4 Tahun, 4 Gelaran: Dominasi Tanpa Tanding Dream Chaser
Konsistensi adalah senjata paling sukar dimiliki dalam dunia perlumbaan. Namun, HI-REV Dream Chaser Racing Team membuktikan mereka mempunyai formula kejayaan tersendiri dengan mengekalkan takhta Overall Champion Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2025.
Kredit Foto : Instagram sepangcircuit
Kejayaan ini melengkapkan koleksi empat gelaran berturut-turut sejak 2022 dan merupakan satu pencapaian luar biasa dalam sejarah sukan permotoran negara.
Aaron Haikal Wira Baru HI-REV Dream Chaser Berusia 17 Tahun
Di hadapan ribuan penonton di Sepang, terpahat satu nama baharu dalam sejarah perlumbaan tempatan iaitu Aaron Haikal. Pada usia 17 tahun, beliau kini bergelar juara keseluruhan MTCC termuda. Beliau mempamerkan gaya pemanduan yang tenang dan yakin, Aaron membawa Suzuki Swift ZC33 Turbo pasukan Dream Chaser ke garisan penamat, membuktikan bahawa usia bukan penghalang apabila bakat dan keberanian berjalan seiring.
Kemenangan ini ibarat membuka pintu kepada sebuah perjalanan yang lebih besar. Pada usia yang masih muda, beliau sudah pun menjejakkan kaki ke pentas tertinggi perlumbaan tempatan. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu bersinar, sekali gus menandakan kebangkitan generasi baharu yang berani mencabar batasan dalam dunia perlumbaan.
Namun, kejayaan ini tidak hadir daripada seorang pelumba sahaja. Di sisi Aaron, ada figura yang cukup dikenali peminat sukan permotoran Daim Hishammudin, juara Sepang 1000km 2024. Berbekalkan pengalaman dan kebijaksanaan taktikalnya, Daim menjadi mentor di litar, memastikan pasukan ini tidak hanya bergantung pada keajaiban tetapi juga strategi yang matang.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Di Sebalik Kejayaan HI-REV Dream Chaser
Lebih menarik, kisah kejayaan ini bukan sekadar tentang pemandu atau jentera, tetapi juga tentang sokongan teknologi di sebaliknya. HI-REV Lubricants bukan hanya nama pada pelekat kereta, tetapi nadi utama yang memastikan jentera Dream Chaser sentiasa dalam prestasi yang optimum.
Dengan reputasi sebagai pelincir tempatan yang menekankan kebolehpercayaan, konsistensi, dan prestasi, HI-REV membuktikan bahawa produk mereka mampu bersaing dan terbukti di pentas perlumbaan sebenar.
Ads
HI-REV Dream Chaser : Empat Tahun, Satu Legasi
“4 Years. 4 Titles. 1 Dream Chaser Legacy.” Slogan ini bukan retorik semata-mata, tetapi satu realiti. Empat musim, empat kejuaraan, dan satu legasi yang terus hidup dalam arena permotoran Malaysia.
HI-REV Dream Chaser Racing Team kini bukan sekadar pasukan perlumbaan, tetapi simbol aspirasi untuk setiap pelumba muda tempatan bahawa dengan disiplin, sokongan yang kukuh, dan teknologi yang tepat, impian berlumba di litar boleh menjadi kenyataan.
Ads
Namun, bagi mereka, kejayaan ini bukanlah penamat, sebaliknya permulaan kepada bab baharu dalam perjalanan yang lebih panjang. Masa depan masih luas terbentang untuk Aaron, Daim dan seluruh pasukan Dream Chaser.
Dan selagi ada semangat yang membara, HI-REV Dream Chaser akan terus menjadi kuasa yang sukar digugat di litar Malaysia.
Pada 22 hingga 23 Jun 2024, KL Base Kuala Lumpur akan menjadi pusat tumpuan penggemar permotoran dengan penganjuran program BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024.
Acara ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Dianjurkan oleh Kelab MUSC Motorsports yang berdaftar dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk acara drag racing, autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, karnival makanan dan konsert turut diadakan.
Poster rasmi Core Autofest
BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024 akan menjadi perhimpunan gergasi permotoran terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, menggabungkan elemen sukan dan rekreasi yang sihat.
Antara segmen menarik yang akan diadakan termasuk acara drag racing, “test n tune”, CORE Autofest bagi autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, Brew & Camp Autofest untuk peminat Camper Malaysia. Tidak ketinggalan, akan diadakan juga perhimpunan kelab-kelab kereta dan motosikal serta konsert kumpulan rock terkenal, XPDC.
Program ini menyasarkan penyertaan 1,000 peserta dan dihadiri sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dari seluruh negara dan luar negara. Ini termasuk peserta dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Pameran motosikal pelbagai kelas
Selain menyediakan ruang promosi dan jualan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan. Program ini juga diharapkan dapat membantu merancakkan sektor pelancongan domestik melalui kehadiran ribuan pengunjung dari luar Kuala Lumpur dan negara-negara jiran.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan menyaksikan festival permotoran terbesar di Malaysia ini!
Kalendar MotoGP 2024 telah dikemas kini dengan pengurangan dari 22 pusingan kepada 21 pusingan berikutan pembatalan perlumbaan di Argentina.
Acara di Termas de Rio Hondo yang sepatutnya berlangsung pada 5-7 April sebagai pusingan ketiga musim ini, telah dibatalkan disebabkan oleh langkah penjimatan kos oleh kerajaan.
MotoGP India yang sebelum ini dibatalkan, dijangka akan kembali pada awal 2025. Tempat India diambil alih oleh MotoGP Kazakhstan yang ditangguhkan tetapi akhirnya dibatalkan.
Sebagai gantinya, pusingan kedua di Misano, dinamakan Emilia-Romagna MotoGP, akan diadakan. Ini bermakna dua pusingan berturut-turut akan diadakan di Misano.
Barisan penunggang MotoGP 2024
Musim ini akan mengekalkan pendekatan berasaskan wilayah, mengelompokkan perlumbaan mengikut geografi. Terdapat 10 pusingan sebelum rehat musim panas, dan 11 pusingan selepasnya.
Qatar kembali sebagai pembuka musim pada 10 Mac, sebelum siri ini menuju ke Portugal dua minggu kemudian untuk pusingan kedua. Portugal dan India masih tertakluk kepada kontrak sebelum dapat disahkan.
Silverstone akan menjadi tuan rumah perlumbaan pertama selepas rehat musim panas. Terdapat dua siri tiga perlumbaan berturut-turut dalam separuh kedua 2024 – Emilia-Romagna, Indonesia, Jepun dan kemudian Australia, Thailand, Malaysia. Musim ini akan berakhir pada 17 November di Valencia.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius terhadap laporan mengenai kenaikan harga perkhidmatan oleh pihak industri susulan pelaksanaan semula subsidi diesel yang disasarkan bermula 10 Jun lalu.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan bahawa kementerian akan menjalankan siasatan segera berdasarkan kenyataan-kenyataan yang tular di media sosial, mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Datuk Armizan Mohd Ali. Kredit Foto : Facebook Armizan Mohd Ali
Fokus Siasatan
Siasatan awal akan menumpukan kepada sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan.
“KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga,” kata Armizan dalam kenyataannya pada Selasa.
Selain itu, industri pembinaan yang sejak dahulu tidak layak menggunakan diesel subsidi juga akan disiasat.
KPDN akan meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh industri tersebut untuk menaikkan harga perkhidmatan serta menyiasat kemungkinan mereka memperoleh diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini.
OPS KESAN 2.0
Dalam masa yang sama, KPDN sedang melaksanakan OPS KESAN 2.0 yang bermula pada 8 Jun lalu. Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap pelbagai isu berkenaan penggunaan diesel bersubsidi secara tidak sah.
Harga Semasa
Bermula 10 Jun, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 setiap liter. Harga ini adalah berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi mengikut purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Dengan langkah-langkah ini, KPDN berharap dapat memastikan kestabilan harga dan mengelakkan sebarang kenaikan harga perkhidmatan yang tidak munasabah yang akan membebankan pengguna.
Bagi anda yang menggunakan kenderaan Diesel persendirian di luar sana, bagaimana mana pula pendapat anda?
Sime Motors Raikan 45 Tahun Kejayaan, BMW 2 Series Menanti Pemenang Utama
Sime Motors memulakan sambutan ulang tahun ke-45 mereka dengan mengumumkan pemenang-pemenang pertama Kempen...