Imola GP – Max Verstappen berjaya menahan serangan dramatik daripada Lando Norris untuk memenangi Grand Prix Emilia Romagna. Verstappen menamatkan perlumbaan hanya 0.725 saat di hadapan Norris di Imola, meraih kemenangan kelima daripada tujuh pusingan setakat ini.
Charles Leclerc menduduki tempat ketiga untuk Ferrari, satu tempat di hadapan pemandu McLaren, Oscar Piastri, dengan Carlos Sainz di tempat kelima. Lewis Hamilton dan George Russell masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan ketujuh untuk Mercedes.
Kumpulan hadapan Formula 1 di sebahagian litar Emilia-Romagna
Serangan balas Lando..
Verstappen kelihatan seperti akan memenangi perlumbaan dengan selesa, namun serangan hebat Norris pada penghujung perlumbaan membuatkan pemandu Belanda itu tak senang duduk dalam jentera Red Bull itu.
Selepas melakukan satu-satunya pusingan pit-stop semasa perlumbaan, Verstappen mengetuai kumpulan hadapan semula tanpa masalah, namun perlumbaan yang lesu tiba-tiba menjadi hidup apabila Verstappen tidak dapat memberi respons terhadap kelajuan Norris.
Dengan baki lima pusingan, Norris hanya ketinggalan 1.5 saat di belakang Verstappen, dan ketika mereka memasuki pusingan terakhir, jurang itu kurang daripada satu saat. Walaupun dengan usaha terbaik Norris, pemandu British itu, yang memenangi perlumbaan pertamanya di Miami dua minggu lalu, terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Max dan Lando ketika permulaan perlumbaan
Pandangan Lando
“Ia berat untuk saya katakan, tetapi dengan satu atau dua pusingan lagi, saya boleh menewaskannya,” kata Norris. “Ia sukar. Saya berusaha keras sehingga pusingan terakhir tetapi saya kehilangan terlalu banyak masa kepada Max pada awalnya. Dengan satu atau dua pusingan lagi ia boleh menjadi indah, tetapi tidak hari ini.”
Ads
Verstappen meletakkan keretanya pada sudut agresif untuk menghalang sebarang serangan dari Norris pada permulaan perlumbaan. Dan ia berjaya kerana dia terus mengekalkan pemandu British itu di belakang melalui chicane pembukaan.
Norris memerhati Verstappen dalam jarak satu saat untuk setengah dozen pusingan pertama, tetapi pada pusingan keenam, Verstappen telah menggandakan jaraknya kepada dua saat dan ketika Norris masuk untuk tayar baru pada pusingan ke-22, pemandu Red Bull itu berada enam saat di hadapan.
Max Verstappen memenangi Imola GP selepas 63 pusingan litar – Independent.co.uk
Strategi Verstappen di Imola GP
Namun, pemanduan Verstappen menjadi perhatian apabila steward memberinya bendera amaran hitam-putih kerana melebihi had trek. Kesalahan lanjut akan mengakibatkan penalti.
Ads
Verstappen menukar kepada tayar keras pada pusingan ke-24 daripada 63 dan keluar dari lorong pit dengan kelebihan 4.4 saat ke atas Norris. Dalam Red Bull satu lagi, Sergio Perez, yang memulakan perlumbaan di tempat ke-11. Turut, mengalami masalah ketika dia melalui kerikil di Rivazza.
Hamilton, yang berada di tempat ketujuh, hilang kawalan ketika melalui Acque Minerali sebelum kembali ke asfalt dan masuk pit pada pusingan berikutnya. Dia kehilangan tempat kepada Perez tetapi berjaya memotong pemandu Mexico itu, yang kehabisan kedudukan dengan tayar lama. Pada pusingan ke-37 di Imola GP.
MBPJ Sasarkan 1,000 Pengecas EV di Petaling Jaya Sokong Mobiliti Hijau dan Bandar Lestari
Dalam usaha memperkukuh agenda bandar rendah karbon, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyasarkan pemasangan sebanyak 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik serta kawasan parkir awam di seluruh bandar raya Petaling Jaya secara berperingkat.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon, berkata inisiatif itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan kerjasama syarikat penyelesaian tenaga hijau.
Fasa pertama bakal menyaksikan sebanyak 500 unit pengecas EV dipasang oleh dua rakan strategik utama iaitu EV Connection Sdn. Bhd. dan Carput Zap Network Sdn. Bhd.
“Kedua-dua rakan strategik ini komited menyokong MBPJ merealisasikan matlamat menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar paling bahagia, lestari dan mampan.“MBPJ menggunakan teknologi pengecasan moden yang mematuhi piawaian keselamatan, mesrapengguna dan efisien sejajar peningkatan bilangan pemilik kenderaan elektrik di lembah Klang,”jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBPJ dan kedua-dua syarikat telah diadakan semalam di Ibu Pejabat MBPJ.
Sementara itu, Pengarah Urusan EV Connection, Ir. Lee Yuen How, menyambut baik kerjasama ini yang menurutnya selaras dengan matlamat untuk memperluas rangkaian infrastruktur pengecasan EV di negara ini.
“Petaling Jaya merupakan salah satu pusat bandar utama di Lembah Klang, dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan MBPJ dalam menyediakan kemudahan pengecasan EV yang boleh diakses secara mudah oleh rakyat Malaysia,”katanya.
Mohamad Zahri turut menegaskan bahawa inisiatif ini menyokong aspirasi nasional ke arah mobiliti rendah karbon dan pembangunan perbandaran hijau.
MBPJ beriltizam memperluaskan akses kemudahan ini di seluruh Petaling Jaya agar manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh penduduk setempat.“Usaha ini diharap mengukuhkan peranan Petaling Jaya sebagai peneraju mobiliti hijau di peringkat tempatan dan nasional” tambahnya.
Mengenai EV Connection
EV Connection Sdn. Bhd. merupakan antara penyedia infrastruktur pengecas EV terkemuka di Malaysia.
Menerusi aplikasi JomCharge, syarikat ini mengendalikan salah satu rangkaian pengecas EV terbesar negara.
Portfolio perkhidmatannya merangkumi bekalan, pemasangan, penyelenggaraan serta R&D dalam teknologi pengecasan.
Selain itu, EV Connection turut menawarkan penyelesaian sehenti kepada pelanggan komersial dan domestik, termasuk pemasangan pengecas di rumah dan pejabat.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Dalam pembangunan yang mengambil masa hampir tiga tahun, litar lumba Horizon Beranang akhirnya melihat cahaya mata pada tahun 2023. Idea yang dicanangkan pada tahun 2022, akhirnya membuahkan pusat latihan dan perlumbaan sukan permotoran yang diimpikan ramai.
Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Selangor, dengan penuh semangat menjelaskan bahawa litar ini akan menjadi titik tumpuan utama bagi peminat sukan permotoran.
“Inisiatif ini direalisasikan melalui usaha Horizon Motorsport dengan sokongan padu kerajaan Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Ia menjadi wadah yang sempurna bagi pelumba tempatan untuk berkembang dan memperjuangkan impian mereka dalam arena perlumbaan.”
Kredit: mediatwohweels.com
Beliau menekankan bahawa litar ini bukan sekadar tempat untuk berlumba, tetapi juga menjadi tempat latihan yang cemerlang untuk bakat-bakat baru.
“Kami berharap agar pengurusan litar ini diserahkan kepada mereka yang berpengalaman dan profesional dalam bidang sukan permotoran. Ini adalah langkah penting untuk memastikan kesinambungan sukan ini dan juga untuk mendorong penemuan bakat-bakat baru yang berpotensi.”
Dengan jarak trek lumba sejauh 1 kilometer dan 12 variasi litar yang berbeza, Horizon Beranang menjanjikan pengalaman perlumbaan yang menarik bagi semua peringkat pelumba.
“Ketika litar ini siap sepenuhnya, kami yakin bahawa ia akan menjadi mercu tanda penting dalam dunia sukan permotoran di Selangor. Penggemar sukan ini boleh menghubungi Horizon Motorsport untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan litar ini,” tambahnya dengan penuh keyakinan.
Hujung minggu lalu, berlegar-legar gambar McLaren Senna warna ‘Volcano Yellow’ di media sosial. Setelah kami kaji, pemiliknya memang biasa nampak dan dengar iaitu usahawan terkemuka, El Azman.
Yang tak pernah dengar nama beliau, mungkin pernah dengar bisnes yang diusahakan, Elrah Exclusive yang fokus menjual baju tradisional kaum melayu atau Baju Melayu dan pakaian ‘ready to wear’.
Pemerhatian Awal..
Menurut dari akaun instagram @elazman_ , Senna tiba di Malaysia pada Sabtu 2 Mac yang lalu dan seterusnya, dibawa ke DTC Motors yang terletak di Kuala Lumpur untuk sesi penyerahan yang diadakan semalam.
Fakta ringkas mengenai McLaren Senna, ia merupakan model edisi khas dimana hanya 500 unit sahaja yang dihasilkan dan kesemuanya telah habis dijual. Nama Senna diambil demi memperingati pemandu legenda Formula 1 iaitu, Ayrton Senna da Silva.
Senna merupakan pemandu dari Brazil yang sertai McLaren Racing Limited antara 1988 hingga 1993. Beliau turut memenangi tiga kejuaraan Formula One World Drivers Championship dan 35 kejuaraan pada Formula One Grand Prix.
Kemudian pada tahun 1994, beliau telah ditimpa kemalangan ketika berlumba di San Marino Grand Prix (Imola). Puncanya kerana masalah teknikal pada kereta. Senna menghentam sisi litar di selekoh pusingan ke tujuh pada kelajuan 300km/j+. Senna berumur 34 tahun.
Akibat dari itu, beliau telah terkorban dan sebagai memberi penghormatan kepada pencapaian dan semangatnya, maka lahirlah McLaren Senna, sebuah model hypercar dengan enjin 4.0 liter V8 Turbocharged, menghasilkan 789 HP dan 800 Nm.
Walaupun McLaren Senna memfokuskan pada prestasi dalam litar namun ia masih sah untuk dibawa di atas jalan (sama seperti GT3 RS).
Kredit Foto: IG elazman_
Menurut McLaren, Senna mampu memecut dari:
0-100 km/j hanya 2.8 saat
0-200 km/j hanya 6.8 saat
0-300km/j hanya 17.5 saat
Sebelum mencapai kelajuan maksimum 340km/j. Untuk harga rasmi, memiliki McLaren Senna bermula dari RM4.73 juta ($1juta USD). Menurut netizen, pemilik Senna di Malaysia yang lain dikatakan hanyalah kaum kerabat dan ini merupakan yang pertama rakyat Malaysia miliki jentera raksasa ini.
"Redefining Boundaries"
Aveta Malaysia melakar sejarah baharu apabila melancarkan cogan kata rasmi terbarunya, “Redefining Boundaries” atau Mentakrifkan Semula Sempadan. Slogan ini menjadi simbol kepada hala...