Bagi peminat setia Mercedes-Benz, inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Buat julung kalinya, Mercedes-Benz G580 serba elektrik akan dipertontonkan di Cycle & Carriage Johor Bahru Autohaus.
Model ini adalah reinterpretasi moden kepada ikon G-Class, yang terkenal sebagai SUV mewah berkarakter lasak, kini hadir dengan teknologi pemanduan elektrik sepenuhnya.
Walaupun menggunakan kuasa elektrik, G580 tetap mengekalkan keunggulan G-Class, reka bentuk kotak yang ikonik, kemasan mewah pada kabin, serta keupayaan off-road.
Namun, kali ini ia diperkasa dengan sistem pacuan elektrik berprestasi tinggi, menjadikannya pilihan yang lebih mesra alam tanpa mengorbankan kuasa.
Turut menghiasi ruang pameran ialah Mercedes-Benz GT 63 Coupé
baharu, sebuah jentera yang menggabungkan gaya sporty dengan teknologi pemanduan berprestasi tinggi.Model ini memberi pengalaman pemanduan yang dinamik, sambil menawarkan tahap kemewahan yang menjadi tanda dagangan Mercedes-Benz.
Butiran Acara
Tarikh: 16 – 17 Ogos 2025
Masa: Sabtu (10 pagi – 5 petang), Ahad (11 pagi – 5 petang)
Lokasi: Cycle & Carriage Johor Bahru Autohaus
Aktiviti Utama
Pertunjukan pertama Mercedes-Benz G580 elektrik di Johor Bahru
Paparan Mercedes-Benz GT 63 Coupé baharu
Peluang melihat dari dekat model ikonik yang jarang dipamerkan di Malaysia
Di ibu kota, The Campus, Ampang akan menjadi lokasi pameran selama tiga hari, di mana pengunjung boleh merasai sendiri dunia kemewahan Mercedes-Benz.
Acara ini akan menampilkan barisan model plug-in hybrid seperti GLC 350e SUV dan E350e, yang menggabungkan kuasa petrol dengan teknologi elektrik untuk pemanduan lebih cekap dan berkuasa.
Bagi mereka yang ingin merasai sendiri kehebatan pemanduan Mercedes-Benz, C&C menyediakan sesi pandu uji untuk Mercedes-Benz E200, GLC Coupé dan GLA 250.
Setiap pandu uji disertakan dengan hidangan kopi percuma.
Butiran Acara
Tarikh: 15 – 17 Ogos 2025 (Jumaat – Ahad)
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: The Campus, Ampang
Aktiviti Utama
Paparan: GLC 350e SUV & E350e
Pandu uji: E200, GLC Coupé, GLA 250
Kopi percuma dengan setiap sesi pandu uji
Tawaran pemilikan eksklusif:
Penjimatan sehingga RM40,000
4x Compact Service
Waranti Terhad Lanjutan 5 Tahun
Kredit pengecasan percuma
(Tertakluk pada terma & syarat)
Kedua-dua acara ini bukan sekadar pameran kereta ia adalah platform untuk pelanggan dan peminat automotif mendekati teknologi masa depan Mercedes-Benz.
Daripada G-Class elektrik yang penuh kuasa, ke SUV dan sedan mewah yang menggabungkan elektrifikasi dan prestasi, setiap model di sini mewakili langkah ke hadapan dalam dunia mobiliti premium.
C&C sebagai pengedar rasmi Mercedes-Benz di Malaysia sentiasa menekankan bukan sahaja aspek penjualan, tetapi juga pengalaman pemilikan menyeluruh.
Daripada tawaran perkhidmatan selepas jualan, jaminan tambahan, hingga insentif pengecasan, semuanya dirangka untuk memastikan pelanggan menikmati kemewahan tanpa kompromi.
Bagi mereka yang mengidamkan kemewahan dan teknologi dalam satu pakej, roadshow ini adalah peluang keemasan.
Sama ada anda berada di Johor Bahru atau Kuala Lumpur, kehadiran anda di acara ini akan membuka ruang untuk melihat lebih dekat, menyentuh, dan mungkin memandu sendiri model impian anda.
Untuk maklumat lanjut, promosi terkini dan kemas kini acara, layari:
🌐 cyclecarriage.com.my
📱 Instagram C&C Mercedes-Benz
Baca Juga : Cycle & Carriage Buka Pusat Servis Peugeot di Batu Caves
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.