Bila sebut tentang limousin, pasti model yang terbayang di fikiran kita adalah model Lincoln dan Cadillac yang menjadi lambang kemewahan Amerika.
Lanskap automotif pada tahun 1980-an juga menyaksikan perusahaan Chrysler memperkenalkan limousin K-car yang dikenali sebagai Chrysler Executive, bukti semangat inovatif era itu dalam mengubah kenderaan konvensional menjadi sebuah kenderaan mewah.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Namun, model yang unik dari negara matahari terbit ini pasti menarik perhatian kita iaitu Honda Accord limosin 1981.
Ads
Honda Civic yang kompak dan cekap yang diperkenalkan pada tahun 1973 manakala Accord pada tahun 1976. Model ini pada asalnya dicipta sebagai langkah kepada krisis bahan api dan kebimbangan emission pada masa itu, namun Accord dengan cepat menjadi kegemaran kerana kebolehpercayaan dan reka bentuk praktikalnya, prinsip yang tampaknya bertentangan dengan kemewahan yang biasanya dikaitkan dengan limousin.
Ads
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Accord limosin ini mempunyai jarak roda yang dipanjangkan dan menambah sentuhan kemegahan kepada kenderaan yang sebaliknya sederhana. Di bahagian dalam, kabin ini dilengkapi dengan tempat duduk baldu mewah, telefon , monitor, dan peralatan stereo, tidak lupa juga lampu opera yang menambah elemen kecanggihan kereta ini.
Ads
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Anggaran harga kereta ini pada tahun 2023 adalah sekitar $39,420 (RM185,579.51). Namun sudah pasti nilai harga kenderaan ini pasti akan terus meningkat kerana ianya agak sukar ditemui pada masa kini.
Setelah BMW telah mengambil alih sepenuhnya syarikat Alpina, Kini, keluarga Bovensiepen yang terkenal dengan kejuruteraan kereta berkuasa tinggi Jerman memulakan babak baharu.
Mereka menubuhkan jenama coachbuilding bebas bernama Bovensiepen.
Model pertama mereka, Bovensiepen Zagato, menandakan kembalinya mereka ke pasaran kereta eksklusif.
Pendekatan mereka kini fokus kepada kereta tempahan khas yang berteknologi tinggi dan reka bentuk menawan.
Burkard Bovensiepen mengasaskan Alpina pada tahun 1965.
Sejak itu, keluarga ini terkenal sebagai pakar dalam membangunkan kereta BMW berkuasa tinggi yang tetap selesa dan mewah.
Alpina bahkan diiktiraf sebagai pengilang kereta rasmi di Jerman.
Model-model mereka mempunyai enjin yang diubah suai khas, transmisi unik dan hiasan dalaman berkualiti tinggi.
Sekarang BMW sudah memiliki Alpina, keluarga Bovensiepen pula menumpukan perhatian untuk membina kereta coachbuilt.
Konsep ini menggabungkan kejuruteraan Jerman dengan sentuhan reka bentuk artisan. Ia adalah evolusi semula jadi bagi DNA keluarga mereka.
Model pertama jenama baharu ini adalah Bovensiepen Zagato.
Ia adalah kereta grand tourer yang dibina berdasarkan BMW M4.
Tetapi kereta ini direka semula sepenuhnya bersama studio reka bentuk Itali terkenal, Zagato.
Bahagian luar kereta menggunakan panel badan baharu.
Ini termasuk bahagian hadapan dan belakang yang direka semula, bonet baharu dan profil sisi yang lebih garang.
Yang paling menarik adalah bumbung double bubble.
Ini adalah ciri reka bentuk ikonis Zagato yang bukan sahaja cantik, tetapi juga membantu aerodinamik kereta.
Zagato sebelum ini pernah bekerjasama dengan jenama seperti Aston Martin, Alfa Romeo dan Bentley.
Mereka membawa falsafah reka bentuk unik ke dalam projek ini.
Hasilnya adalah kereta yang bukan sahaja cantik dilihat, tetapi juga kukuh dari segi teknikal.
Bovensiepen Zagato menggunakan enjin 3.0 liter turbocharged inline-six yang telah diubah suai khas.
Enjin ini menghasilkan 603 kuasa kuda dan 700Nm tork.
Dengan kuasa sebegini, kereta ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.3 saat sahaja.
Kelajuan maksimumnya pula melebihi 300km/j.
Sistem suspensi menggunakan Bilstein adaptif yang boleh dilaraskan dalam tiga mod – Comfort, Sport dan Sport Plus.
Pemandu boleh pilih mod mengikut gaya pemanduan yang dikehendaki.
Kereta ini turut dilengkapi dengan sistem ekzos titanium Akrapovic.
Sistem ini 40% lebih ringan daripada yang asal. Ia bukan sahaja mengurangkan berat kereta, tetapi juga menghasilkan bunyi yang lebih sedap dan aliran gas ekzos yang lebih baik.
Setiap unit Bovensiepen Zagato dibina secara manual, dengan proses pemasangan melebihi 250 jam.
Ini merupakan satu petunjuk jelas terhadap tahap ketelitian dan kemahiran kraftangan yang terlibat.
Kuantiti pengeluaran akan dikawal secara ketat untuk mengekalkan nilai eksklusif, walaupun angka rasmi belum diumumkan.
Pelanggan akan ditawarkan pelbagai pilihan pengkhususan menyeluruh untuk bahagian luaran dan dalaman, menjadikan setiap kenderaan benar-benar unik dan sepadan dengan identiti pemilik.
Dengan peralihan peranan Alpina ke dalam struktur BMW Group yang lebih besar, Bovensiepen sebagai entiti baharu mewakili kesinambungan warisan kejuruteraan bebas yang berakar umbi dalam falsafah “driving refinement”.
Model Zagato bukan sahaja demonstrasi keupayaan teknikal dan reka bentuk, tetapi juga manifesto visi Bovensiepen dalam menghasilkan kenderaan ultra-luxury performance yang menyeimbangkan keunikan estetik dan prestasi tanpa kompromi.
Pelancaran ini juga berlaku hampir serentak dengan pengumuman BMW terhadap model edisi khas mereka, 8 Series Speedtop shooting brake, yang dijangka memasuki pengeluaran tahun hadapan dengan harga sekitar £430,000 – sekali gus menetapkan pentas persaingan dalam segmen GT eksklusif.
Sejak dilancarkan pada tahun 1983 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Proton telah menjadi ikon dalam landskap automotif Malaysia. Logo mereka telah menjadi ciri penting dalam menggambarkan identiti dan kemajuan jenama ini sepanjang hampir lima dekad. Pada 24 September 2019, Proton sekali lagi memperbaharui logo mereka, yang merupakan kali keenam perubahan sejak kali terakhir logo itu dikemas kini pada tahun 2016.
Penukaran logo Proton tidak sekadar perubahan simbolik, ia mewakili langkah terbaru dalam usaha jenama ini untuk memperkukuhkan kehadiran global mereka. Proton bercita-cita untuk menjadi salah satu jenama automotif terkemuka di ASEAN, sambil merancang untuk mengeluarkan kira-kira 400,000 unit kenderaan pelbagai model menjelang tahun 2027.
Artikel kali ini kita akan melihat bagaimana setiap perubahan logo dan tagline mempunyai makna simbolik yang mendalam, sambil mendapat respons yang berbeza dari masyarakat.
Tahun 1983 – 1992: Pride of the Nation
Logo ini adalah lambang legenda sepanjang era Proton Saga hingga tahun 1992. Ia menampilkan perisai biru gelap dengan bulan sabit kuning di bawah bintang empat belas, yang merujuk kepada bendera Malaysia. Tagline “Pride of the Nation” melambangkan kebanggaan rakyat Malaysia terhadap kereta nasional pertama negara.
Tahun 1993 – 1999: Pride of the Nation
Pada tahun 1993, logo itu mengalami sedikit perubahan dengan perisai tirus yang dikeluarkan. Tagline yang sama, “Pride of the Nation”, mengekalkan semangat patriotik dalam kalangan pelanggan.
Tahun 2000 – 2007: Spirit of Achievement
Logo ini memperlihatkan kepala harimau kuning pada bulatan hijau dalam perisai biru gelap, melambangkan semangat untuk mencapai kejayaan. Tagline “Spirit of Achievement” menekankan semangat untuk terus maju.
Tahun 2008 – 2015: Committed to be Better
Walaupun menggunakan elemen yang sama, logo ini menampilkan kepala harimau dengan warna hitam dan perak. Tagline “Committed to be Better” mencerminkan komitmen Proton untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.
Tahun 2016 – 2019: It’s in the Drive!
Logo ini menyaksikan penyingkiran perkataan “PROTON” untuk tampil lebih moden. Tagline “It’s in the Drive!” menekankan semangat dan komitmen untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.
Logo Terbaru Proton
Logo terbaru Proton, diperkenalkan selepas kejayaan model Proton X70, menampilkan kepala harimau dalam warna perak yang menonjolkan inovasi, kebolehpercayaan, dan identiti Malaysia yang antarabangsa. Dengan tagline “Inspiring Connections”, Proton menegaskan komitmen mereka untuk menyediakan produk dengan teknologi terbaik, seperti “Hi Proton”, yang memastikan hubungan yang bermakna dengan pelanggan.
Proton telah mengalami transformasi yang signifikan sejak hari pertama mereka muncul di pasaran. Perubahan logo mereka sepanjang tempoh ini mencerminkan evolusi jenama tersebut, sambil mengekalkan semangat untuk terus maju ke hadapan. Meskipun logo itu berubah, semangat Proton sebagai kereta nasional Malaysia terus berkobar-kobar, menjangkau pasaran global dengan keyakinan dan inovasi yang baru.
Sumber artikel : azmirshah.com
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pada awal tahun lalu, jenama BYD YangWang telah memperkenalkan sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diberi nama U8 . Jentera hebat ini tampil menggunakan konsep elektrik 100% dan diyakini mampu menjadi pesaing kepada jenama SUV elektrik yang lain seperti Land Rover dan Mercedes-Benz.
Memetik laporan terbitan akhbar China, ia dilengkapi dengan motor elektrik pada U8 menghasilkan 220-240 kW (299 PS-326PS) dan daya kilas dari 320 Nm hingga 420 Nm. Gabungan ini menghasilkan hingga 1,304 PS dan daya kilas 1,680 Nm.
YangWang U8 mempunyai dimensi 5,300 mm panjang dengan jarak antara roda 3,050 mm yang dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci bersama tayar berukuran 275/60. Sebagai perbandingan, Land Rover Defender berukuran 5,018 mm panjang, lebar 2,105mm dan 1,967 mm tinggi dengan jarak antara roda adalah 3,022 mm.
Model U8 ini menggunakan BYD Blade Baterries, dimana platform kuasa elektriknya dikenali sebagai platform E4. Menariknya, komponen ini bergerak secara individu untuk setiap motor, lalu menghasilkan pengendalian yang responsif termasuk mod pemanduan semasa salji, berpasir dan paling tidak disangka, model ini mampu terapung dalam air selama 30 minit!
Fungsi terapung di atas air ini bukanlah bermakna anda boleh pergi memancing dengan U8, ia bertujuan untuk membantu anda mengemudinya jika tersangkut di dalam banjir. Kelajuan semasa menggunakan mod ini pula tidaklah laju, hanya 3 km/j sahaja.
Menurut BYD, U8 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3 saat sahaja dan motor individunya membantu kawal hamburan kuasa tork sehingga 1,000 kali per saat. Ia bagi memastikan pemandu sentiasa dalam kawalan kenderaan ini walaupun dalam situasi tayar pancit.
Tambah BYD lagi, YangWang U8 boleh meluncur sehingga mencapai kelajuan 120 km/j walaupun dengan tayar pancit. Selain itu, U8 adalah model pertama yang dilancarkan dari jenama YangWang dan SUV elektrik ini ditawarkan bermula dari 1 juta Yuan atau RM642,000 untuk pasaran China.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...