BYD ATTO 2 Rasmi Diperkenal di Malaysia, EV Kompak Serba Baharu, Jarak Pemanduan Sehingga 410km, 0–100 km/j dalam 7.9saat!

Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus rancak dengan kehadiran satu lagi model baharu daripada BYD.

Kali ini, Sime Motors selaku pengedar rasmi BYD Malaysia memperkenalkan BYD ATTO 2.

Model ini merupakan sebuah SUV elektrik kompak yang menyasarkan pengguna generasi baharu yang mahukan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.

BYD ATTO 2 Masuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM100,000

Reka Bentuk Kompak, Bergaya dan Praktikal

BYD ATTO 2 tampil dengan rekaan moden dan intuitif, direka khusus untuk kegunaan harian di bandar.

Hadir dengan 3 warna iaitu Ski White, Breeze Green dan Harbour Grey, diserlahkan lagi dengan rim aloi 17 inci, menjadikan ATTO 2 tampak sporty tetapi masih kekal praktikal.

Bahagian kabin pula menampilkan susun atur moden dengan kemasan kulit sintetik, kerusi berudara dan sistem infotainmen skrin sentuh 12.8 inci.

BYD ATTO 2 Masuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM100,000

Ads

Ia turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar  satu ciri penting bagi pengguna moden.

Cekap dan Bertenaga – Kuasa 130kW, Jarak 410km

Jantung utama ATTO 2 ialah motor elektrik berkuasa 130kW (setara 174hp) dan tork 290Nm, yang membolehkan pecutan 0–100 km/j dilakukan dalam masa hanya 7.9 saat.

Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan melalui bateri BYD Blade 51.13 kWh, memberikan jarak pemanduan sehingga 410km (NEDC) bagi setiap cas penuh.

Menyokong pengecasan pantas DC CCS2 (sehingga 82kW) dan pengecasan AC biasa jenis 2 (7kW), pengguna boleh menikmati fleksibiliti ketika mengecas di rumah mahupun di stesen awam.

Lengkap dengan Teknologi Keselamatan dan Gaya Hidup Masa Kini

Sebagai sebuah EV moden, BYD ATTO 2 dilengkapi 6 beg udara, sistem pemantauan 360 darjah dan ADAS (Advanced Driver Assistance System).

Ads

Ia bukan sahaja selamat, malah mesra keluarga dengan ruang kargo sehingga 1,320 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Lebih menarik, BYD memperkenalkan maskot rasmi bernama Carpy seekor kapibara ceria yang menjadi simbol kepada semangat “Chill Meets Thrill” BYD ATTO 2.

BYD ATTO 2 Masuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM100,000

Pakej Pemilikan Menarik – Caj Percuma, Waranti Sehingga 8 Tahun

Sempena pelancarannya, 800 pelanggan pertama bakal menikmati Pakej Pemilikan Mudah dengan nilai keseluruhan sehingga RM13,500. Antaranya termasuk:

  • Caj bulanan serendah RM0 untuk 6 bulan pertama

  • Pengecas dinding percuma untuk pelanggan rumah bertingkat atau banglo

  • 2x servis cuci kereta dan tayar setiap bulan

  • 2x bantuan penyelamatan EV setahun

BYD turut menawarkan waranti komprehensif, termasuk:

Ads
  • Waranti kereta sehingga 6 tahun/150,000 km

  • Waranti bateri dan sistem voltan tinggi sehingga 8 tahun/160,000 km

  • Waranti pacuan elektrik sehingga 8 tahun/150,000 km

Sime Motors Kukuhkan Ekosistem EV BYD di Malaysia

Dengan lebih 35 cawangan dan 26 pusat 3S di seluruh negara, Sime Motors kini menjadi antara pemain utama dalam industri EV tempatan.

Usaha ini diperkukuh dengan rangkaian EV BYD yang semakin berkembang seperti BYD ATTO 3 Ultra, BYD SEAL, BYD SEALION 7, BYD M6 dan hatchback kompak BYD DOLPHIN.

BYD ATTO 2 Masuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM100,000

Pelancaran Umum Terbuka: 25–27 Julai di Heritage Valley

Orang ramai dijemput hadir ke majlis pelancaran umum BYD ATTO 2 yang berlangsung dari 25 hingga 27 Julai 2025 di Heritage Valley, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik menanti, termasuk:

  • Pandu uji eksklusif

  • Bengkel Pendidikan EV

  • Cabutan bertuah tiket konsert VIP

  • Zon grafiti dan sukan kasual seperti pickleball

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dilakukan melalui laman rasmi:
byd.simemotors.my/blog/when-chill-meets-thrill.html

Baca Juga : BYD Shenzhen, Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Dunia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI