanya dalam masa 3.7 saat, ia mungkin agak konservatif kerana XM “biasa” 644 kuasa kuda mampu melakukan itu dalam 3.4 saat.
Kredit Foto: CarAndDriver.com
Sebuah V-8 twin-turbo 4.4 liter bukanlah perkara baru bagi portfolio kuasa BMW, tetapi dalam XM ia dipasangkan dengan motor elektrik dan bateri untuk menghasilkan 644 kuasa kuda yang mengagumkan.
Semasa ujian pemanduan pertama, XM mencatatkan tenaga segera kuasa hibrid ini dan menganggarkan ia mampu mencapai 100km/j dalam masa 3.8 saat, tetapi semasa dalam ujian di lapangan, ia mampu memberi pecutan 100km/j dalam masa 3.4 saat sahaja.
Ads
Ini menempatkan XM dalam kedudukan yang agak kurang berbanding dengan SUV prestasi lain seperti Lamborghini Urus dan Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid, kedua-duanya mampu mencapai 100km/j dalam masa 3.2 saat..
XM menggunakan sistem suspensi per ulir yang dipertingkatkan dengan penyerap adaptif dan bar anti-guling aktif. Dalam mod pemanduan Comfort, pemanduan ia sangat sekata dan tenang. Namun, apabila ditetapkan ke mod Sport, pengendalian XM menjadi responsif dan agresif menjadikan pengalaman memandu sangat berbeza.
Kredit Foto: CarAndDriver.com
Bagi pek bateri XM 25.7 kWh, ia dikatakan mampu menampung kira-kira 48 kilometer jarak elektrik hanya dalam satu pengecasan. BMW mengatakan pengecasan onboard XM mampu mengisi bateri sehingga 100 peratus dalam lebih kurang tiga jam.
Ads
Segalanya tentang kabin XM menyebut mewah dalam pelbagai cara, termasuk kemasan kulit sebagai pilihan tambahan yang kelihatan klasik. Kabin XM hanya mempunyai dua baris tempat duduk, dan sebagai gantinya untuk sunroof panoramik besar, XM boleh didapati dengan penutup kepala tiruan yang berpola geometri yang mempunyai pencahayaan fiber-optic yang digunakan untuk kesan dramatik.
Paparan melengkung yang besar melintasi dua pertiga dashboard. Paparan berfungsi sebagai kluster meter digital serta pusat infotainment onboard, dan ia dikuasakan dengan perisian iDrive 8.5 terkini BMW.
CarPlay Apple tanpa wayar dan Android Auto adalah standard, dan ciri-ciri tambahan seperti radio satelit SiriusXM, hotspot Wi-Fi, dan sistem stereo premium turut disertakan.
Ads
Kredit Foto: CarAndDriver.com
Ciri asas seperti pergerakan brek automatik dan bantuan pengekalan lorong adalah standard pada semua model XM, selain itu teknologi yang lebih maju, termasuk sistem kawalan pelayaran adaptif dengan ciri tumpuan lorong, turut ditawarkan.
Harga tawaran untuk model prestasi utiliti sukan ini bermula dari RM1,398,800 bagi model asas dan peminat boleh kunjungi pengedar BMW yang sah untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi serta kuasa model ini.
1 of 16
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Toyota memang bijak dengan langkah memperkenalkan beberapa model di bawah siri Crown, dan ini bukan hanya untuk gaya semata-mata. Pelanggan di pelbagai pasaran boleh memilih model Crown yang bersesuaian, termasuk Crossover, Sport, Sedan, dan Estate.
Siri Crown ini direka untuk memenuhi keperluan dan citarasa yang berbeza, sambil mengisi ruang antara barisan model Toyota dan Lexus.
Di Jepun,
Pelanggan bukan saja dapat memilih gaya badan yang berbeza. Malah mereka juga ditawarkan model sedan Crown dengan teknologi bahan api hidrogen. Namun, satu model yang eksklusif untuk pasaran Jepun dan pasti mencuri perhatian ialah Crown Sport RS Limited Matte Metal. Edisi khas yang tampil dengan kemasan badan matte terus dari kilang.
Biasanya, jika seseorang inginkan warna matte pada kereta, mereka perlu ke kedai balutan (wrapping). Tapi dengan edisi ini, pemilik terus dapat menikmati warna matte dari kilang tanpa perlu melakukan apa-apa ubah suai.
Namun, jika mereka mahu menukar kepada warna yang lebih berkilat, itu masih boleh dilakukan. Warna Matte Metal ini bukan sekadar kemasan biasa; ia dilindungi dengan lapisan khas yang dikenali sebagai TM Coat. Iaitu penjagaan dan pembersihan tanpa merosakkan kemasan matte tersebut.
Elemen Hitam Kilat
Untuk menyerlahkan lagi gaya mewah dan eksklusifnya, warna matte ini dipadankan dengan elemen hitam berkilat seperti pada bahagian pendakap lingkungan roda, bingkai cermin, bibir bampar, bingkai lampu belakang, dan sirip spoiler.
Roda 21 inci hitam matte atau berkilat menjadi pilihan, bersama dengan angkup brek merah enam omboh yang jelas kelihatan di sebalik rongga besar rim tersebut.
Bahagian dalamannya juga tidak kurang hebatnya, dengan gabungan warna Black Lustre dan beberapa perincian mewah. Sterengnya tampil dengan tiga warna iaitu Warm Steel, Dark Grey Metal, dan Light Grey.
Menggantikan kombinasi hitam dan merah biasa. Warna Warm Steel ini juga diaplikasikan pada beberapa bahagian lain seperti panel pintu, papan pemuka, dan perehat tangan, memberikan aura eksklusif dan mewah. Lebih istimewa, nama model ini diukir dengan laser pada corong penyaman udara di sebelah kiri. Menambahkan lagi sentuhan peribadi.
Dari segi teknologi,
Crown Sport RS Limited Matte Metal dilengkapi dengan kunci digital tanpa kos tambahan. Di mana pemilik boleh menggunakan telefon pintar mereka sebagai kunci kereta. Ini memberi kemudahan serta inovasi teknologi yang menarik bagi model ini.
Untuk Prestasi,
Kereta ini dikuasakan oleh enjin hibrid plug-in 2.5 liter A25A-FXS yang dipadankan dengan transmisi e-CVT dan sistem pacuan empat roda E-Four. Enjin petrolnya menghasilkan 177 PS dan tork 219Nm. Manakala motor elektrik depan memberikan tambahan 182 PS dan 270Nm, serta motor belakang dengan 54 PS dan 121Nm.
Dengan bateri litium-ion berkapasiti 51 Ah, kereta ini boleh dipandu menggunakan mod elektrik sepenuhnya sejauh 90 kilometer.
Harga bagi Toyota Crown Sport RS Limited Matte Metal ini adalah sekitar 8,200,000 yen (anggaran RM235,677). Satu harga yang berbaloi bagi mereka yang mahukan kelainan serta keistimewaan dalam gaya dan prestasi.
Kalendar MotoGP 2024 telah dikemas kini dengan pengurangan dari 22 pusingan kepada 21 pusingan berikutan pembatalan perlumbaan di Argentina.
Acara di Termas de Rio Hondo yang sepatutnya berlangsung pada 5-7 April sebagai pusingan ketiga musim ini, telah dibatalkan disebabkan oleh langkah penjimatan kos oleh kerajaan.
MotoGP India yang sebelum ini dibatalkan, dijangka akan kembali pada awal 2025. Tempat India diambil alih oleh MotoGP Kazakhstan yang ditangguhkan tetapi akhirnya dibatalkan.
Sebagai gantinya, pusingan kedua di Misano, dinamakan Emilia-Romagna MotoGP, akan diadakan. Ini bermakna dua pusingan berturut-turut akan diadakan di Misano.
Barisan penunggang MotoGP 2024
Musim ini akan mengekalkan pendekatan berasaskan wilayah, mengelompokkan perlumbaan mengikut geografi. Terdapat 10 pusingan sebelum rehat musim panas, dan 11 pusingan selepasnya.
Qatar kembali sebagai pembuka musim pada 10 Mac, sebelum siri ini menuju ke Portugal dua minggu kemudian untuk pusingan kedua. Portugal dan India masih tertakluk kepada kontrak sebelum dapat disahkan.
Silverstone akan menjadi tuan rumah perlumbaan pertama selepas rehat musim panas. Terdapat dua siri tiga perlumbaan berturut-turut dalam separuh kedua 2024 – Emilia-Romagna, Indonesia, Jepun dan kemudian Australia, Thailand, Malaysia. Musim ini akan berakhir pada 17 November di Valencia.
Pada Mei yang lalu, Rimac telah berjaya mengukir namanya dalam dunia automotif dengan memecahkan 23 rekod dunia!
Ia termasuklah rekod pecutan 0-400-0 km/j yang sebelum ini dipegang oleh Koenigsegg Regera. Namun, Rimac tidak berhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, mereka mencipta sejarah dengan memperoleh rekod dunia baru untuk kelajuan mengundur yang paling pantas.
Pencapaian luar biasa ini dicatatkan di fasiliti Automotive Testing Papenburg, Jerman, di mana Rimac Nevera, sebuah hypercar elektrik, mencapai kelajuan mengundur yang menakjubkan, iaitu 275.74 KM/J. Kejayaan ini diiktiraf oleh Guinness World Records.
Rimac Nevera menunjukkan keupayaannya yang luar biasa dengan mengatasi cabaran kelajuan mengundur, sesuatu yang jarang dicapai oleh kebanyakan kereta moden. Nisbah gear undur yang unik dan kelajuan tinggi yang dicapai menandakan inovasi yang mengagumkan dalam rekaan kereta ini.
Kredit Foto: Remac
CEO Rimac, Mate Rimac, berkongsi bahawa semasa pembangunan, pasukan Rimac terdetik idea bahawa Nevera mungkin menjadi kereta paling pantas di dunia dalam pemanduan mengundur. Bagaimanapun, idea ini pada mulanya dianggap sebagai sesuatu yang mustahil. Meskipun Nevera tidak direka khas untuk kelajuan mengundur, kejayaan ini membuktikan kebolehan luar biasa kereta ini.
Mate Rimac menyatakan, “Aspek aerodinamik, penyejukan, dan kestabilan (Rimac Nevera) memang tidak direka untuk pemanduan mengundur. Namun begitu, ia mungkin satu perkara yang menyeronokkan untuk dicuba.” Beliau turut berkongsi bahawa simulasi mereka awalnya menunjukkan kemampuan mencapai kelajuan 241 KM/J, tetapi ketidakpastian tentang kestabilan pemanduan pada kelajuan tersebut membuatkan mereka berasa ragu-ragu.
Kejayaan Rimac Nevera bukan sahaja mencipta rekod dunia baharu, tetapi juga menunjukkan kecanggihan teknologi dalam dunia automotif yang semakin mengagumkan.
1 of 25
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
"Redefining Boundaries"
Aveta Malaysia melakar sejarah baharu apabila melancarkan cogan kata rasmi terbarunya, “Redefining Boundaries” atau Mentakrifkan Semula Sempadan. Slogan ini menjadi simbol kepada hala...