Harley-Davidson dan MotoGP telah mengesahkan kerjasama strategik mereka untuk memperkenalkan siri perlumbaan baharu.
Siri perlumbaan ini akan memulakan saingan secara rasmi pada tahun 2026.
Kredit Foto : Website cycleworld
Perlumbaan yang bakal diperkenalkan ini merupakan adaptasi perlumbaan terkenal di Amerika Syarikat, King of the Baggers.
Kini perlumbaan ini akan diperkenalkan ke pentas global di bawah payung MotoGP.
Enam Pusingan, Dua Benua, Dua Belas Perlumbaan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perlumbaan ini akan melibatkan enam pusingan rasmi.
Perlumbaan ini merangkumi litar-litar utama di Eropah dan Amerika Utara, dengan setiap pusingan menampilkan dua perlumbaan.
Secara keseluruhan menjadikan jumlah 12 perlumbaan dalam musim sulungnya.
Antara lokasi yang dijangka akan menjadi tuan rumah adalah Circuit of the Americas (COTA) di Texas, Amerika Syarikat.
Ads
Kredit Foto : Website cycleworld
Jentera: Road Glide Dirombak Khas Untuk Litar
Perlumbaan ini akan menampilkan motosikal Harley-Davidson Road Glide yang telah diubahsuai khusus untuk prestasi maksimum di litar perlumbaan.
Jentera-jentera ini bakal mewakili enam hingga lapan pasukan, dengan setiap pasukan diwakili dua orang pelumba.
Lebih menarik, semua pasukan akan menerima sokongan penuh daripada Harley-Davidson Factory Racing.
Kredit Foto : Website cycleworld
Visi Prestasi Dari Harley-Davidson
Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz, menyifatkan penyertaan dalam MotoGP sebagai satu bab baharu yang mencabar dan penuh potensi bagi jenama lagenda itu.
Ads
“Ini adalah langkah berani dalam merealisasikan cita-cita perlumbaan global Harley-Davidson,” kata Zeitz.
Beliau menambah bahawa Harley-Davidson telah menunjukkan kemampuan prestasi mereka melalui penyertaan dalam MotoAmerica Mission King of the Baggers.
Selain itu mereka juga ada memperkenalkan produk-produk berprestasi tinggi seperti CVO RR dan CVO Road Glide ST.
Menurutnya lagi, respons peminat dan penunggang terhadap keupayaan prestasi Harley-Davidson sangat memberangsangkan, dan ini mencetuskan keyakinan bahawa permintaan untuk perlumbaan sebegini di peringkat antarabangsa adalah nyata.
Ads
Kredit Foto : Website forbes
Dari Barcelona ke Dunia
Perkongsian rasmi ini mula menjadi bualan sejak November 2024, walaupun pada ketika itu tiada pengumuman perlumbaan yang dibuat.
Namun, ujian pasca musim di Barcelona, serta kenyataan Zeitz mengenai minat Harley terhadap MotoGP, memberikan bayangan awal yang kini disahkan dengan pelancaran siri ini.
Kredit Foto : Website motoamerica
Warisan Bertemu Masa Depan
Gabungan antara warisan klasik Harley-Davidson dan keghairahan moden MotoGP dijangka bakal mewujudkan satu tarikan baharu dalam arena sukan permotoran.
Tidak sekadar mempamerkan prestasi dan kelainan, siri perlumbaan ini juga akan menjadi penanda aras baharu bagi sukan motosikal global.
Kredit Foto : Website visordown
Maklumat lanjut mengenai jadual penuh dan pasukan yang bertanding akan diumumkan tidak lama lagi.
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang berlangsung di Port Dickson pada 19 Oktober 2024 telah mencipta detik penuh sejarah buat En. Mohamed Bin Bahari, 50 tahun, dari Johor Bahru apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah motosikal Suzuki Hayabusa 2024 dalam cabutan bertuah Platinum.
Konvoi Suzuki V-Strom Meriahkan Acara
En. Mohamed, seorang ahli aktif Suzuki V-Strom Owner’s Club Malaysia (SVOCM), menghadiri acara ini bersama 65 ahli kelab yang lain.
Konvoi motosikal Suzuki V-Strom mereka dari Johor Bahru ke Port Dickson menambahkan lagi kemeriahan acara, yang turut disertai ribuan pemilik motosikal Suzuki dari seluruh Malaysia.
Pelbagai Aktiviti Menarik di Suzuki Monsoon Getaway 2.0
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang dianjurkan oleh Suzuki Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti konvoi motosikal, sesi uji tunggang, pameran motosikal, jualan eksklusif, serta acara kemuncak cabutan bertuah.
Kemenangan En. Mohamed dalam cabutan bertuah dan memenangi Suzuki Hayabusa 2024 menjadi kemuncak utama acara ini.
Platform Mengukuhkan Persaudaraan Peminat Suzuki
Suzuki Monsoon Getaway 2.0 sekali lagi berjaya menjadi platform yang mengukuhkan hubungan antara pemilik motosikal Suzuki di Malaysia.
Komitmen Suzuki Malaysia dalam menghidupkan semangat permotoran dan menyatukan peminatnya melalui program sebegini jelas terbukti.
Diharapkan acara seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.
Berita hangat melanda dunia Formula 1 apabila General Motors (GM), jenama automotif terkemuka dari Amerika Syarikat. Secara rasmi diberi lampu hijau untuk menyertai grid Formula 1 bermula musim 2026.
Pasukan ini akan dikenali di bawah jenama Cadillac, menambah satu lagi nama besar dalam sukan perlumbaan paling berprestij di dunia.
Perjalanan Bermula
Dalam pengumuman bersama antara Formula 1 dan General Motors. Pasukan Cadillac akan berfungsi sebagai pasukan pelanggan pada peringkat awal penyertaan mereka. Walau bagaimanapun, GM telah menyatakan komitmen untuk membangunkan unit kuasa mereka sendiri menjelang akhir dekad ini, menjadikan mereka sebuah pasukan “full works” yang lengkap dengan teknologi dalaman.
Langkah ini dilihat sebagai usaha besar-besaran GM untuk memantapkan jenama Cadillac di peringkat global, terutama dalam sukan Formula 1 yang semakin berkembang pesat di Amerika Syarikat.
Menurut Greg Maffei, CEO Liberty Media yang bakal berundur, “Formula 1 yang terus berkembang di Amerika Syarikat akan mendapat nilai tambah besar dengan kehadiran jenama sehebat GM dan Cadillac di grid.”
Pasukan ke-11 dalam grid Formula 1 menjelang 2026
Perancangan dan Sumber
GM tidak bersendirian dalam perjalanan ini. Mereka akan bekerjasama rapat dengan TWG Global. Entiti yang memiliki dan mengurus Andretti Global, Wayne Taylor Racing, dan Spire Motorsports.
Pasukan ini akan memanfaatkan kemudahan sedia ada Andretti Global di Amerika Syarikat dan Silverstone, England. Menariknya, Mario Andretti, legenda Formula 1 dan juara dunia terakhir dari Amerika Syarikat, akan turut memainkan peranan penting sebagai ahli lembaga pengarah pasukan ini.
Kerjasama ini turut menjadi penyelesaian kepada isu yang timbul sebelum ini. Sebelum ini, permohonan Andretti Global yang disokong Cadillac ditolak oleh FIA. Dipercayai disebabkan ketegangan antara bekas CEO Michael Andretti dan pihak pengurusan Formula 1. Dengan nama Andretti kini tidak lagi menjadi fokus utama dalam permohonan GM, laluan ke grid Formula 1 menjadi lebih lancar.
Kenyataan rasmi FIA – F1 berkenaan penyertaan GM & Cadillac di F1 2026
Impak kepada Formula 1
Kehadiran Cadillac dalam Formula 1 bukan sahaja menjadikan mereka pasukan ke-11 di grid, tetapi juga dijangka membawa impak besar kepada sukan ini. Bukan sekadar jenama baru, tetapi sebagai simbol pertumbuhan Formula 1 di pasaran Amerika Syarikat.
Selain itu, janji GM untuk membangunkan teknologi unit kuasa sendiri bakal mencabar pasukan besar lain seperti Mercedes, Ferrari, dan Red Bull. Ia juga memberikan harapan kepada peminat yang ingin melihat lebih banyak inovasi dalam sukan ini.
Dengan semua perancangan dan sokongan yang telah diatur, dunia Formula 1 pastinya tidak sabar menyambut kehadiran pasukan Cadillac. Tahun 2026 dijangka menjadi titik perubahan besar bagi sukan ini, terutama dengan penglibatan jenama seperti General Motors.
Demi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan maut membabitkan kenderaan berat.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan bahawa penguatkuasaan penggunaan peranti kawalan had laju atau Speed Limitation Device (SLD) akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 1 Oktober 2025.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar Kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan kenderaan perdagangan tidak lagi melebihi had laju ditetapkan. Seterusnya mengelakkan kejadian ngeri akibat kegagalan mengawal kenderaan berat.
Apa Itu SLD dan Kenapa Ia Penting?
SLD ialah sistem yang direka untuk mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan. Terutamanya kenderaan berat seperti lori, bas ekspres dan bas persiaran.
Dengan teknologi ini, pemandu tidak boleh melebihi kelajuan yang telah ditetapkan dalam sistem. Biasanya maksimum 90km/j, sekali gus menjamin kawalan lebih baik ketika berada di jalan raya.
Empat Fokus Utama Penguatkuasaan SLD
Pengesahan Kefungsian SLD (Berkuat Kuasa: 1 Oktober 2025) Wajib bagi semua bas persiaran, bas ekspres dan kenderaan barangan berat (>3,500kg) yang didaftarkan bermula 1 Januari 2015. Pengesahan fungsi dan laporan SLD mesti diperoleh daripada:
Pengilang kenderaan
Technical Service (TS) diiktiraf JPJ
Bengkel servis bertauliah JPJ
Badan pensijilan berdaftar bawah Jabatan Standard Malaysia
Dokumen ini perlu diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa semasa pemeriksaan di PPKM serta urusan permit di APAD.
Pengaktifan SLD dalam ECU (Berkuat Kuasa: 1 Januari 2026) Untuk kenderaan berdaftar sebelum 1 Januari 2015 yang memiliki fungsi SLD dalam sistem ECU, pengaktifan peranti tersebut adalah wajib. Ini termasuk:
Kenderaan barangan >3,500kg
Kenderaan penumpang >8 orang atau >5,000kg
Kenderaan rebuild dan import terpakai
Pemeriksaan SLD di Kilang Pengeluaran (Bermula: April 2025) Melibatkan pelaksanaan “Conformity of Production” (COP) bagi model kenderaan yang memiliki Vehicle Type Approval (VTA) bermula tahun 2015. Pemeriksaan akan memastikan tetapan had laju diprogram pada 90km/j mengikut Had Laju Kebangsaan.
Retrofit SLD untuk Kenderaan Lama (Berkuat Kuasa: 1 Julai 2026) Untuk kenderaan berat dan penumpang yang belum ada sistem SLD, pemasangan retrofit adalah wajib. Pemasangan hanya sah jika dilakukan oleh TS, bengkel atau badan pensijilan yang diiktiraf JPJ. Seperti sebelumnya, dokumen perlu diperbaharui setiap dua tahun.
Apa Maknanya Kepada Pemilik Kenderaan?
Jika anda pemilik kenderaan berat, operator logistik atau pengusaha bas, pelaksanaan SLD ini menuntut anda menyemak status Speed Limitation Device kenderaan masing-masing dan segera mendapatkan laporan pengesahan yang sah.
Kegagalan mematuhi garis masa ini boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil oleh JPJ. Selain menjejaskan operasi dan kelulusan permit.
Menuju Ke Arah Jalan Raya Lebih Selamat
MOT menyeru agar seluruh pemain industri dan pemilik kenderaan perdagangan memberi kerjasama penuh dalam pelaksanaan ini. Langkah ini bukan sekadar pematuhan undang-undang, tetapi demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, pengangkutan negara harus lebih moden, selamat dan berdaya saing.
Terus ikuti Roda Panas untuk maklumat terkini dan kupasan mendalam isu-isu automotif tempatan dan antarabangsa.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...