Honda CRF250 Rally Tampil dengan Sentuhan Visual Lebih Garang
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. mengumumkan kemasukan skema warna baharu bagi model Honda CRF250 Rally, iaitu Extreme Red.
Warna ini digarap bersama grafik gaya rali yang menghiasi di bahagian sisi badan, manakala kombinasi pelbagai tona pada fairing memberikan imej lebih menonjol.
Tempat duduk biru gelap turut melengkapkan gaya agresif, menjadikan model ini tampak benar-benar seperti jentera rali sebenar.
Identiti Rali Semakin Kuat
Dengan perubahan ini, CRF250 Rally kini bukan sahaja sebuah motosikal adventure ringan, tetapi juga mencerminkan DNA motosikal rali.
Ads
Lampu depan LED dwi-lensa asimetrikal dan skrin angin “floating” kekal menjadi ciri ikonik, namun dengan tambahan warna baharu, keseluruhan imejnya lebih segar dan sporty.
Ads
Harga & Ketersediaan
Harga jualan disyorkan (RRP): RM28,599
Tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran
Mula tersedia di rangkaian Honda BigWing, Honda Impian X dan pengedar sah seluruh negara sekitar hujung Ogos ini
Asas Mekanikal Kekal Mantap
Walaupun tarikan utama kali ini adalah perubahan kosmetik, Honda masih mengekalkan pakej mekanikal CRF250 Rally yang dipercayai ramai:
Ads
Enjin 250cc DOHC sejukan cecair
Kuasa 18.3 kW @ 9,000 rpm dan tork 21.9 Nm @ 6,500 rpm
Musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri sering menyaksikan ramai yang pulang ke kampung halaman, sama ada siang atau malam. Bagi yang memandu jarak jauh, perjalanan boleh mengambil masa berjam-jam, terutama jika berdepan kesesakan lebuh raya.
Dalam situasi ini, mengantuk ketika memandu jarak jauh menjadi antara risiko terbesar yang sering dipandang ringan.
Malah, terdapat banyak kes kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap walaupun hanya untuk beberapa saat. Situasi ini dikenali sebagai “microsleep”, di mana pemandu tertidur tanpa sedar dalam tempoh singkat tetapi cukup untuk menyebabkan kemalangan serius.
Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Memandu dalam keadaan kurang tidur boleh menjejaskan fokus, tindak balas dan keupayaan membuat keputusan.
Jika merancang untuk memandu pada waktu malam, sebaiknya ambil masa untuk berehat atau tidur terlebih dahulu supaya badan lebih segar. Langkah ini sangat penting untuk mengurangkan risiko mengantuk ketika memandu jarak jauh.
Makan dalam kuantiti yang banyak sebelum memandu boleh menyebabkan badan menjadi lesu dan mudah mengantuk. Ini kerana sistem pencernaan memerlukan tenaga yang banyak untuk memproses makanan.
Sebaiknya ambil makanan ringan atau sederhana sebelum memandu, dan elakkan makanan berminyak atau terlalu berat bagi mengelakkan mengantuk ketika memandu jarak jauh berlaku lebih cepat.
Untuk perjalanan jauh, disarankan berhenti rehat sekurang-kurangnya setiap dua jam. Gunakan kawasan rehat dan rawat untuk meregangkan badan, berjalan seketika atau sekadar mengambil udara segar.
Rehat yang singkat mampu membantu otak kembali fokus dan mengurangkan keletihan. Ini adalah salah satu cara paling berkesan untuk mengelakkan mengantuk ketika memandu jarak jauh.
Pemandu perlu peka terhadap tanda-tanda awal mengantuk seperti mata terasa berat, kerap menguap, pandangan menjadi kabur atau sukar mengekalkan kenderaan dalam lorong.
Jika tanda-tanda ini muncul, jangan abaikan. Segera berhenti di lokasi selamat dan rehat secukupnya kerana tanda awal ini sering menjadi punca utama mengantuk ketika memandu jarak jauh yang berbahaya.
Minuman berkafein seperti kopi atau minuman tenaga boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk untuk sementara waktu. Namun, kesannya tidak bertahan lama.
Apabila kesan kafein hilang, rasa mengantuk boleh datang semula dengan lebih kuat. Oleh itu, jangan bergantung sepenuhnya kepada kafein untuk mengatasi mengantuk ketika memandu jarak jauh.
Jika perjalanan melibatkan jarak yang sangat jauh, sebaiknya bergilir dengan pemandu lain jika ada. Ini membantu mengurangkan keletihan dan memberi peluang untuk berehat.
Jika memandu seorang diri, pastikan jadual perjalanan dirancang dengan baik termasuk masa berhenti rehat bagi mengelakkan mengantuk ketika memandu jarak jauh.
Persekitaran dalam kenderaan juga memainkan peranan penting. Elakkan suasana terlalu senyap atau terlalu selesa kerana ia boleh mempercepatkan rasa mengantuk.
Pasang muzik yang sesuai, berbual dengan penumpang atau buka sedikit tingkap untuk udara segar. Cara ini boleh membantu mengekalkan fokus dan mengurangkan risiko mengantuk ketika memandu jarak jauh.
Mengantuk ketika memandu bukan perkara kecil kerana ia boleh menyebabkan kemalangan serius yang melibatkan nyawa. Walaupun perjalanan balik kampung mengambil masa yang lama, keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Dengan memastikan rehat yang mencukupi, mengenali tanda awal keletihan dan mengambil langkah pencegahan yang betul, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Elakkan memaksa diri untuk terus memandu apabila letih kerana tindakan itu boleh membawa padah.
Perjalanan yang selamat bukan sahaja memastikan anda tiba ke destinasi dengan baik, malah memberi ketenangan untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.
Buat mereka yang cukup suka dengan jentera menampilkan gabungan keanggunan dan kemuncak teknologi mungkin sekarang masa tepat untuk anda kenali Ferrari Roma Spider – sebuah pencapaian cemerlang dari pembuat kereta Italia yang ikonik.
Jom kita mulakan dengan hentakan jantungnya, sebuah V8 twin-turbo yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sebanyak 620 HP @ 7500 rpm. Enjin yang kompak dengan kapasiti 3855 cc ini memberikan output kuasa khusus hingga 161 HP/liter, memastikan pusingan enjin maksimum pada 7500 rpm. Kita tidak boleh abaikan juga tork maksimum 760 Nm yang dihasilkan pada 3000-5750 rpm, memberikan kuasa pecutan yang memukau.
Dimensi Kehebatan
Berat kering sekitar 1556 kg, Roma Spider mempunyai perbandingan berat yang baik dengan nisbah 2.5 kg/HP. Dimensinya juga menarik, dengan panjang 4656 mm, lebar 1974 mm, dan tinggi 1306 mm, menjadikannya sebuah kenderaan yang tidak hanya bertenaga tetapi juga elegan.
Bagaimana dengan pengalaman memandunya? Dengan transmisi 8-kelajuan F1 DCT, kawalan elektronik yang canggih termasuk EPS, VDC, dan ABS dengan EBD, serta prestasi brek hadapan 390 x 34 mm dan belakang 360 × 32 mm, Ferrari Roma Spider menawarkan pengendalian yang responsif dan ketenangan dalam setiap pemanduan.
Program Penyelenggaraan Terunggul
Satu lagi perkara menarik, program penjagaan tujuh tahun yang ditawarkan oleh Ferrari. Untuk menambah keyakinan pelanggan bahawa kenderaan mereka akan dijaga pada tahap prestasi optimum sepanjang tempoh tersebut.
Perkhidmatan eksklusif ini boleh dinikmati oleh semua pemilik Ferrari di Malaysia, menjadikan pengalaman memiliki Ferrari lebih memuaskan.
Bagi peminat Ferrari di Malaysia, anda boleh memiliki Roma Spider dengan harga bermula dari RM3,200,000.00 termasuk cukai. Model ini boleh ditemui di Ferrari Ital Auto Malaysia Showroom yang baru dilancarkan di Four Seasons Place, Kuala Lumpur.
Jadi, jika anda mencari keunggulan dalam reka bentuk, prestasi yang mengagumkan, dan program penyelenggaraan yang terbaik, Ferrari Roma Spider mungkin adalah jawapannya. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa melawat laman web Ital Auto Malaysia di https://kualalumpur.ferraridealers.com.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
BMW Group Malaysia baru-baru ini melancarkan generasi terbaru sedan perniagaan premium BMW 5 Series di acara SKY5PACE di Kuala Lumpur.
Dengan latar belakang pemandangan kota yang menakjubkan, acara ini memaparkan inovasi terkini dalam dunia automotif dan kejayaan legasi model 5 Series yang terus mengungguli pasaran kenderaan premium.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, menyatakan bahawa BMW 5 Series telah lama menjadi simbol kejayaan global dan tempatan.
“Sejak diperkenalkan pada 1972, model ini telah menjadi pemimpin dalam segmen sedan eksekutif premium,” katanya.
Nagel turut menekankan pentingnya model pemasangan tempatan seperti BMW 520i M Sport dan varian elektrik, BMW i5 eDrive40 M Sport. Ia melambangkan komitmen BMW terhadap pasaran Malaysia.
Salah satu tarikan utama pada acara tersebut ialah BMW 520i M Sport. Sebuah model yang dipasang di Malaysia. Varian ini menggabungkan ciri-ciri sporty dan prestasi dinamik dengan keyakinan terhadap pasaran tempatan. Di samping menegaskan peranan penting Malaysia sebagai pusat pengeluaran serantau bagi BMW.
BMW turut memperkenalkan BMW i5 eDrive40 M Sport. Sebuah sedan elektrik yang melambangkan masa depan mobiliti. Model ini dilengkapi dengan pilihan aksesori M Performance. Menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang ingin menala kenderaan mereka.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki salah satu daripada model BMW. BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan fleksibel seperti BMW Easy Drive, yang membolehkan pelanggan menikmati kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.
Sebagai contoh, BMW 520i M Sport boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM3,824. Manakala BMW i5 eDrive40 M Sport pula boleh dimiliki dengan ansuran bulanan bermula dari RM4,492.
Pemilik BMW di Malaysia juga akan menikmati pelbagai manfaat pemilikan premium, termasuk bantuan tepi jalan 24/7, servis dalam talian, dan jaminan lanjutan. Bagi pemilik BMW i5 eDrive40 M Sport, jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 km turut disertakan, memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kerisauan.
Harga jualan untuk BMW 520i M Sport bermula dari RM349,800. Manakala BMW i5 eDrive40 M Sport ditawarkan pada harga RM399,800.
Kedua-dua model ini datang dengan pilihan pakej servis yang boleh ditambah untuk memberikan lebih perlindungan dan ketenangan fikiran kepada pemilik.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari laman web rasmi BMW atau menghubungi pengedar sah untuk maklumat lanjut mengenai model terbaru BMW 5 Series ini.
Dengan kehadiran BMW 5 Series terbaru ini, BMW terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan premium di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...