Ads

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Jentera Adventure Dengan Design Retro, Harga Bermula Dari RM29,888

Brixton Motorcycles Malaysia secara rasmi memperkenalkan Brixton Storr 500 ke pasaran tempatan bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Model dengan design retro ini kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara dengan harga bermula RM29,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Storr 500 tampil sebagai sebuah motosikal adventure bersaiz sederhana yang memadukan reka bentuk neo-retro Eropah dengan ciri-ciri yang moden. Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Black, Green dan Yellow sekali gus memberi pilihan karakter berbeza kepada penunggang.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Reka Bentuk Adventure

Sebagai sebuah motosikal yang diposisikan untuk kegunaan “touring”, Brixton Storr 500 hadir standard dengan tiga unit kotak simpanan (satu kotak atas dan dua kotak sisi).

Konfigurasi ini menjadikannya terus bersedia untuk “ride” jarak jauh, sama ada bagi kegunaan touring, overland mahupun “adventure” pada hujung minggu.

Garis badan yang tegap, pelindung angin, lampu LED penuh serta kehadiran lampu spotlight LED menegaskan identitinya sebagai jentera adventure yang praktikal.

Kelegaan tanah setinggi 200 mm dan ketinggian tempat duduk 830 mm turut menyokong keupayaannya meredah laluan tidak berturap dengan lebih yakin.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Ads

Enjin 486 cc Dua Silinder 

Daripada aspek trenkuasa, Brixton Storr 500 dikuasakan enjin dua silinder, 4-lejang, 8-injap dengan sesaran 486 cc, menggunakan sistem penyejukan cecair.

Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 35.0 kW pada 8,500 rpm dan tork puncak 43 Nm pada 6,750 rpm, dengan nisbah mampatan 10.7:1.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Sistem bahan api EFI BOSCH dipadankan dengan ECU moden, klac basah berbilang plat, pendikit mekanikal serta transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai.

Kapasiti tangki bahan api 16 liter pula memberi jarak tunggangan yang praktikal untuk perjalanan jauh tanpa kerap berhenti mengisi minyak.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Suspensi KYB dan Brek Lengkap Dengan Sistem Boleh Laras

Untuk pengendalian, Storr 500 menggunakan fork terbalik KYB di hadapan dengan pelarasan redaman, manakala bahagian belakang disokong oleh penyerap hentak tengah hidraulik KYB dengan pelarasan pra-beban.

Ads

Panjang suspensi hadapan adalah 180 mm, manakala belakang 71 mm, menawarkan imbangan antara keselesaan dan kawalan di jalan berturap serta laluan kasar.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal di hadapan bersaiz Ø320 mm dan cakera belakang Ø240 mm, lengkap dengan ABS dwi-saluran yang boleh dinyahaktifkan.

Menariknya, Storr 500 turut dilengkapi Traction Control System (TCS) boleh laras dengan empat mod operasi, membolehkan penunggang memilih tetapan mengikut keadaan jalan dan gaya tunggangan.

Cirir-ciri Moden

Dari sudut teknologi, Brixton Storr 500 dilengkapi paparan TFT 7 inci, port pengecasan USB Type-A, suis keselamatan tongkat sisi, sistem kunci mekanikal serta bateri 12V 8Ah jenis Gel.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Lampu LED digunakan sepenuhnya termasuk lampu hadapan, belakang, isyarat dan lampu kecemasan.

Ads

Model ini juga menyokong sambungan Bluetooth, membolehkan paparan notifikasi panggilan, fungsi panggilan suara serta pencerminan skrin.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Keserasian dengan aplikasi pihak ketiga Carbit Ride turut ditawarkan untuk pengalaman tunggangan yang lebih interaktif dan berorientasikan navigasi.

Dimensi, Tayar dan Kapasiti Beban

Brixton Storr 500 menggunakan tayar Pirelli bersaiz 110/80-19 di hadapan dan 150/60-17 di belakang.

Dimensi keseluruhan ialah 2,171 mm panjang, 916 mm lebar dan 1,432 mm tinggi, dengan jarak roda 1,441 mm.

Berat tanpa muatan dicatatkan pada 209 kg, manakala kapasiti beban maksimum mencecah 359 kg, sesuai untuk tunggangan solo atau bersama kelengkapan penuh.

Brixton Storr 500 Tiba Di Malaysia, Enjin 2-Silinder 486 cc

Jaminan Dan Sokongan Selepas Jualan

Setiap pembelian Brixton Storr 500 disertakan dengan jaminan pengeluar dua tahun tanpa had perbatuan, selain akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., memperkukuh keyakinan pemilikan jangka panjang.

Baca Juga : Lima Produk Baharu LS2 Diperkenalkan di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Lima Produk Baharu LS2 Diperkenalkan di Malaysia

Sarung Tangan, But, Jaket & Helmet Baharu: LS2 Perkukuh Tawaran Kelengkapan Keselamatan di Malaysia LS2 terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen kelengkapan keselamatan untuk penunggang motosikal...