Boon Siew Honda terus memperkuatkan penawaran dalam segmen motosikal bergaya klasik moden dengan memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk model Honda REBEL.
Motosikal cruiser ikonik ini kini tampil lebih segar dan siap sedia untuk menjadi “eye catching” di jalan raya.
Warna baharu Pearl Sugarcane Beige tampil lebih cerah dan halus, membawakan gaya yang lebih sofistikated.
Manakala warna Matte Dim Gray Metallic pula menyerlahkan elemen klasik dan maskulin, ideal untuk penunggang yang sukakan imej low profile tetapi masih mahu kelihatan ‘cool’.
Honda REBEL dengan warna baharu ini boleh didapati di rangkaian Honda BigWing dan pengedar sah Boon Siew Honda di seluruh negara bermula 18 Jun 2025 dengan harga jualan disyorkan RM33,899.00.
Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.
Di sebalik gaya uniknya, Honda REBEL masih mengekalkan enjin 471cc liquid-cooled, parallel twin-cylinder yang memberikan prestasi padu dan lancar untuk tunggangan harian.
Dengan tork maksimum 43 Nm @ 6,500 rpm dan kuasa puncak 34 kW @ 8,500 rpm
, REBEL menawarkan kelincahan serta kuasa yang seimbang untuk pelbagai bentuk perjalanan.Sistem suntikan bahan api PGM-FI memastikan efisiensi bahan api, pemeliharaan mesra alam dan penyelenggaraan yang mudah.
Tangki bahan api 11.2 liter bukan sahaja bergaya dengan bentuk ‘peanut tank’ ikonik, tetapi juga praktikal untuk perjalanan jauh.
Untuk aspek keselamatan, REBEL dilengkapi dengan sistem 2-channel ABS.
Lebih menarik lampu LED penuh termasuk lampu depan bulat yang mengekalkan elemen retro tetapi dengan sentuhan moden.
Panel meter digital LCD turut dilengkapi paparan posisi gear dan penggunaan bahan api, menjadikannya mesra pengguna dan kelihatan canggih.
Setiap pembelian turut dilengkapi jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu).
Untuk maklumat lanjut, layari hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda Impian X berhampiran anda.
Baca Juga : Honda CB1000 SP – Naked Terbaharu Penuh Aerodinamik
Baca Juga Boon Siew Honda Perkenalkan Warna Baharu Bagi Honda RS-X 2024
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.