Italjet Dragster 700 Twin Dari Motor Valley Itali
Dunia motosikal sekali lagi digegarkan dengan kemunculan model baharu dari Itali iaitu Italjet Dragster 700 Twin.
Dibina di Motor Valley Itali, Dragster 700 hadir dengan enjin kembar selari yang dipadankan bersama rangka paling radikal pernah dihasilkan. Gabungan kejuruteraan dan rekaan agresif menjadikan ia motosikal yang unik wujud di jalan raya.
Edisi Terhad Italjet Dragster 700 – Sold Out!
Sementara itu, Dragster 700 Twin Limited Edition telah pun habis ditempah. Model ini tampil dengan nombor siri khas, cat eksklusif dan komponen lebih ‘hardcore’ seperti:

Warna Hitam-Emas dengan grafik Limited Edition
Suspensi belakang & steering damper dari Öhlins
Sistem ekzos Akrapovič
Kaliper brek Brembo untuk prestasi perlumbaan
Penutup klac CNC Ducabike dengan tingkap lutsinar
Harga edisi ini bermula dari €14,900 (RM76,000+ anggaran).

Edisi Premium Italjet Dragster 700
Bagi mereka yang mahukan keseimbangan prestasi, gaya dan penggunaan harian, Dragster 700 Twin Premium Edition ditawarkan dengan ciri teknikal hebat:

Dua pilihan warna garang: Hitam-Kuning atau Merah-Putih
Sistem ekzos Akrapovič untuk bunyi serta prestasi lebih padu
Suspensi Marzocchi depan dan belakang, ditala untuk kawalan yakin
Sistem brek Brembo untuk kuasa henti maksimum
Kamera terbina bagi rakaman perjalanan serta keselamatan tambahan

Enjin masih sama seperti semua model Dragster 700, twin-cylinder yang cukup berkuasa tetapi bezanya terletak pada komponen, kemasan dan pengalaman tunggangan.
Edisi Gresini – DNA Lumba Jalanan
Bagi peminat Moto2, Italjet turut menawarkan Dragster 700 Twin Gresini Edition dengan livery rasmi pasukan Gresini Racing.

Warna perlumbaan ikonik Gresini
Ekzos Akrapovič
Suspensi belakang & steering damper Öhlins
Brek Brembo spesifikasi lumba
Penutup klac CNC Ducabike
Edisi khas ini dijual pada harga €15,900 (RM81,000+ anggaran), lebih tinggi sedikit kerana kompleksiti cat rasmi serta lesen perlumbaan.
Harga & Ketersediaan
Premium Edition: €13,990 (RM71,000+) – deposit €500, mula dihantar 2025
Limited Edition: €14,900 (RM76,000+) – sudah habis ditempah
Gresini Edition: €15,900 (RM81,000+) – penghantaran bermula September/Oktober 2025
Bagaimanapun, harga akhir mungkin berbeza mengikut cukai serta duti import di setiap negara.
Italjet Dragster 700 Twin membuktikan motosikal bukan sekadar kenderaan, tetapi karya seni bergerak. Dengan kombinasi jenama komponen hebat seperti Öhlins, Brembo, Marzocchi, Akrapovič, Ducabike ia hadir sebagai simbol kuasa dan gaya.
Baca Juga : MODENAS lancar ELIT 150S, Harga RM7,877!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.