Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kereta ialah kucing yang suka memanjat atau tidur di atas badan kereta. Tindakan Kucing nakal yang selalu memanjat kereta sering dilabelkan sebagai “oyen” boleh menyebabkan calar pada permukaan kereta.
Berikut adalah lima tip yang boleh dikongsikan untuk mengatasi masalah ini.
1. Gunakan Bau-Bauan yang Tidak Disukai Kucing
Kucing terkenal dengan deria bau yang tajam. Beberapa bau-bauan tertentu seperti bau citrus, menthol, atau lavender boleh membantu menghalau kucing daripada mendekati kereta anda.
Anda boleh membeli semburan khas yang mengandungi bau-bauan ini dan semburkan di sekeliling kereta anda. Pastikan semburan tersebut tidak mengenai permukaan kereta secara langsung untuk mengelakkan kerosakan cat.
2. Gunakan Alat Bunyi Ultra Sonic
Alat ini akan mengeluarkan gelombang bunyi yang boleh menghalau haiwan dekat dengan kawasan ianya diletakkan. Ianya berfungsi menggunakan sensor dan bunyi tersebut boleh menyebabkan oyen akan tergagnggu dengan frequency bunyi yang kuat.

Alat ini ada dijual dalam aplikasi dalam talian dan anda boleh cuba mencari alat ini dengan kata kunci : Cat Repellent Ultrasonic. Anggaran harga sekitar RM60 sehingga RM150 bergantung kepada jenis dan kualiti.
3. Gunakan Pelindung Kereta
Memasang pelindung kereta boleh melindungi permukaan kereta anda daripada tercalar atau tercemar oleh kucing. Pelindung kereta yang dibuat daripada bahan yang licin juga boleh menghalang kucing daripada memanjat ke atas kereta anda.

Tetapi menggunakan pelindung kereta adalah bergantung kepada kerajinan anda juga, namun jika tidak mempunyai masa untuk menutup kereta anda boleh gunakan alat daripada point yang ke-2.
Baca Juga : Panduan Ringkas Tuntutan Insurans Akibat Kemalangan Dengan Haiwan Liar
4. Sediakan Tempat Alternatif untuk Kucing
Kucing suka mencari tempat yang selesa dan hangat untuk berehat. Dengan menyediakan tempat tidur alternatif seperti kotak atau tempat khas untuk kucing di sekitar kawasan rumah anda, anda boleh mengalihkan perhatian kucing daripada kereta anda.
5. Selalu Bersihkan Kawasan Sekitar Kereta
Kucing sering tertarik kepada kawasan yang kotor atau berbau. Dengan menjaga kebersihan di sekitar kawasan tempat anda meletak kereta, anda boleh mengurangkan peluang kucing untuk mendekati kereta anda. Buang sampah dan sisa makanan dengan betul agar tidak menarik perhatian kucing.
Mengelakkan kucing daripada memanjat atau tidur di atas badan kereta anda bukanlah sesuatu yang sukar. Dengan mengikuti tips-tips yang dikongsikan, anda boleh memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terpelihara.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Boon Siew Honda Perkenalkan Warna Baharu Bagi Honda RS-X 2024

Boon Siew Honda telah mengumumkan berita menggembirakan untuk peminat motosikal moped di pasaran Malaysia dengan pengenalan warna baharu bagi model terlaris mereka, Honda RS-X 2024. Warna-warna yang dipaparkan merangkumi Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red, dan Force Silver Metallic/Blue.
Menurut Boon Siew Honda, varian Mat Charcoal Grey Metallic/Gold akan tersedia lebih awal, dijangka dapat diperoleh di semua pengedar sah pada 4 Januari 2024 dengan harga permulaan serendah RM9,848.
Warna-warna lain, seperti Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red, dan Force Silver Metallic/Blue, dijangka akan tersedia pada 18 Januari 2024, dengan harga jualan bermula dari RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

Meskipun pelbagai pilihan warna baharu, spesifikasi asas Honda RS-X tetap tidak berubah. Ia masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas sebanyak 13.6 Nm @ 7,000 rpm. Beberapa perincian seperti unit pencahayaan LED penuh, skrin paparan digital yang intuitif, dan sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal turut dikekalkan.
Honda RS-X terus menjadi pilihan popular di kalangan peminat motosikal, dan kini dengan pelbagai pilihan warna baharu, ia menawarkan lebih banyak lagi pilihan untuk menyesuaikan corak personaliti pengguna.
Kemunculan warna-warna menarik ini dijangka memberi corak baru kepada landskap motosikal di pasaran, sambil mengekalkan kecekapan dan daya tarikan yang telah dikenali ramai. Para peminat motosikal di seluruh negara dijangka tidak sabar untuk melihat kehadiran warna-warna yang segar ini di jalan raya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
KTM Rai Ulang Tahun Ke-30 Duke Dengan Model Baharu, 1390 Super Duke R & Evo 2024

KTM meraikan ulang tahun ke-30 model Duke dengan kemunculan model KTM 1390 Super Duke R & Evo. Untuk tahun 2024, model “The Beast” ini kini lebih bertenaga dengan peningkatan kapasiti enjin 49cc, gaya baharu yang memartabatkan platform Duke, dan penambahbaikan pada sistem suspensi, ergonomik, dan elektronik.
“The Beast” yang bermula daripada KTM 990 Super Duke pada 2007 telah berkembang pesat. Bagi tahun 2024, V-Twin LC8 1,301cc daripada 1290 Super Duke telah diperbesarkan daripada 108mm kepada 110mm, mencapai pembesaran 1,350cc.

Tambahan pula, kotak udara yang direka semula, badan termostat baru dan injap throttle baharu meningkatkan prestasi keseluruhan. Gigi kelima dan keenam turut direka semula bagi penggunaan julat rpm yang lebih baik.
Sistem suspensi baharu model ini memperoleh teknologi terkini WP Semi-Active Technology yang memberikan pelbagai penyesuaian. Unit Kawalan suspensi menyesuaikan kadar hentakan secara real-time berdasarkan maklumat dari IMU, dan pengurusuan semua tetapan suspensi boleh dilakukan melalui paparan TFT 5 inci penuh warna.

Peningkatan ergonomik pada Super Duke 2024 memberikan tumpuan kepada prestasi. Tangki yang direka sedikit terkeluar memberikan sokongan kepada penunggang yang lebih baik semasa membelok.
Komponen-brek Brembo, termasuk caliper depan Stylema 4-piston kiri dan kanan yang mencengkam cakera depan 320mm, dan caliper belakang 2-piston dengan cakera 240mm, memberikan cengkaman yang kuat untuk memperlahankan “The Beast”. Tambahannya, Super Duke kini menggunakan tayar Michelin Power GP untuk cengkaman yang lebih baik dan berat yang lebih ringan.

Dikenali dengan reka bentuk yang agresif, KTM 1390 Super Duke R Evo 2024 menampilkan lampu hadapan LED baharu, penapis tangki dan winglet baharu, serta peningkatan kapasiti tangki bahan api kepada 4.6 gelen.
Peningkatan kepada paparan TFT 5 inci merangkumi grafik baru dan struktur menu yang direka semula untuk akses yang lebih cepat. Sistem Monitor Tekanan Tayar turut diperbaharui, menawarkan keseimbangan tekanan yang lebih tepat dan tetapan tekanan khusus untuk kegunaan litar.
Dikuasakan oleh tiga mod pemanduan standard (Rain, Street, dan Sport), dan dua mod tambahan (Performance dan Track), KTM 1390 Super Duke R Evo 2024 memberikan kuasa yang cukup dan memberi penunggan membuat pilihan dan penyesuaian mengikut cara pemanduan.
Tersedia dengan warna oren dengan livery merah atau hitam dengan livery oren, harga bagi model ini masih belum diumumkan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jentera Elegan, Koenigsegg Jesko Berprestasi Luar Biasa Hadir Dengan Kuantiti Terhad!

Jika kita mempertimbangkan dunia supercar, elemen kejutan adalah perkara biasa. Namun, ketika Koenigsegg mengeluarkan Jesko pada Geneva Motor Show 2019, ia melampaui jangkaan. Dalam masa yang singkat, kesemua 125 unit supercar ini telah ditempah oleh peminat kelajuan sejati.
Secara eksklusif, hanya sekitar 40 hingga 50 unit Jesko dikeluarkan setiap tahun. Pada Jun 2023, pemilik pertama menerima kunci keindahan ini. Walaupun begitu, proses pengeluaran Jesko berterusan, dengan setiap unit baru muncul dari garisan pengeluaran dengan ciri-ciri yang menakjubkan.
Jesko Attack ini bernadikan enjin V8 5.0 liter turbo berkembar, menghasilkan kuasa sebanyak 1,280 hp secara standard atau 1,600 hp dengan menggunakan bahan api E85. Kuasa ini dipancarkan ke roda belakang melalui kotak gear Light Speed Transmission (LST) sembilan nisbah kelajuan.

Ketika menghayati rekaan Jesko varian Attack, elemen aerodinamik yang agresif segera mencuri perhatian – sayap belakang, splitter depan, diffuser belakang – semuanya dicipta untuk prestasi terbaik. Setiap panel luaran diperbuat daripada gentian karbon yang mengagumkan. Namun, Koenigsegg tidak berhenti di situ.
Mereka melapisi Jesko dengan lapisan jernih yang mempunyai serpihan emas. Komponen seperti canard depan, cermin sisi, flik aerodinamik, dan plat sayap belakang diperkemas dengan elemen emas 24 karat tulen.
Jesko tidak sekadar sebuah kenderaan, ia adalah karya seni bergerak yang mencorak masa depan kelas supercar. Koenigsegg Jesko bukan sahaja melampaui kecemerlangan prestasi, tetapi juga menaikkan status keunggulan dalam rekaan dan teknologi. Ia membuktikan keindahan yang kekal abadi dalam dunia kelajuan tinggi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



