Model moped paling dikenali orang ramai, Y15ZR atau “Y-suku” kini tampil dengan varian baru yang diberi nama Y15ZR SE. Hong Leong Yamaha Motor baru sahaja melancarkan model ini untuk pasaran tempatan dan pembeli boleh mula menempah bermula 15 Ogos 2023 yang lalu.
Kredit Foto: Careta.my
Perubahan paling ketara adalah pada bahagian warna dan badan model ini. Skema warna biru dipadankan dengan rim keemasan memang menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang lihat motor ini.
Kredit Foto: Careta.my
Ditambah dengan kit aero serba baharu termasuk visor, skup udara depan dan belakang memang akan menampakkan rupa yang lebih sporti di jalanan.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Dari segi prestasi, Yamaha Y15ZR SE masih tidak mengubah apa-apa dari model sebelum ini. Menggunakan enjin silinder tunggal sejukan cecair 150cc dengan kuasa 15.4 hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm, turut disertakan dengan transmisi klac basah lima gear kelajuan.
Kredit Foto: Careta.my
Untuk keselesaan penunggang, sistem suspensi didatangkan dengan standard, fork depan teleskopik, diikuti dengan lengan buai dan monoshock tunggal di belakang. Sistem asli brek diberi cakera tunggal hidraulik depan dan belakang.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Tangki bahan api sebesar 4.2-liter cukup sesuai untuk penggunaan harian, tidak membebankan buat mereka yang menggunakan motor setiap hari. Tinggi tempat duduk dari tanah pula hanya 780mm, dengan jarak roda 1290mm, lebih lincah ketika jalan sesak dengan isi berat hanya 117 kg sahaja.
Kredit Foto: Careta.my
Harga pasaran bagi model Yamaha Y15ZR SE bermula dari RM9,498.00 tanpa insurans dan yuran pendaftaran. Mahal RM500 berbanding model biasa Y15ZR 2023 yang bermula dari rm8,998. Setiap pembelian turut disertakan dengan kunci cakera brek bernilai RM100.
Porsche bukan jenama yang asing dengan eksperimen visual, tetapi projek 911 RSR separuh LEGO ini boleh dianggap antara yang paling luar biasa pernah direalisasikan.
Dipertontonkan kepada umum sempena 24 Hours of Le Mans 2015, kereta ini memadukan dua dunia berbeza. Bahagian kiri ialah 911 RSR sebenar, lengkap dengan panel badan, aerodinamik dan perincian lumba.
Bahagian kanan pula dibina menggunakan 380,000 bongkah LEGO, disusun sehingga meniru bentuk dan proporsi kereta sebenar. Walaupun menggunakan medium yang “kotak”, hasil akhirnya cukup meyakinkan sehingga membuatkan ramai tertanya sama ada ia replika atau model pameran sebenar.
Projek ini kemudian mencetuskan perhatian lebih besar apabila peminat mula menyedari betapa uniknya gabungan Porsche 911 RSR LEGO tersebut.
Pembangunan projek ini bukan kerja mudah. Menurut sumber, pembinaan bahagian LEGO mengambil masa 633 jam, bersamaan lebih kurang 28 hari kerja berterusan.
Disebabkan permukaan badan 911 RSR sangat organik dan kompleks, pembina perlu menentukur setiap lapisan LEGO secara topographical, teknik susunan berlapis bagi menghasilkan lengkungan yang hampir menyerupai bentuk asal.
Setiap bongkah memainkan peranan dalam mengekalkan struktur, bentuk, dan integriti visual keseluruhan. Walaupun hanya separuh kereta, tahap detail pada bahagian kanan ini cukup tinggi sehingga selari dengan estetik pasukan Porsche Motorsport sendiri.
Ketelitian ini juga menjadikan Porsche 911 RSR LEGO sebagai salah satu projek seni automotif paling teknikal pernah dipamerkan.
Apa yang menjadikan projek ini benar-benar ikonik ialah kesetiaan terhadap identiti asal 911 RSR. Bahagian LEGO bukan sekadar “blok kosong”, tetapi membawa transkripsi visual livery sebenar, termasuk garisan merah-hitam, nombor perlumbaan dan elemen branding.
Walaupun dibina dalam medium yang jauh lebih keras dan berkotak, look keseluruhannya masih mengekalkan karakter RSR yang agresif.
Ini bukan sekadar karya seni, tetapi satu penghormatan kepada kereta lumba endurance yang telah mencipta reputasi tersendiri di litar dunia. Dalam konteks pameran moden, Porsche 911 RSR LEGO ini sering dianggap sebagai simbol ketepatan, kreativiti, dan identiti perlumbaan Porsche.
Tidak lama selepas versi pameran separuh LEGO ini menarik perhatian peminat, LEGO Technic melancarkan model rasmi Porsche 911 RSR.
Walaupun berskala kecil, set tersebut mengekalkan elemen mekanikal seperti suspension, differential dan enjin boxer 6-silinder dengan piston bergerak. Ia mengekalkan DNA 911 RSR dalam bentuk yang boleh dibina di rumah.
Bagi peminat automotif dan LEGO, kedua-dua projek model pameran bersaiz sebenar dan LEGO Technic kini dianggap sebagai dua manifestasi kreativiti yang saling melengkapi.
Hubungan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Porsche 911 RSR LEGO sebagai ikon dalam komuniti pembina model dan peminat automotif global.
Projek ini membuka dimensi baharu dalam interpretasi automotif sebagai seni. Ia membuktikan bahawa sebuah kereta lumba bukan hanya jentera, tetapi juga objek visual yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai medium.
Pendedahan ini turut mengubah persepsi umum bahawa LEGO hanyalah alat permainan kanak-kanak. Dalam konteks ini, LEGO menjadi medium ekspresif untuk menterjemahkan kejuruteraan Porsche dalam bentuk lebih playful tetapi masih teknikal.
Ia juga menunjukkan kemungkinan kolaborasi antara dunia engineering dan dunia seni, yang jarang digabungkan dengan begitu berani. Tambahan pula, kejayaan projek ini menjadikan Porsche 911 RSR LEGO rujukan bagi pameran seni moden yang menonjolkan kreativiti berasaskan teknologi dan rekabentuk.
Akhirnya, projek 911 RSR separuh LEGO ini berdiri sebagai simbol unik hubungan antara dua generasi pencipta: jurutera yang membina mesin prestasi sebenar, dan pembina seni yang melihat potensi baharu dalam bongkah plastik kecil.
Gabungan keduanya menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja menarik perhatian peminat automotif, tetapi juga penggemar seni, peminat LEGO, dan pemerhati industri kreatif.
Ia membuktikan satu perkara imaginasi tidak pernah ada had, malah lebih menarik apabila disalurkan ke dalam ikon seperti Porsche 911 RSR.
Dalam ruang pameran antarabangsa, kisah Porsche 911 RSR LEGO ini masih terus dirujuk sebagai bukti betapa kuatnya gabungan kreativiti dan kejuruteraan.
Porsche baru-baru ini memperlihatkan kepada peminat automotif prototaip Macan yang sedang diuji melalui video teaser yang baru dikeluarkan di laman sesawang rasmi mereka.
Model Macan yang diketengahkan ini merupakan generasi terkini yang didukung sepenuhnya oleh kuasa elektrik, dan pelancarannya dijadualkan pada 25 Januari ini. Macan generasi terbaru ini dibina di atas Premium Platform Electric (PPE) yang baru, dilengkapi dengan bateri litium-ion berkapasiti 100 kWj, dan mampu menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 603 hp (450 kW) serta tork melebihi 1000Nm.
Motor elektrik Macan EV ini menawarkan kapasiti kasar sebanyak 100 kWj, di mana hingga 95 kWj membolehkan Macan EV ini mencapai jarak pemanduan sehingga 500km. Selain itu, kelebihan lain termasuk sistem pengecasan pantas hingga 270 kW, yang dapat mengisi bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 22 minit.
Teaser tersebut memberikan gambaran tentang reka bentuk lampu belakang yang kini lebih lebar dan nipis, menyerupai ciri-ciri reka bentuk yang dikenali dalam model-model Porsche yang lain. Porsche berjaya menyatukan DNA reka bentuk dengan aerodinamik yang optimum melalui komponen Porsche Active Aerodynamics (PAA).
Macan EV ini turut dilengkapi dengan spoiler belakang yang meluas secara automatik dan kepak penyejukan aktif pada salur masuk udara hadapan. Elemen lain termasuk lantai yang rata dan tertutup seperti kereta lumba, bahkan di kawasan axle belakang. Fairing fleksibel turut memastikan rintangan udara rendah dengan inovasi gabungan roda yang sebahagiannya tertutup, serta tayar yang dioptimumkan dari segi aerodinamik.
Prototaip Macan EV ini menjalani ujian di pelbagai lokasi di seluruh dunia, menguji komponen pemanduan di setiap iklim, dari -30 darjah Celsius hingga +50 darjah Celsius. SUV ini diuji tidak hanya di atas jalan raya, tetapi juga melibatkan ujian off-road, jalan berkerikil, salji dan ais.
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda RS-X Winner Serba Baharu, sebuah motosikal moped direka khas untuk meningkatkan pengalaman tunggangan.
Menawarkan gabungan reka bentuk sporty, teknologi terkini, dan prestasi yang mantap, motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian di bandar mahupun tunggangan santai hujung minggu.
Honda RS-X Winner kini dilengkapi enjin baharu 150cc DOHC dengan penyejukan cecair dan gear 6 kelajuan. Dengan output maksimum 11.8 kW dan tork 13.6 Nm, motosikal ini menawarkan kuasa pecutan yang mengagumkan merentasi pelbagai kelajuan.
Selain itu, model ini juga telah diiktiraf sebagai kenderaan EEV (Energy Efficient Vehicle) iaitu penggunaan bahan api yang sangat cekap, iaitu sekitar 50 km/liter.
Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan ialah klac Assist and Slipper. Rekaan untuk menambah kawalan ketika menurunkan gear secara mendadak dan mencegah roda belakang daripada tergelincir. Ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, tetapi juga memastikan pengalaman tunggangan lebih lancar.
Honda RS-X Winner Serba Baharu turut menampilkan teknologi terkini seperti:
Reka bentuk sporty dan maskulin Honda RS-X Winner Serba Baharu menyerlah dengan garis badan aerodinamik yang agresif. Rim aloi 17 inci pula direka untuk kestabilan yang lebih baik ketika menunggang pada kelajuan tinggi. Selain itu, suis hendal berasingan memberikan kawalan lebih intuitif untuk fungsi seperti lampu depan, signal belok, dan hon.
Honda RS-X Winner Serba Baharu ditawarkan dalam tiga pilihan warna standard – Biru, Hijau, dan Kelabu Matte – dengan harga runcit RM9,998. Untuk warna Kuning Khas, harganya ialah RM10,298. Semua harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Motosikal ini disertakan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, sebagai jaminan kepada kebolehpercayaan dan kualiti Honda.
Menurut Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, pelancaran Honda RS-X Winner Serba Baharu ini adalah satu langkah penting untuk memenuhi keperluan penunggang Malaysia.
“Kami berusaha untuk menawarkan motosikal yang bukan sahaja canggih dari segi teknologi, tetapi juga dipercayai dan mampu dimiliki. Dengan penambahbaikan menyeluruh, saya yakin Honda RS-X Winner akan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.”
Untuk maklumat lanjut, lawatiwww.boonsiewhonda.com.my. Motosikal ini bukan sekadar kenderaan, tetapi simbol kebebasan dan gaya hidup moden yang pasti menarik perhatian.
KLIMS 2026 Kembali Dengan Fokus Mobiliti Pintar dan Teknologi Hijau
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 secara rasminya membuka tirai di Malaysia International Trade...