BYD Racco 2026 Model Baharu Khusus untuk Pasaran Jepun

BYD tampil mengejutkan di Tokyo Motor Show apabila memperkenalkan model serba baharu yang direka khusus untuk pasaran Jepun BYD Racco EV. Ini menandakan langkah strategik pertama jenama China itu membangunkan kenderaan sepenuhnya mengikut keperluan pasaran luar negara, dalam usaha menembusi segmen paling laris di Jepun iaitu kategori kei car.

Segmen kei car sangat unik di Jepun kerana tertakluk kepada peraturan khas yang mengehadkan saiz dan kuasa enjin. Kenderaan yang mematuhi piawaian ini menikmati kelebihan cukai serta pendaftaran lebih murah, menjadikannya pilihan popular di bandar-bandar padat negara itu. Pada tahun 2024 sahaja, segmen ini menyumbang hampir sepertiga daripada keseluruhan jualan kenderaan Jepun, iaitu kira-kira 1.2 juta unit.

BYD Perkenal Racco, Kei Car Elektrik Pertama Dihasilkan Khas untuk Pasaran Jepun

Reka Bentuk Kompak dan Praktikal

Dari segi penampilan, BYD Racco mengekalkan format reka bentuk tipikal kei car dengan “design” berkotak dengan garis bumbung tinggi bagi memaksimumkan ruang kabin dalam dimensi yang terhad. Ia berukuran 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar, dan 1,800 mm tinggi, sepenuhnya mematuhi had maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang kei car Jepun (3,400 mm panjang, 1,480 mm lebar dan 2,000 mm tinggi).

Menariknya, pintu gelangsar belakang turut digunakan satu ciri yang biasa ditemui pada model-model kei car seperti Honda N-Box dan Nissan Roox, memudahkan keluar masuk di kawasan bandar yang sempit. Ruang dalamannya pula menawarkan konfigurasi empat tempat duduk, dengan pendekatan moden menerusi paparan digital penuh dan skrin infotainmen besar sesuatu yang masih perlahan diadaptasi oleh jenama tempatan Jepun.

Ads

BYD Perkenal Racco, Kei Car Elektrik Pertama Dihasilkan Khas untuk Pasaran Jepun

Kuasa Elektrik Sepenuhnya, Menggunakan Teknologi Bateri BYD Blade

Walaupun BYD belum mengumumkan perincian penuh mengenai sistem kuasa atau jarak pemanduan, Racco dijangka menggunakan pacuan roda hadapan (FWD) dan dua pilihan bateri BYD Blade berasaskan teknologi lithium iron phosphate (LFP) satu versi jarak pendek dan satu versi jarak jauh. Versi jarak pendek dijangka menawarkan jarak pemanduan sekitar 180 km (kitaran WLTP), sepadan dengan pesaing seperti Mitsubishi eK X EV dan Nissan Sakura.

Menariknya, Racco mematuhi had kuasa tidak rasmi bagi segmen kei car iaitu 47 kW (63 hp), selaras dengan apa yang dikenali sebagai “gentleman’s agreement” antara pengeluar tempatan Jepun untuk mengekalkan keseragaman prestasi dan keselamatan dalam segmen ini.

Ads

BYD Perkenal Racco, Kei Car Elektrik Pertama Dihasilkan Khas untuk Pasaran Jepun

Langkah BYD memperkenalkan Racco di Jepun dilihat sebagai strategi penting untuk membina kepercayaan pengguna di negara yang terkenal dengan pengeluar kereta kecil berkualiti tinggi. Meskipun beberapa pengeluar bukan Jepun seperti Smart dan Caterham pernah cuba menyesuaikan model mereka mengikut piawaian kei car, BYD menjadi jenama pertama dari China yang membangunkan model kei car sepenuhnya dari awal untuk pasaran Jepun.

Apabila dilancarkan secara rasmi kelak, BYD Racco bakal bersaing dalam segmen elektrik kompak bersama Honda N-One e, Mitsubishi eK X EV, dan Nissan Sakura — semuanya model yang sudah mempunyai reputasi kukuh di Jepun. Namun, dengan kepakaran BYD dalam teknologi bateri dan mobiliti elektrik global, Racco berpotensi menjadi pemangkin perubahan landskap kei car di Jepun, memperkenalkan alternatif baharu dengan cita rasa moden dan kelestarian alam.

Ads

Sekiranya penerimaan pasaran Jepun positif, ia bakal membuka jalan kepada era baharu dominasi BYD di pasaran global, bukan sekadar di China, tetapi juga di tanah kelahiran kei car itu sendiri.

Baca Juga : BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit SEAL 6 Dalam Tempoh Seminggu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI