Italjet kembali mencuri perhatian dunia dua roda dengan sebuah jentera eksklusif yang berinspirasikan perlumbaan elit MotoGP.
Italjet Dragster Gresini Racing MotoGP Replica Limited Edition 2025 merupakan satu penghormatan kepada semangat perlumbaan dan kejayaan pasukan Gresini Racing, serta pelumbanya Alex Márquez dan Fermín Aldeguer.
Model edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 75 unit sahaja di seluruh dunia, menjadikannya antara model paling eksklusif pernah ditawarkan oleh Italjet.
Dengan anggaran harga sekitar €9,499 (anggaran RM48,000), setiap unit disertakan dengan hologram pengesahan keaslian.
Ini menjadikannya bukan sahaja jentera jalanan, tetapi juga koleksi bernilai tinggi untuk peminat tegar MotoGP.
Dari segi reka bentuk, skuter ini menampilkan ‘winglet’ aerodinamik ala Ducati GP24..
Selain itu ia lengkap dengan corak dan pelekat rasmi pasukan Gresini Racing MotoGP.
Rangka trellis berwarna merah dengan subrangka boleh tanggal menyerlahkan sentuhan kejuruteraan Itali yang bukan sekadar praktikal, tetapi juga visual yang memukau.
Walaupun ia sebuah skuter, Italjet tidak berkompromi dari segi prestasi dan komponen:
Suspensi Öhlins dengan penyerap hentak piggyback di hadapan dan belakang — bukan biasa-biasa!
Brek Brembo untuk kuasa pemberhentian yang mantap.
Ekzos Akrapovič Racing — memberikan bunyi agresif dan kelegaan prestasi.
Tayar Pirelli Angel Scooter — 12 inci di depan dan 13 inci di belakang, memberikan cengkaman optimum.
Enjin Piaggio 278cc DOHC HPE dengan transmisi automatik CVT — menjana 24hp pada 8,250 rpm dan 26Nm tork pada 6,250 rpm.
Dan yang paling menarik, sistem stereng hadapan hub-steering tanpa fork konvensional teknologi unik yang menjadikan setiap tunggangan lebih stabil dan lincah.
Jika anda seorang peminat Alex Márquez, Fermín Aldeguer atau pasukan Gresini Racing secara umum, model ini adalah manifestasi semangat perlumbaan dalam bentuk dua roda.
Ia bukan sahaja skuter untuk ke bandar, tetapi lambang gaya hidup MotoGP di jalan raya.
Baca Juga : Italjet Dragster 559 Twin Curi Tumpuan Di EICMA 2023
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.