Duduk di dalam pesawat sering kali dianggap selamat, tetapi dengan insiden baru-baru ini melibatkan kerosakan teknikal dan kecemasan udara, ramai penumpang mula tertanya-tanya: di manakah Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Kapal Terbang?
Adakah Kapal Terbang Betul-Betul Selamat?
Walaupun insiden melibatkan pesawat seperti kebakaran enjin, roda tercabut semasa berlepas, atau lubang di badan pesawat, penting untuk diingat bahawa perjalanan udara kekal sebagai salah satu mod pengangkutan paling selamat.
Menurut data, kemungkinan berlakunya kemalangan pesawat adalah sangat kecil dan lebih kecil berbanding risiko dalam perjalanan darat.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA), tiada satu bahagian pesawat yang dianggap lebih selamat daripada yang lain.
Jurucakap FAA, Rick Breitenfeldt, menekankan bahawa keselamatan lebih bergantung kepada kepatuhan penumpang terhadap arahan kru penerbangan.
Namun, jika kita berbicara mengenai senario tertentu, ada beberapa pertimbangan menarik berdasarkan data dan sains aerodinamik.
Penerbangan Tanpa Transit Terpanjang di Dunia, 18 Jam 40 Minit
Belakang Pesawat: Pilihan Popular
Secara tradisional, bahagian belakang pesawat sering dianggap lebih selamat.
Analisis data kemalangan selama 35 tahun oleh Popular Mechanics dan Time menunjukkan penumpang di bahagian belakang cenderung mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih tinggi dalam kemalangan.
Mengapa? Dalam kebanyakan kes, bahagian depan pesawat biasanya menerima impak pertama dalam kemalangan, menjadikannya kawasan berisiko tinggi.
Bahagian belakang pula lebih cenderung kekal utuh kerana kebanyakan tenaga kinetik dari kemalangan tertumpu di hadapan.
Walaupun begitu, ini bukan jaminan mutlak, kerana setiap insiden mempunyai dinamik yang berbeza.

Tengah Pesawat: Stabil Tetapi Berisiko
Jika anda risau tentang “air turbulence”, duduk di tengah pesawat berhampiran sayap adalah tempat paling stabil.
Kawasan ini merupakan pusat graviti pesawat, menjadikannya kurang terkesan oleh pergerakan yang menggoncang pesawat.
Namun, bahagian tengah juga biasanya menyimpan tangki bahan api, yang boleh menjadi bahaya tambahan jika berlaku kebakaran.
Kelebihan lain duduk di tengah ialah akses lebih mudah ke pintu kecemasan.
Lebih dekat anda dengan pintu keluar, lebih tinggi peluang untuk keluar dengan selamat dalam situasi kecemasan.
Aisle, Tingkap, atau Tengah?
Setelah memilih bahagian pesawat, persoalan seterusnya ialah: kerusi mana yang terbaik? Setiap pilihan ada kelebihan dan kekurangannya:
- Kerusi lorong (aisle): Memberi anda akses pantas ke pintu keluar tetapi lebih terdedah kepada bagasi jatuh atau objek terbang.
- Kerusi tingkap: Membolehkan anda memantau keadaan luar, tetapi anda mungkin terperangkap jika perlu keluar cepat.
- Kerusi tengah: Mungkin tidak selesa, tetapi memberi perlindungan tambahan di antara penumpang lain.

Kesimpulan: Ikut Arahan Kru
Tidak kira di mana anda duduk, keselamatan anda lebih bergantung kepada kecekapan kru kabin dan bagaimana anda mematuhi arahan mereka.
Menurut pakar keselamatan penerbangan, Daniel Kwasi Adjekum, penumpang harus memberi perhatian penuh kepada taklimat keselamatan sebelum penerbangan dan mempunyai kesedaran situasi sepanjang masa.
Jadi, daripada anda terlalu bimbang tentang memilih Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Kapal Terbang, lebih baik fokus pada langkah berjaga-jaga dan mengikuti panduan keselamatan.
Akhirnya, tidak kira di mana anda duduk, sebagai seorang manusia, segalanya kita serah pada kekuasaan tuhan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Ayah & Anak Berentap di Vios Challenge 2025 Untuk Cipta Memori

Vios Challenge 2025: Pertarungan Dua Generasi, Ayah Lawan Anak di Litar Sepang
Dalam dunia perlumbaan, ada yang berlumba untuk kejuaraan, ada pula yang berlumba demi kecintaan kepada sukan ini.
Namun bagi Dato’ Shanmuganathan Arumugam, perlumbaan adalah tentang mencipta memori lebih manis lagi apabila beliau kini berpeluang berlumba bersama anaknya, Ashen, di pentas Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Challenge 2025.
Dari Musim Pertama Hingga Kini
Berlumba di bawah pasukan Kashash Vina Motorsports Racing, kedua-dua mereka bersaing dalam kategori Sporting Class untuk pelumba amatur.
Shanmuganathan bukanlah nama asing beliau antara pelumba paling lama bertahan sejak Musim 1 pada tahun 2017.

“Pemanduan adalah minat saya, dan Toyota telah menyediakan platform untuk orang seperti saya merasai sendiri pengalaman perlumbaan profesional. Saya mula agak lewat, ketika usia 49 tahun, dan kini pada umur 56, saya masih seronok berlumba,” katanya.
Cabaran Tanpa Sokongan Profesional
Walaupun minat mendalam terhadap perlumbaan, kekangan masa dan komitmen kerja menjadi cabaran.
Ashen pula sedang menumpukan perhatian kepada pengajian.
Menariknya, persiapan jentera mereka dibuat sepenuhnya oleh mekanik syarikat sendiri bukan pasukan perlumbaan profesional.
“Kru perlumbaan kami sebenarnya adalah mekanik yang menjaga lori syarikat, tiada pengalaman langsung dalam motorsport. Semuanya dibuat secara in-house, seperti satu aktiviti keluarga. Walaupun kekurangan dari segi teknikal, yang penting kami menikmati perlumbaan ini dan mengumpul memori,” tambahnya.

Ashen, Daripada Penonton Kepada Pelumba
Bagi Ashen yang berusia 19 tahun, peluang berlumba bersama ayahnya adalah satu impian yang menjadi kenyataan.
“Saya berterima kasih kepada ayah kerana memberi sokongan untuk saya menceburi perlumbaan. Sejak kecil saya lihat beliau berlumba, dan kini kami berada dalam kelas yang sama. Ada persaingan di litar, tetapi soal siapa yang lebih laju itu topik yang sensitif,” selorohnya sambil ketawa.
Ashen yang kini menunggu kemasukan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang penerbangan komersial turut berhasrat untuk melangkah ke kategori perlumbaan yang lebih tinggi jika diberi peluang.

Bukan Sekadar Perlumbaan Ayah & Anak
Kisah Shanmuganathan dan Ashen membuktikan bahawa perlumbaan tidak semestinya hanya tentang podium atau piala.
Kadangkala, ia adalah tentang pengalaman, hubungan kekeluargaan dan kenangan yang akan diingati seumur hidup.
Bagi mereka, setiap pusingan di litar adalah lebih daripada sekadar perebutan masa terpantas ia adalah perjalanan yang dikongsi bersama.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Honda Transalp 2025, 755cc & 90.5 HP Dengan Harga Bermula RM56,800

Honda XL750 Transalp 2025 kini kembali!
Boon Siew Honda secara rasmi memperkenalkan model terbaharu dalam barisan “adventure” mereka Honda XL750 Transalp 2025.
Nama Transalp bukanlah asing dalam dunia dua roda, dan kini legenda itu dihidupkan semula dengan teknologi moden serta rekaan serba baharu.

Hadir dengan enjin selari berkembar 755cc dengan konfigurasi 270° crank dan sistem Unicam valve train.
Transalp ini mampu menjana kuasa 67.5kW (sekitar 90.5hp) pada 9,500 rpm dan 75Nm tork pada 7,250 rpm.

REKAAN BAHARU, JIWA LAMA YANG DIPERBAHARUI
Model 2025 ini tampil dengan wajah baharu yang diilhamkan daripada Africa Twin, dilengkapi lampu utama dual LED projector yang lebih terang dan menyerlahkan karakter lasak Transalp.
Rekaan hadapan turut diperhalusi dengan “intake” udara yang lebih aerodinamik, menawarkan perlindungan angin lebih baik untuk keselesaan maksimum sewaktu tunggangan jarak jauh.

Skrin pelindung angin kini diperbuat daripada bahan Durabio™ sejenis polikarbonat bio-berasaskan tumbuhan dan direka semula agar mampu mengurangkan keletihan penunggang secara signifikan.
Tambahan pula, fairing atas dan cowl tengah yang baharu turut menyumbang kepada kestabilan dan pengendalian lebih lincah di laluan berliku atau dalam trafik bandar.

TEKNOLOGI TERKINI
Rangka keluli ringan diamond frame masih dikekalkan, namun suspensi dari Showa 43mm USD forks di hadapan dan Pro-Link rear shock di belakang telah ditala semula bagi memastikan kawalan mantap di laluan off-road serta keselesaan tinggi atas lebuh raya.
Panel instrumen TFT bersaiz lima inci kini menyokong Honda RoadSync dengan sambungan telefon pintar, paparan boleh ubah (3 tema), serta fungsi keselamatan seperti auto-cancelling indicators dan Emergency Stop Signal (ESS).

Penunggang juga boleh memilih lima mod tunggangan iaitu SPORT, STANDARD, RAIN, GRAVEL dan USER di mana setiap satu menyesuaikan kuasa enjin, kawalan traksi, brek, dan ABS menerusi sistem Throttle-by-Wire.
HARGA DAN WARNA
Transalp 2025 ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik Ross White, Pearl Deep Mud Gray, dan Graphite Black pada harga disyorkan RM56,800 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Setiap pembelian turut disertakan waranti pengilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana terdahulu).
Menurut Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda, “Transalp ini direka khas buat mereka yang mahukan lebih dari setiap perjalanan. Gabungan kejuruteraan terbukti dan teknologi pintar menjadikan model ini sebagai penanda aras baharu dalam segmen motosikal pengembaraan.”
Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat di laman rasmi www.hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda Big Wing berdekatan.
Baca Juga Boon Siew Honda Bawa Masuk Empat Model Ke Pasaran Tempatan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
MINI Malaysia Meraikan ‘Spirit of Big Love’ Dengan Kembalinya Minifest 2023

MINIacs (gelaran untuk peminat MINI) sekalian, ini berita baik untuk anda semua. MINI Malaysia telah kembali sekali lagi dengan Mini Fest 2023 untuk diterokai. Festival yang bakal berlangsung pada 22 Julai 2023 nanti bakal menampilkan himpunan muzik tempatan, karya seni dan hiburan serta juadah yang enak.
Festival ini yang akan diadakan bermula 11 pagi sehingga 9 malam bertempat di Tiffin at The Yard @ Sentul Depot ini bertujuan untuk meraikan semangat komuniti yang gemilang di samping memperagakan barisan kenderaan MINI yang bersejarah, yang membolehkan warga MINIacs mengukir kenangan baharu berlandaskan raa cinta mereka ke atas jenama ini.
Para pengunjung yang hadir bakal merasai sebuah pengalaman yang diisi dengan semangat ‘Big Love’ dan ‘Big Fun’, dengan kepulangan MINIfest yang membariskan aktiviti-aktiviti seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji yang eksklusif, sesi melukis secara ‘live’, serta aneka program hiburan dan bengkel untuk membangkitkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga MINIacs sebagai sebuah keluarga besar.

Antara aktiviti yang bakal menarik perhatian adalah sejarah jenama MINI dan evolusinya yang mengagumkan melalui sebuah pameran di MINI Garage. Selain itu untuk pengalaman seisi keluarga pula, Menerusi kerjasama dengan Modle.play, MINI Malaysia telah merangka sebuah pengalaman yang mempesonakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga termasuk anak-anak kecil.
Salah satu bengkel tersebut dirangka untuk memperkasa minda golongan muda dengan aktiviti membangunkan jentera MINI berkuasakan bateri, manakala bengkel yang kedua akan mencungkil kreativiti para pengunjung melalui aktiviti reka suai rantai kunci dan barang kemas MINI.
Sebagai pemanis acaram tidak sah sekiranya tiada pengalaman sebenar untuk merasai kehebatan MINI. Jadi, program pandu uji juga akan diadakan sepanjang hari bermula jam 11 pagi hingga 7 malam. Ini bertujuan memberi warga MINIacs peluang untuk mengalami sendiri kehebatan jentera MINI Countryman dan MINI Electric.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



