Automotif

Brembo Sertai Dunia Basikal, Kolaborasi Eksklusif dengan Specialized Gravity Team

Share

Legenda dunia motorsport, Brembo membuat kejutan apabila secara rasmi melangkah masuk ke pasaran basikal melalui kerjasama strategik bersama Specialized Bicycles.

Melalui penyertaan ini, Brembo akan bekerjasama dengan pelumba elit Specialized Gravity Team Loïc Bruni, Jordan Williams, dan Finn Iles.

Mereka bakal membangunkan sistem brek cakera prototaip untuk perlumbaan menuruni bukit (downhill).

Kredit Foto : Website bikeradar

Dari Litar F1 ke Laluan Downhill

Meskipun lebih dikenali sebagai pembekal utama sistem brek untuk Formula Satu dan MotoGP, langkah Brembo ke dunia perlumbaan basikal bukannya asing sepenuhnya.

Pada tahun 2024, Brembo telah mengambil alih jenama suspensi tersohor, Öhlins

, yang turut menyokong pasukan Specialized Gravity.

Maka, kemunculan Brembo dalam perlumbaan basikal ini dilihat sebagai satu penanda aras baru dari segi keupayaan teknikal dan kejuruteraan mereka di peringkat tertinggi.

Kredit Foto : Brembo

Brek Prototaip Di Uji Sepenuhnya di World Cup

Brek baharu yang sedang diuji oleh pelumba Specialized di beberapa pusingan awal UCI Downhill World Cup 2025 ini memperlihatkan reka bentuk yang agresif dan teknikal.

Antara ciri menarik yang dikesan:

  • Lever blade panjang dan lurus, menyerupai Hope Tech 4 V4 tetapi dengan reka bentuk minimalis tanpa tombol pelaras yang menonjol.

Kredit Foto : Website bikeradar
  • Pelaras kecil terbina di pangkal lever — dijangka untuk pelarasan reach.

Kredit Foto : Website bikeradar
  • Reka bentuk badan lever yang hampir dengan SRAM Maven, tetapi kelihatan lebih besar dan ergonomik.

  • Takungan bendalir (fluid reservoir) yang lebih tinggi, menyerupai TRP DHR EVO — mungkin untuk kapasiti bendalir lebih besar.

  • Kaliper empat piston untuk kuasa membrek maksimum pada kelajuan tinggi dan permukaan lasak.

Kredit Foto : Website bikeradar

Bukan Percubaan Pertama

Sebenarnya, Brembo bukan pendatang baharu sepenuhnya dalam arena brek basikal.

Sekitar 17 tahun lalu, pernah wujud sistem brek Brembo berkembar (twin-piston) yang kelihatan seakan gabungan reka bentuk Shimano dan Hope.

Namun, sistem baharu ini jelas jauh lebih maju menandakan lompatan teknologi besar sejak kemunculan pertama mereka.

Kredit Foto : Website bikeradar

Fokus Eksklusif: Downhill Sahaja (Setakat Ini)

Menurut kenyataan rasmi Brembo, fokus kolaborasi ini adalah eksklusif untuk perlumbaan Downhill World Cup sepanjang musim 2025.

Setakat ini tiada pengumuman mengenai pelancaran rasmi kepada umum, namun dari visual awal, unit prototaip kelihatan hampir lengkap untuk produksi.

Apa Seterusnya?

Bagi peminat basikal berprestasi tinggi dan pencinta teknologi kejuruteraan Itali, ini mungkin petanda bahawa sistem brek cakera Brembo bakal berada di pasaran dalam masa terdekat.

Sama ada sebagai pilihan premium untuk penggemar downhill atau lambang status bagi jentera trail anda, kemunculan Brembo pastinya mengubah lanskap industri brek basikal.

Baca Juga : Xiaomi SU7 Ultra Catat Rekod Baharu EV di Nürburgring

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi