GWM Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan yang dinanti-nantikan, iaitu varian Performance GWM ORA 07. Ia menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang mesra alam.
Varian Performance ini menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi luar biasa, melebihi jangkaan untuk sebuah coupe elektrik. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.3 saat.
GWM Malaysia teruja untuk memaklumkan bahawa batch pertama varian Performance GWM ORA 07 telah tiba di Pelabuhan Klang. Anggaran masa penghantaran ke bilik pameran GWM di seluruh Malaysia adalah pada akhir Jun 2024.
Ini memastikan pelanggan kami dapat menikmati reka bentuknya yang mewah dan elegan serta ciri-ciri pintar yang lebih menakjubkan dalam jangka masa yang singkat.
Ora 07 Performance Di Pelabuhan
Tentang Great Wall Motor (GWM)
Great Wall Motor adalah sebuah syarikat teknologi pintar global yang berdedikasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang pintar dan mesra alam kepada pengguna globalnya.
Operasi perniagaan syarikat ini merangkumi reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan automotif dan alat ganti.
Ads
Selain itu, susun atur keseluruhan rantaian industri dalam bidang tenaga bersih seperti tenaga hidrogen dan tenaga suria.
Dengan fokus utama pada pembangunan teknologi masa depan seperti membina rangkaian sambungan pintar, pemanduan pintar, cip, dan aplikasi.
Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk berpusatkan pengguna. Pelancaran produk pintar tahap baru telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai senario. Dalam pada itu ia turut membantu dengan pembangunan kenderaan tenaga baru di Malaysia.
Ads
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
– Encik Ray Chan | ray.chan@gwm.com.my | 012-239 6068
– Cik Koay Lay Di | laydi@boldinspiration.com | 012-433 3545
Kategori super naked sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan pengalaman menunggang yang liar, tanpa perlu tunduk kepada kedudukan agresif sebuah superbike.
Tahun 2025 menyaksikan beberapa model terbaik dalam kategori ini dengan pelbagai peningkatan dari segi prestasi, teknologi, dan reka bentuk. Berikut adalah antara model super naked terbaik yang boleh anda miliki tahun ini.
KTM telah kembali dengan versi terbaru Super Duke R dan kali ini ia lebih besar, lebih berkuasa, dan lebih gila daripada sebelumnya. Digelar “The Beast, Evolved”, Super Duke R kini dilengkapi enjin LC8 V-twin 1350cc yang menjadikannya motosikal KTM jalanan paling berkuasa setakat ini.
Dengan 187hp dan 145 tork, jentera ini bukan sahaja pantas tetapi juga lincah dan stabil di selekoh. Posisi menunggangnya cukup selesa untuk perjalanan jauh tetapi pada masa yang sama memberikan kawalan maksimum di selekoh.
Jika anda mahukan lebih kawalan elektronik, Tech Pack boleh dibeli dan diaktifkan untuk mendapatkan quickshifter, autoblipper, kawalan wheelie dan laptimer.
Meskipun bukan yang paling berkuasa dalam segmennya, cara Super Duke R menyampaikan kuasa secara agresif menjadikannya antara yang paling mendebarkan untuk ditunggang.
Ducati terus kekal dengan pendekatan agresif mereka dalam dunia super naked. Streetfighter V4 2025 kini lebih dekat dengan DNA superbike Panigale V4 berbanding sebelumnya. Dengan enjin 213hp Desmosedici yang sama seperti Panigale V4 S. Motosikal ini menjanjikan prestasi tanpa kompromi.
Dilengkapi sistem brek Hypure dari Brembo, elektronik Ducati terbaru, dan pilihan model V4 S dengan suspensi pintar Öhlins EC3. Streetfighter V4 adalah antara jentera paling berprestasi tinggi dalam kelasnya.
Walaupun berharga hampir RM300,000, motosikal ini menawarkan pengalaman menunggang yang tidak dapat ditandingi. Namun, bersedialah untuk berhadapan dengan isu haba enjin yang tinggi serta penggunaan bahan api yang agak membimbangkan.
Aprilia tidak ketinggalan dengan versi 2025 Tuono V4 yang hadir dengan rekaan aerodinamik baru serta peningkatan kuasa dan elektronik. Reka bentuknya masih menyerupai superbike RSV4 tetapi dengan ergonomik yang lebih mesra penunggang.
Dengan pilihan model Factory yang dilengkapi suspensi pintar Öhlins EC2. Tuono V4 memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi tinggi. Sambungan yang baik antara tayar dan jalan raya menjadikan motosikal ini antara yang paling menyeronokkan untuk ditunggang.
Honda mengejutkan pasaran dengan CB1000 Hornet yang berharga kurang daripada rm130,000, menjadikannya antara super naked paling mampu milik. Walaupun tidak sekuat pesaingnya. Enjin 155hp berdasarkan Fireblade 2017 masih cukup berkuasa untuk pengalaman menunggang yang menyeronokkan.
Versi SP pula hadir dengan sistem brek Brembo Stylema, suspensi Öhlins TTX, dan quickshifter. Dengan harga kompetitif dan pakej prestasi yang mantap, CB1000 Hornet adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan super naked tanpa mengosongkan dompet.
MT-10 telah lama menjadi kegemaran ramai sejak diperkenalkan. Model terkini masih mengekalkan enjin CP4 crossplane yang diambil dari R1. Memberikan bunyi yang unik dan pengalaman menunggang yang penuh karakter.
Dengan 164hp, paparan warna baharu, quickshifter, dan suspensi separa aktif (SP model). MT-10 kekal relevan walaupun tanpa perubahan besar pada 2025. Namun, kelemahannya termasuk sistem brek yang kurang berprestasi serta kehabisan bahan api yang cepat.
S1000R 2025 mendapat peningkatan dari segi gaya, elektronik, dan kuasa. Menjadikannya antara pilihan paling seimbang dalam kategori ini. Dengan berat hanya 199kg, ia antara model paling ringan, menawarkan kawalan yang lincah serta keselesaan untuk perjalanan jauh.
Dengan harga yang lebih berpatutan berbanding pesaingnya, S1000R sesuai bagi mereka yang mahukan motosikal serba boleh untuk kegunaan harian dan hujung minggu.
Speed Triple 1200 RS kini dilengkapi suspensi pintar Öhlins EC3, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi litar. Dengan 180hp, brek Brembo Stylema, serta elektronik canggih, Triumph Speed Triple 1200 RS menawarkan pengalaman menunggang yang unik dengan karakter enjin tiga silindernya.
Z H2 mungkin yang paling berat dalam senarai ini, tetapi ia menebus kekurangan itu dengan kuasa supercharged 197hp yang memberikan pecutan luar biasa. Dengan suspensi separa aktif pada model SE, serta elektronik moden, motosikal ini lebih sesuai untuk perjalanan jauh berbanding pesaingnya yang lebih agresif.
Tahun 2025 menyaksikan evolusi dalam kategori super naked dengan pelbagai pilihan untuk setiap jenis penunggang. Dari KTM Super Duke R yang liar, Ducati Streetfighter V4 yang berprestasi tinggi, hingga Honda CB1000 Hornet yang mesra bajet, terdapat sesuatu untuk semua orang dalam senarai ini. Jadi, motosikal mana yang bakal menjadi pilihan anda?
Buat masa sekarang, Toyota dilihat sedang giat berusaha untuk menambah baik barisan GR mereka yang sedia ada. Ini termasuklah Toyota GR Yaris yang dikatakan di antara model paling hangat di pasaran tempatan bagi segmen ‘hot hatch’ JDM (Japanese Domestic Market).
Jika dilihat secara kasar, Toyota bolehlah dikatakan sedang menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran bagi menjadikan barisan GR sentiasa dikemaskini dan memenangi hati pelbagai pihak terutama pemandunya.
Berdasarkan laporan terkini daripada laman automotif Japan Best Car Web, GR Yaris bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun hadapan.
Kebiasaannya, pengeluar kereta yang mengemaskini model sedia ada, mereka akan lebih menitikberatkan soal rupa dan aksesori. Namun, Toyota turut membawakan perubahan dari sudut prestasi.
GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta pilihan transmisi automatik buat kali pertama. Lebih yakin untuk bergerak di sekitar Lembah Klang lepas ini dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
Toyota mempertingkatkan angka output bagi GR Yaris supaya ia dapat menyaingi kuasa GR Corolla yang menghasilkan sekitar 300 HP.
Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar. Menambahkan lagi daya mendapan supaya kereta lebih ‘melekat’ di jalan dan mudah untuk dikendalikan.
Ruang dalaman GR Yaris ditambah baik dengan menggunakan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada GR Corolla. GR Yaris ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM 299,000.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Lambretta, jenama yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro. Syarikat itu dikatakan bakal memasuki pasaran Malaysia dengan nafas yang baharu. Skuter Lambretta yang menjadi kegemaran peminat di seluruh dunia kini bersedia untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Diasaskan pada tahun 1947 oleh Dr. Ferdinando Innocenti, Lambretta mendapat inspirasi dari Cushman berwarna hijau zaitun. Namanya pula diambil daripada sprite air mitos yang dikaitkan dengan sungai Lambro, yang mengalir di pinggir bandar Milan. Lambretta menjadi kegemaran di Itali semasa zaman peperangan, dengan keistimewaannya sebagai skuter pertama yang menggunakan brek cakera.
Pada tahun 1950, Lambretta memperkenalkan inovasi dalam suspensi depan dan belakang, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Kemudian pada tahun 1969, Lambretta muncul dengan enjin paling berkuasa, menetapkan standard baru dalam industri skuter.
Walaupun mengalami beberapa penukaran pemilikan, Lambretta masih kukuh sebagai lambang subkultur moden hingga hari ini. Dengan mempersembahkan gaya klasik sambil menggabungkan inovasi kontemporari, skuter Lambretta mengekalkan warisan dan menarik minat generasi baru untuk menunggangnya.
Model-model terbaharu seperti Lambretta X250 dan G350 tidak hanya mengenengahkan keindahan dan eksklusif semata-mata malah, mengekalkan warisan dan tradisi yang diwarisi sekian lama. Dengan reka bentuk monocoque yang unik, setiap model Lambretta mewakili kesempurnaan dalam setiap penghasilannya, menandakan karya yang abadi.
Kehadirannya di Malaysia bakal menghangatkan lagi lanskap motosikal klasik-moden yang semakin mendapat perhatian terutama dari generasi muda di bandar. Lambretta menawarkan lebih daripada sekadar skuter; ia adalah ungkapan sejarah, gaya hidup, dan zaman emas penunggangnya.
Modenas X-cite (ditulis juga X-Cite / XCite) muncul sebagai percubaan serius Modenas memasuki segmen kapcai berprestasi lebih besar pada pertengahan 2000-an dan ia merupakan...