BYD M6 2024 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh Sime Darby Beyond Auto. M6 menjadi model keempat kenderaan elektrik (EV) BYD yang diperkenalkan di sini.
MPV elektrik ini ditawarkan dalam dua varian. M6 Standard dengan harga RM109,800 dan M6 Extended pada RM123,800. Berbeza dengan pasaran serantau seperti Indonesia dan Thailand, hanya konfigurasi tujuh tempat duduk tersedia di Malaysia.
MPV ini berukuran 4,710 mm panjang, 1,810 mm lebar, dan 1,690 mm tinggi. Dengan jarak roda sepanjang 2,800 mm. Dimensinya lebih hampir kepada Toyota Innova Zenix berbanding Veloz. Menjadikannya pilihan yang menarik dalam segmen MPV.
Reka Bentuk
Dari segi reka bentuk, bahagian hadapan M6 tampil dengan rupa yang lebih tajam, dilengkapi bar perak penuh yang menghubungkan lampu LED projektor multi-elemen. Bahagian belakang pula menampilkan lampu belakang yang penuh lebar serta lencana BYD yang lebih minimalis.
Varian M6 Standard dilengkapi dengan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 55.4 kWh. Ia menggerakkan motor elektrik depan dengan kuasa 163 PS (120 kW) dan tork 310 Nm.
MPV ini mampu mencapai jarak pemanduan sejauh 420 km (NEDC) dan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.1 saat.
Ads
Varian M6 Extended pula menggunakan bateri 71.8 kWh yang memberikan jarak pemanduan sehingga 530 km (NEDC) dan kuasa yang lebih tinggi pada 204 PS (150 kW). Varian ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat. Kedua-dua varian mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.
Kredit -PaulTan
Jarak Gerak
Dalam penggunaan sebenar, jarak pemanduan NEDC ini mungkin lebih dekat kepada 360 km untuk varian Standard dan 450 km untuk Extended. Mengikut piawaian WLTP.
Walau bagaimanapun, dengan bateri LFP, pengguna boleh mengecas sehingga 100% tanpa perlu risau tentang kemerosotan bateri, membolehkan pemanduan penuh setiap kali.
Dari segi pengecasan, varian Standard menyokong pengecasan DC pantas sehingga 89 kW manakala Extended boleh menerima sehingga 115 kW. Mengambil masa sekitar 40 minit untuk mengecas dari 10% hingga 80%. Pengecasan AC pula dihadkan kepada 7 kW untuk kedua-dua varian.
Ads
Kredit -PaulTan
Ruang Dalaman
Bahagian dalaman M6 mengekalkan susun atur asas model E6 tetapi dengan beberapa perubahan seperti skrin paparan tengah yang kini bersaiz 12.8 inci dan boleh diputar secara elektrik, sama seperti model Dolphin.
Varian Standard didatangkan dengan tempat duduk kulit tiruan, sistem audio enam pembesar suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Serta fungsi karaoke dengan mikrofon pilihan.
Varian Extended menambah ciri seperti bumbung kaca panorama. Tempat duduk hadapan berventilasi yang boleh dilaraskan secara elektrik. Pengecas tanpa wayar dan pintu belakang berkuasa.
Kredit -PaulTan
Ciri Keselamatan
Kedua-dua varian juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti enam beg udara, kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, dan kamera 360 darjah. Varian Extended turut mempunyai ciri bantuan pemandu canggih seperti brek kecemasan automatik, kawalan jelajah adaptif, dan amaran lintasan trafik belakang.
Ads
Warna M6
BYD M6 hadir dalam empat warna luaran iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black, dan Harbour Grey. Dengan dalaman berwarna hitam/coklat. Kenderaan ini didatangkan dengan jaminan enam tahun atau 150,000 km untuk kenderaan. Jaminan bateri lapan tahun atau 160,000 km serta jaminan unit pacuan lapan tahun atau 150,000 km.
GSX-8TT ialah jentera yang menggabungkan semangat retro dengan prestasi masa depan. Reka bentuknya memberi penghormatan kepada model klasik Suzuki sambil menyuntik teknologi dan prestasi moden untuk pengalaman tunggangan yang autentik dan menyeronokkan.
Lampu Hadapan Mono
Bulat Rekaan lampu hadapan ini diinspirasikan daripada motosikal Suzuki era 60-an dan 70-an. Menampilkan bentuk bawah rata yang memberikan pancaran cahaya terang dan efisien.
Side Mirror Handle bar
Cermin yang dipasang di hujung handle bar bukan sahaja menaikkan gaya retro moden. Tetapi juga menawarkan sudut pandang belakang yang lebih luas dan jelas.
Tangki Minyak Eksklusif
Tangki berkapasiti 16.5L direka khas untuk GSX-8TT dengan bentuk elegan dan posisi menunggang yang memberikan kebebasan serta keselesaan – sesuai untuk tunggangan jarak jauh.
Bateri Lithium-Ion dari ELIIY Power
Lebih ringan dan kompak berbanding bateri konvensional. Bateri ini memberikan prestasi permulaan yang baik serta kecekapan pengecasan yang lebih tinggi.
Soket USB Type-C Pengecas Pantas
Didatangkan standard dengan soket USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas. Praktikal untuk penunggang moden.
Penutup Enjin & Muffler Berkualiti Tinggi
Penutup sisi enjin dengan kemasan hitam matte menambah gaya eksklusif. Manakala penutup muffler keluli tahan karat menyerlahkan sentuhan premium.
Cowl Lampu Hadapan & Bawah Eksklusif
Cowl mini gaya tahun 70-an dan 80-an memberikan perlindungan angin yang efektif serta rupa agresif, manakala under cowl pula menguatkan gaya sporty keseluruhan.
Tempat Duduk Bergaya
Rekaan tempat duduk dengan jahitan eksklusif menambahkan nilai estetik sambil mengekalkan keselesaan, kestabilan dan sokongan untuk penunggang.
Ciri Enjin dan Prestasi
Enjin DOHC selari 776cc dengan aci engkol 270 darjah — kuasa lancar dari RPM rendah hingga tinggi.
Sistem Suzuki Cross Balancer — menyumbang kepada operasi yang lancar dan enjin yang ringan serta padat.
Sistem penyejukan dan throttle elektronik — suhu stabil dan respon pendikit lebih linear.
Sistem ekzos 2-into-1 dengan pemangkin dwi-tahap — patuh piawaian Euro 5+.
Transmisi 6-kelajuan dengan Sistem Bantuan Klac Suzuki (SCAS).
Teknologi Bantuan Penunggang
Mod Pemanduan Suzuki (SDMS) — sesuaikan prestasi mengikut keadaan.
Sistem Kawalan Cengkaman Suzuki (STCS) dengan 3 mod + OFF.
Quick Shifter dua hala dengan pilihan ON/OFF.
Sistem ABS, Suzuki Easy Start dan Low RPM Assist.
Rekaan Casis & Keselesaan
Rangka keluli untuk kestabilan dan kawalan.
Brek cakera hadapan 310mm dengan angkup radial.
Fork terbalik KYB dan suspensi belakang jenis link boleh laras.
Rim aluminium tuang dengan rekaan eksklusif.
Tayar Dunlop SPORTMAX Roadsport 2.
Lengan ayun aluminium ringan rekaan unik.
Hendal tirus aluminium untuk posisi menunggang tegak dan selesa.
Panel Instrumen & Tangki Ikonik
Paparan TFT LCD berwarna 5 inci — paparan jelas dan pelbagai maklumat.
Tangki 16.5L yang berbentuk klasik — kestabilan dan keyakinan ketika cengkaman lutut.
Berita gembira bagi peminat kenderaan elektrik (EV) di Malaysia! Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, baru-baru ini mengumumkan perkembangan terkini melalui laman sosialnya. Beliau berkongsi bahawa pada hujung tahun 2025, Perodua akan melancarkan pengeluaran EV berskala besar ke seluruh negara.
Perodua telah mengambil langkah penting ke arah masa depan dengan membangunkan prototaip berkuasa elektrik. Ini bukan sahaja menandakan perubahan revolusioner dalam industri automotif Malaysia, tetapi juga merupakan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa yang terkemuka.
Kredit Foto: X.com
Keputusan ini sejajar dengan pengiktirafan Perodua sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030). Ini bermakna kita dapat menjangkakan pengenalan model-model EV dari Perodua yang lebih terjangkau.
Satu lagi perkara menarik yang perlu diambil perhatian ialah pelantikan Perodua sebagai peneraju dalam usaha mencapai matlamat kerajaan untuk membangunkan pasaran EV tempatan yang lebih mampu milik. Kerajaan telah menetapkan harga asas sebanyak RM100 ribu untuk setiap EV Completely Built-Up (CBU), memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki EV.
Kredit Foto: Zigwheels.com
Namun begitu, masih terdapat kekurangan maklumat rasmi mengenai model dan harga bagi EV yang bakal dilancarkan oleh Perodua. Walau bagaimanapun, pada Mei tahun lalu, peminat telah diberi gambaran awal menerusi pembangunan konsep.
GPX, jenama yang dikenali dengan reka bentuk futuristiknya, telah melancarkan model terbarunya, GPX DZ3, skuter premium dengan kapasiti enjin 300cc.
Model ini kini dijual secara rasmi di pasaran Thailand dengan harga promosi sempena pelancaran bermula 94,800 baht untuk model Standard dan 99,800 baht untuk model Sport (dilengkapi dengan Traction Control dan penyerap hentak YSS).
Kredit Foto : Website sanook
Spesifikasi dan Keupayaan Enjin
GPX DZ3, juga dikenali sebagai DC Three, telah direka untuk menjadi skuter premium yang dilengkapi dengan enjin GPX HYPER-i.
Enjin ini mempunyai kapasiti 278.2 cc, satu silinder, empat injap dan penyejukan cecair.
Kredit Foto : Website sanook
Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 24.1 hp pada 8,250 rpm dan tork maksimum sebanyak 24.5 Nm pada 6,250 rpm.
Reka Bentuk yang Memukau
Dibangunkan oleh pasukan R&D Thailand yang pernah memenangi Anugerah Reka Bentuk Terbaik 2021 (G-MARK) dari Jepun, GPX DZ3 menekankan pada elemen sporty.
Kredit Foto : Website sanook
Reka bentuk lampu hadapan dan belakang dengan signal yang dibina dalam set fairing hadir dengan sistem LED penuh.
Fungsi dan Ciri Khas
GPX DZ3 dilengkapi dengan pelbagai fungsi termasuk skrin Meter LCD Terbalik dengan reka bentuk sporty yang boleh diselaraskan melalui butang MODE.
Kredit Foto : Website sanook
Dilengkapi juga dengan sistem keyless yang memenuhi piawaian ketahanan air dan habuk IP67, fungsi untuk menghidupkan dan mematikan penggera anti-kecurian, mengunci dan membuka kenderaan, serta sistem Immobilizer yang menggunakan cip untuk memancarkan isyarat dalam kunci bagi membuka suis kunci.
Kredit Foto : Website sanook
Tangki bahan api hadapan mempunyai kapasiti 10.3 liter dengan kedudukan menunggang yang direka khas untuk orang Asia.
Kredit Foto : Website sanook
Posisi kaki boleh diletakkan pada sudut normal dan dipanjangkan dalam Posisi Rehat, termasuk lekukan tempat duduk penunggang untuk memudahkan kaki diletakkan di atas tanah.
Model dan Warna
Kedua-dua model dilengkapi dengan port bekalan kuasa USB-C Pengecas Pantas dalam ruang storan hadapan dan sistem brek ABS Dual Channel dengan cakera brek hadapan 250 mm dan cakera brek belakang 220 mm.
Kredit Foto : Website sanook
Model Sport ditingkatkan dengan TCS – Sistem Kawalan Cengkaman untuk mencegah tyre spining dan sepasang penyerap kejutan belakang dari YSS yang boleh dilaraskan.
Kredit Foto : Website sanook
Model Standard GPX DZ3 tersedia dalam 2 warna: Racing Grey dan Super Black, manakala model Sport tersedia dalam 4 warna: Urban White, Energetic Red, Olive Green, dan Super Black.
Kredit Foto : Website sanook
Harga Istimewa dan Diskaun Pelancaran
Model Standard GPX DZ3 dijual pada harga 100,800 baht dan model Sport pada harga 105,800 baht.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...