Honda Gold Wing 2025: Sambutan Jubli Emas dengan Pembaharuan Berkelas!
Honda meraikan ulang tahun ke-50 model legenda mereka, Honda Gold Wing, dengan beberapa pembaharuan menarik untuk model GL1800.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Diperkenalkan sebagai GL1000 empat silinder pada tahun 1975, jentera ini kini menjadi sebuah cruiser berkapasiti 1833cc dengan enjin enam silinder mendatar yang berkuasa.
Selepas menerima rombakan menyeluruh pada tahun 2018, model 2025 kini tampil dengan beberapa peningkatan eksklusif sempena ulang tahun ke-50.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Penampilan Baharu dengan Warna Ikonik
Untuk edisi 2025, Honda menawarkan dua warna baharu yang diinspirasikan daripada model ikonik terdahulu.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Antara warna yang diperkenalkan ialah kombinasi Eternal Gold dan Mahogany Brown, yang mengimbau kembali model GL1500 tahun 1988.
Bagi mengukuhkan lagi keistimewaan model ini, Honda turut menyertakan lencana khas ulang tahun ke-50 pada badan motosikal.
Ads
Peningkatan Teknologi dan Prestasi
Bagi memenuhi standard emisi Euro5+, Honda telah menambah sensor O2 tambahan serta menala semula tetapan ECU bagi memastikan enjin 124.7bhp ini lebih mesra alam tanpa menjejaskan prestasinya.
Model ini juga ditawarkan dalam dua pilihan transmisi – manual dan semi-automatik DCT.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Selain itu, skrin TFT tujuh inci kini dihiasi dengan emblem khas ‘50th Anniversary Since 1975’ sebagai simbol keunggulan model ini dalam dunia motosikal touring.
Honda turut memperkenalkan kunci khas dengan lencana Gold Wing, menjadikannya lebih eksklusif kepada pemiliknya.
Ads
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat, 1833 unit pertama yang dijual di Eropah akan didatangkan dengan replika model bersaiz 11 inci panjang dan 6 inci tinggi, sejajar dengan kapasiti enjin Gold Wing.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Kemudahan Moden untuk Pengalaman Touring yang Lebih Sempurna
Bagi meningkatkan keselesaan penunggang dan pembonceng, sistem audio Gold Wing juga menerima naik taraf dengan sistem pembesar suara baharu.
Selain itu, sistem komunikasi kini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, membolehkan pengguna mengakses navigasi dan muzik dengan lebih mudah.
Ads
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Tambahan lagi, fungsi baharu yang dikenali sebagai ‘Ducking’ telah diperkenalkan.
Fungsi ini adalah muzik latar akan diperlahankan secara automatik ketika penunggang atau pembonceng berkomunikasi melalui sistem interkom.
Untuk kemudahan tambahan, Honda menyertakan dua port pengecasan USB-C pada model standard dan Tour, membolehkan peranti elektronik dicas sepanjang perjalanan jauh.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Rekaan klasik yang digabungkan bersama teknologi moden, model ini pastinya akan terus mengekalkan statusnya sebagai jentera pilihan utama bagi penunggang jarak jauh.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kementerian Pengangkutan Malaysia menegaskan bahawa semua kenderaan asing wajib mematuhi undang-undang jalan raya negara. Ini seiring dengan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan bermula pada 1 Oktober ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengubah keputusan ini dan akan melaksanakan peraturan ini dengan tegas.
“Bermula 1 Oktober, VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pesanannya adalah jelas. Saya berharap pemandu dari Singapura yang kerap memasuki Malaysia akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa sebelum ini, mereka yang mempunyai banyak saman sukar dikesan. Tetapi dengan pelaksanaan VEP, setiap kenderaan asing yang memasuki Malaysia dapat dikenal pasti dan mereka perlu membayar saman sebelum keluar dari negara ini.
Tambak Johor yang menghubungkan dua negara – Malaysia, Singapura
Perlaksanaan di Jalan Raya Malaysia
Anthony menyampaikan kenyataan tersebut dalam sidang akhbar semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia (PIMA) pada Selasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (RCVEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.
Tambah Anthony, sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk pemilik kenderaan asing yang melalui Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor serta Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
CIQ Center – Bangunan Sultan Iskandar
Beliau turut menasihati semua pemilik kenderaan motor asing yang akan melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura agar menggunakan masa yang ada sekarang untuk memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran untuk mendapatkan VEP bagi kenderaan mereka.
Menurut rekod semasa, terdapat hanya sekitar 70,000 kenderaan motor berdaftar dari Singapura yang telah mengaktifkan tag VEP. Lebih 200,000 kenderaan motor yang masih belum melengkapkan proses pemasangan serta pengaktifan tag VEP masing-masing.
Selain itu, Anthony menyatakan bahawa pelaksanaan VEP juga akan diperluaskan ke sempadan darat Malaysia-Thailand.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pengguna jalan raya di Kelantan yang memiliki rakaman video kesalahan penunggang motosikal. Kini boleh berkongsi terus dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan segera.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah menyatakan, jabatan itu akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap penunggang motosikal berikutan peningkatan kemalangan maut dalam kalangan mereka.
Menurutnya, JPJ kini lebih agresif dalam membendung kesalahan jalan raya. Termasuk aktiviti perlumbaan haram yang kerap melibatkan remaja.
“Jika anda boleh rakam, hantar kepada kami dan risikan akan dilakukan segera.
“Jika kesalahan melibatkan remaja bawah umur, ibu bapa sebagai pemilik kenderaan akan dipanggil dan boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang akhbar Ops Lejang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa pada Rabu.
JPJ – Mohd Misuari (tengah) melihat motosikal yang diubah suai dalam Ops Lejang (Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa) pada Rabu.
“Kami telah lama bersabar dan melaksanakan advokasi melalui Unit Keselamatan Jalan Raya melalui kempen umum, pendidikan di sekolah dan pameran, namun mereka lebih suka mencabar undang-undang.
“Kami mewajibkan kelas sebelum mereka mengambil lesen kenderaan supaya mereka memahami peraturan jalan raya dan cara memandu dengan selamat,” tambahnya.
Beliau menjelaskan, pemilik kenderaan sebenarnya sudah terdidik dengan peraturan jalan raya tetapi masih enggan mematuhinya.
Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak yang memiliki motosikal dan mengenali rakan mereka bagi mengelakkan penglibatan dalam aktiviti lumba haram.
JPJ – Mohd Misuari (dua, kanan) melihat motosikal yang disita dalam Ops Lejang (Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa).
Tindakan Banteras Kesalahan Jalan Raya
JPJ Kelantan akan terus melakukan risikan dan penguatkuasaan secara berkala. Terutama di seluruh kawasan yang dikenalpasti untuk menghalang aktiviti yang melanggar undang-undang.
Dalam pada itu, Mohd Misuari turut memaklumkan bahawa operasi sempena Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan di tujuh kawasan panas di sekitar Kota Bharu.
“Operasi ini akan menumpukan kepada penunggang motosikal dan mat rempit yang mungkin akan mengambil kesempatan semasa cuti perayaan,” katanya.
Bersempena sambutan Thaipusam pada minggu hadapan, Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan feri secara percuma untuk jangka masa 50 jam. Bermula daripada 12.01 tengah malam, 24 Januari sehingga 2 pagi, 26 Januari. Perkhidmatan feri ini akan beroperasi selama 24 jam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan bahawa inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan ribuan pengunjung yang dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan ini. Menurut beliau, perkhidmatan feri percuma ini sangat berguna, terutamanya bagi penduduk Seberang Perai yang ingin ke bahagian pulau tanpa perlu menggunakan kereta.
Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga turut akan disediakan. Bas-bas ini akan beroperasi dari 2 petang hingga 1 pagi pada 24 Januari dan daripada jam 5.30 pagi sehingga jam 1 pagi pada 25 Januari.
Kredit Foto : BH Online
Inisiatif pengangkutan percuma ini juga turut ditawarkan dari Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), yang menyediakan tambang percuma untuk penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 24 dan 25 Januari. Selain itu, perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan beroperasi tanpa henti selama empat hari, dari 23 hingga 26 Januari, dengan 28 stesen beroperasi selama 24 jam – peningkatan dari 26 stesen yang beroperasi tahun lalu.
Inisiatif ini diharapkan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan masalah kesesakan trafik selama musim perayaan.Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan mengumumkan perkhidmatan percuma serupa untuk perayaan utama di masa hadapan, sebagai usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Sumber : Harian Metro
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
UMW Toyota Motor Perkukuh Usaha Mobiliti Hijau Negara
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian negara melalui satu kolaborasi strategik bersama...