Cycle & Carriage Anjur Jelajah Leapmotor C10 di Lembah Klang & Pulau Pinang

Share

Jelajah Mobiliti Elektrik Bersama Cycle & Carriage

Cycle & Carriage kini membawa pengalaman mobiliti elektrik ke seluruh negara dengan memperkenalkan Leapmotor C10, SUV elektrik sepenuhnya yang kian mencuri perhatian. Sepanjang bulan November ini, orang ramai berpeluang melihat sendiri model tersebut di pelbagai lokasi terpilih di Lembah Klang dan Pulau Pinang, dengan pelbagai tawaran menarik serta sesi pandu uji eksklusif.

Layar Senja x Cycle & Carriage di LaLaport BBCC

Gabungan hiburan dan inovasi hadir melalui acara Layar Senja anjuran GSC dan Cycle & Carriage di LaLaport BBCC. Dari 10 hingga 16 November, pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan tayangan luar “Now You See Me 1 & 2”, malah turut berpeluang melihat lebih dekat Leapmotor C10

yang menjadi tumpuan utama acara.

Maklumat acara:

  • Tarikh: 10 – 16 November 2025

  • Lokasi: Side Atrium, LaLaport BBCC

  • Tarikan utama:

    • Paparan eksklusif Leapmotor C10

    • Tayangan filem “Now You See Me 1 & 2”

    • Tawaran pra-jualan bagi filem “Now You See Me 3”

Jelajah ke Utara: Sunway Carnival Mall

Selepas Kuala Lumpur, kembara Leapmotor C10 diteruskan ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Bermula 13 hingga 16 November, pengunjung boleh meneroka lebih dekat reka bentuk pintar, prestasi EV berkuasa serta teknologi dalaman SUV elektrik ini.

Maklumat acara:

  • Tarikh: 13 – 16 November 2025

  • Masa: 10 pagi – 10 malam

  • Lokasi: Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

  • Tawaran istimewa: Penjimatan sehingga RM34,000 untuk pembelian terpilih

Singgah di Petaling Jaya: The Starling Mall

Kempen diteruskan di The Starling Mall, Petaling Jaya, dari 19 hingga 23 November, di mana pengunjung dapat mengenali lebih mendalam bagaimana Leapmotor C10 menawarkan gabungan keselesaan moden, teknologi pintar dan rekaan mesra pengguna.

Maklumat acara:

  • Tarikh: 19 – 23 November 2025

  • Masa: 10 pagi – 10 malam

  • Lokasi: The Starling, Petaling Jaya

  • Tawaran: Penjimatan sehingga RM34,000

Leapmotor C10 tampil sebagai model elektrik sepenuhnya yang menggabungkan prestasi pintar, jarak perjalanan yang mengagumkan serta sistem bantuan pemandu canggih. Direka untuk pemandu moden, ia menampilkan kabin luas dengan teknologi interaktif dan tahap keselamatan tinggi merupakan simbol kepada perubahan arah industri automotif ke era elektrifikasi penuh.

Tentang Cycle & Carriage

Diasaskan sejak tahun 1899 di Kuala Lumpur, Cycle & Carriage merupakan antara pengedar automotif terkemuka di Malaysia dan Singapura.

Syarikat ini merupakan wakil sah untuk jenama Mercedes-Benz, PEUGEOT, Leapmotor, serta FUSO bagi kenderaan komersial. Dengan 12 pusat jualan dan selepas jualan di seluruh negara, Cycle & Carriage terus komited menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Leapmotor C10 dan acara jelajah ini, layari laman web rasmi Cycle & Carriage Malaysia atau ikuti mereka di media sosial rasmi Cycle & Carriage Leapmotor Malaysia.

Baca Juga : Cycle & Carriage George Town Buka Cawangan 3S Pertama Untuk PEUGEOT Dan LEAPMOTOR Di Pulau Pinang

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi