BRABUS tidak pernah berkompromi dalam soal prestasi mahupun gaya. Model baharu Rocket GTC Deep Red 2026 ini menzahirkan falsafah tersebut. Model ini menggabungkan kuasa hibrid 1,000hp, teknologi aerodinamik paling halus, serta rekaan roadster tanpa bumbung sepenuhnya daripada red exposed-structure carbon fiber.
Dengan reka bentuk yangh rendah dan lebar, setiap inci bahagian kereta ini dibina untuk mencipta “1-Second-Wow” impresi yang serta-merta memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.
Badan Rocket GTC Deep Red dibina sepenuhnya menggunakan prepreg autoclave process disalut kemasan lut sinar berwarna merah khas. Dari hadapan, splitter BRABUS Rocket direka untuk menyalurkan downforce ke gandar depan, manakala ruang udara besar memastikan penyejukan radiator dan brek yang optimum.
Bahagian sisi pula menyalurkan udara ke panel kuarter belakang lebar sehingga mencapai 198.5 cm di gandar belakang.
Di belakang, pandangan dramatik dihidupkan dengan spoiler “ducktail”, diffuser serat karbon, serta empat muncung ekzos titanium dengan pencahayaan LED merah
. Semua ini diuji dalam terowong angin bagi memastikan kestabilan pemanduan pada kelajuan tinggi.Di bawah hud karbon, enjin V8 4.5 liter twin-turbo BRABUS Rocket 1000 menghasilkan 796hp dan 1,250Nm (dihadkan 1,050Nm untuk transmisi). Motor elektrik 204hp (150kW) dengan transmisi dua kelajuan menambah lagi daya, digerakkan oleh bateri lithium-ion 6.1kWh.
Jumlah kuasa sistem mencapai 735kW / 1,000hp dan 1,820Nm, tetapi dihadkan kepada 1,620Nm untuk melindungi komponen. Digandingkan dengan transmisi automatik sport 9-kelajuan dan sistem pacuan semua roda, roadster ini mampu:
0–100 km/j: 2.6 saat
0–200 km/j: 9.5 saat
0–300 km/j: 23.6 saat
Kelajuan maksima (Vmax): 317 km/j (197 mph)
Walaupun sekuat roket, ia masih kekal sebagai sebuah roadster berprestasi tinggi dengan penggunaan bahan api kombinasi 12.9 l/100km dan pelepasan CO₂ 291 g/km.
Sistem ekzos keluli tahan karat BRABUS direka dengan katalis berprestasi tinggi dan penapis partikel, membolehkan enjin bernafas lebih bebas. Ia turut menawarkan kawalan injap aktif dimana pemandu boleh memilih mod “Coming Home” yang senyap, atau membuka injap sepenuhnya untuk menikmati ngauman penuh V8 twin-turbo.
Diiringi visual ekzos titanium bercahaya merah, setiap nyalaan bukan sekadar bunyi, tetapi satu persembahan teater mekanikal.
Rocket GTC Deep Red dilengkapi rim Monoblock P Platinum Edition
dengan aero-blade karbon yang direka untuk mengalirkan haba brek keluar dengan lebih efisien.Hadapan: 21” (275/35 ZR 21 Continental SportContact 7)
Belakang: 22” (335/25 ZR 22 Continental SportContact 7)
Suspensi sport dengan pelarasan ketinggian 10–20mm memastikan kedudukan badan rendah, profil tajam, dan pengendalian yang setimpal dengan prestasi 1,000hp.
Masuk ke dalam kabin, konsep “Masterpiece” Brabus diterjemahkan dengan kemasan kulit penuh berwarna merah, jahitan “Shell quilting” yang teliti, serta embossed logo Double-B dan ROCKET GTC pada tempat duduk.
Lantai, ruang simpanan, hingga but belakang semuanya dilapisi kulit berkualiti tinggi dengan perincian jahitan tangan. Kontras sporty hadir melalui kemasan karbon Signature, pedal, stereng, dan sill pintu bercahaya. Malah, butang kawalan dan gril pembesar suara disiapkan dengan kemasan “Shadow Gray” matte, melengkapkan rasa eksklusif.
Dengan bumbung fabrik elektro-hidraulik yang boleh dibuka, kabin ini menjadi pentas gaya hidup eksklusif yang elegan, agresif, dan unik.
Rocket GTC Deep Red melakukan debut di Pebble Beach sempena Monterey Car Week, pentas paling berprestij untuk hypercar. Harga rasmi: €830,422 (sekitar USD967,000 / RM4.3 juta sebelum cukai Malaysia).
Jumlah unit? Sangat terhad, dipercayai dalam dua digit rendah sahaja, menjadikannya antara roadster hibrid paling rare di dunia.
Kuasa sistem: 735kW / 1,000hp
Tork sistem: 1,820Nm (dihadkan 1,620Nm)
0–100 km/j: 2.6s
0–200 km/j: 9.5s
0–300 km/j: 23.6s
Kelajuan maksima: 317 km/j
Penggunaan bahan api: 12.9 l/100km
Emisi CO₂: 291 g/km
Enjin petrol: V8 4.5L twin-turbo, 796hp, 1,250Nm (dihadkan 1,050Nm)
Motor elektrik: 204hp, transmisi 2-kelajuan, bateri 6.1kWh
Rim/Tayar: 21” depan / 22” belakang, Continental SportContact 7
Suspensi: BRABUS sport spring, boleh laras 10–20mm
Ekzos: Titanium dengan kawalan injap & tip LED merah
Badan: Roadster serat karbon Deep Red, aerodinamik penuh
Harga: €830,422 (≈ USD967,000)
BRABUS Rocket GTC Deep Red 2026 dibina untuk pelanggan eksklusif, model ini menandakan satu lagi bukti bahawa BRABUS masih menguasai seni “Born Wild. And Free.”
Baca Juga : #SoAMG – Pelancaran Model Prestasi Terkini Mercedes-AMG
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.