
Bagi mereka yang sudah lama memandu, menarik handbrake selepas meletakkan kereta mungkin sudah menjadi satu perkara normal.
Tarik tuil sehingga terasa cukup ketat, masukkan gear ke posisi sesuai dan barulah boleh keluar dari kereta.
Namun, masuk sahaja ke dalam kebanyakan kereta moden hari ini, tuil panjang di bahagian konsol tengah semakin sukar ditemui.
Tempatnya kini banyak digantikan dengan satu suis kecil bertanda “P”, dikenali sebagai Electronic Parking Brake (EPB).
Walaupun nampak seperti perubahan kecil, sebenarnya terdapat teknologi dan beberapa fungsi tambahan di sebalik suis tersebut.
Handbrake konvensional menggunakan sistem mekanikal.
Apabila tuil ditarik, kabel akan mengaktifkan mekanisme brek untuk memastikan kenderaan kekal pegun ketika diparkir.
Kelebihan paling ketara ialah operasinya mudah difahami. Pemandu juga boleh merasakan sendiri tahap tarikan pada tuil tersebut.
EPB pula menggantikan operasi mekanikal yang dilakukan pemandu dengan sistem elektronik.
Apabila suis EPB diaktifkan, arahan dihantar kepada sistem untuk menggerakkan actuator atau motor elektrik yang mengenakan daya pada brek.
Mudah kata, fungsi asasnya masih sama iaitu memastikan kereta tidak bergerak ketika diparkir. Yang berubah ialah bagaimana arahan itu dilaksanakan.
Salah satu sebab paling mudah ialah ruang.
Tuil handbrake memerlukan ruang yang agak besar pada konsol tengah. Menggantikan komponen tersebut kepada suis kecil, pengeluar mempunyai lebih kebebasan untuk menyediakan ruang penyimpanan, cup holder atau menyusun semula reka bentuk konsol tengah.
Ketiadaan tuil atau pedal parking brake membantu menjadikan ruang kabin lebih lapang dan kemas.
Pada masa sama, EPB boleh berinteraksi dengan sistem elektronik lain pada kenderaan. Bergantung kepada model, parking brake
boleh dilepaskan secara automatik apabila pemandu mula bergerak atau diaktifkan secara automatik dalam keadaan tertentu.Baca Juga: Ini 5 Kereta Nasional Unik Yang Pernah Dihasilkan Di Malaysia
Di sinilah handbrake konvensional mempunyai satu kelebihan dari sudut kesederhanaan.
EPB memerlukan bekalan elektrik untuk operasinya. Sebagai contoh, manual Hyundai menyatakan EPB masih boleh diaktifkan ketika enjin dimatikan selagi kuasa bateri tersedia, manakala prosedur untuk melepaskannya pula bergantung kepada keadaan sistem dan kenderaan.
Jika berlaku masalah bateri atau kerosakan EPB, prosedur untuk melepaskan parking brake boleh berbeza mengikut model.
Sebab itu pemilik tidak sepatutnya cuba menarik atau membuka sistem tersebut secara paksa. Rujuk owner’s manual atau dapatkan bantuan pusat servis jika EPB gagal beroperasi.
Menarik handbrake mekanikal ketika kereta bergerak boleh menyebabkan roda belakang terkunci jika dilakukan secara agresif. Tetapi EPB moden boleh mempunyai logik kawalan yang berbeza.
Pada sesetengah kenderaan, menarik dan menahan suis EPB ketika bergerak boleh mengaktifkan emergency braking function
sekiranya brek kaki gagal berfungsi tetapi mungki berbeza mengikut jenis kenderaan.Bagaimanapun, EPB tidak patut digunakan ketika memandu kecuali dalam situasi kecemasan dan mengikut arahan pengeluar.
Jika dinilai daripada aspek kesederhanaan dan rasa kawalan secara fizikal, handbrake konvensional masih mempunyai tarikannya tersendiri. Sistemnya mudah dan penggunaannya sudah sebati dengan ramai pemandu.
EPB pula menawarkan kelebihan dari sudut convenience, penggunaan ruang dan integrasi dengan sistem elektronik lain seperti Auto Hold.
Namun bagi sesetengah pemandu, mungkin tetap ada satu perkara yang sukar digantikan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.