Interkom motosikal adalah alat yang disambungkan ke telefon melalui sistem Bluetooth. Antara fungsi utama intercom adalah supaya penunggang boleh berkomunikasi dengan penunggang lain terutama ketika konvoi motosikal.
Ada juga yang menggunakan intercom untuk membuat panggilan, mendengar muzik atau mendapatkan arahan dari sistem navigasi mereka seperti Waze atau Google Map. Peranti ini biasanya terdiri daripada pembesar suara, mikrofon, unit pusat dan bateri.
Hari ini penulis ingin kongsikan beberapa jenama intercom yang terbaik dipasaran.
Kredit Foto : Website cardosystems
1.Cardo Packtalk Edge Mesh
Dikenali dengan kualiti bunyi yang baik, anggaran harga jenama in adalah sekitar RM 1,700. Ia mempamerkan pembesar suara daripada jenama JBL, yang dikenali dengan kualiti audio yang unggul.
Ads
Kredit Foto : Website fortamoto
2.Sena 30K Motorcycle Bluetooth Headset/Mesh Communication System
Anggaran harga untuk jenama ini adalah RM1,900. Model ini menawarkan Bluetooth dan interkom mesh dalam radius jarak 2KM dan mempunyai sambungan ke telefon pintar.
Kredit Foto : Website amazon
3.Sena 20S EVO Motorcycle Bluetooth Headset Communication System
Ads
Tersedia dengan anggaran harga RM2,000, interkom generasi seterusnya ini mempunyai pembesar suara yang dikemas kini dan boleh dihubungkan sehingga kepada enam penunggang lain.
Kredit Foto : Website cardosystems
4.Cardo Packtalk Bold
Terbaik untuk kumpulan menunggang yang besar, dengan anggaran harga RM1265 dan menawarkan kualiti bunyi yang sangat baik dengan pembesar suara JBL.
Ads
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Sena SRL2
Unit ini menggantikan dua bahagian sisi plastik dan ia dikawal oleh tiga butang di sebelah kiri dan menggunakan chipset yang sama seperti 20S Evo untuk fungsi yang serupa. Ia sesuai digunakan untuk kebanyakan pengeluar topi keledar besar (Shark, LS2, Schuberth dan sebagainya.) Anggaran harga RM 1,350.
Pemilihan interkom bergantung kepada keperluan pengguna kerana setiap interkom mempunyai perbezaan harga yang berbeza tetapi mempunyai ciri teknologi yang berbeza. Jika anda hanya menggunak interkom hanya untuk mendengar muzik, boleh gunakan intercom yang lebih murah dan praktikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
GIVI Asia, jenama terkemuka dalam penyelesaian penyimpanan motosikal, menyambut ulang tahun ke-30 mereka dengan satu promosi yang pasti membuatkan ramai penunggang motosikal tersenyum lebar.
Bagi meraikan pencapaian penting ini, jenama ini telah memperkenalkan promosi “Tukar & Beli” untuk semua pengguna kotak simpanan mereka.
Rebat RM100 untuk Tukar & Beli Kotak Simpanan GIVI!
Sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna setia, mereka menawarkan rebat sebanyak RM100.
Rebat ini khas kepada mereka yang menukar kotak simpanan lama mereka kepada model baharu, GIVI ATLAS MONOLOCK TOPCASE 33 LITER.
Ini bermakna, dengan harga pasaran RM292.00 untuk model ini, anda hanya perlu membayar RM192.00 sahaja setelah menikmati rebat ini.
Bukan sahaja anda mendapat produk baharu yang lebih baik, tetapi juga dengan penjimatan yang besar.
Dengan kapasiti 33 liter, kotak ini cukup besar untuk menyimpan barang-barang penting seperti topi keledar, jaket, atau apa sahaja yang anda perlukan dalam perjalanan anda.
Selain itu, kotak ini dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan untuk memastikan barang anda sentiasa selamat.
Reka bentuk monolock yang digunakan oleh jenama ini juga memastikan pemasangan dan pengeluaran kotak ini sangat mudah, sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.
Kotak simpanan ini juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak dan mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca.
Dapatkan Kotak Simpanan Baharu Anda Hari Ini!
Bagi mereka yang berminat, anda boleh menebus rebat ini dengan mengunjungi GIVI Point atau mana-mana pengedar sah GIVI di seluruh negara.
Namun, harus diingatkan bahawa promosi ini sah untuk masa terhad sahaja.
Jadi, bagi anda yang sedang berfikir untuk menaik taraf kotak simpanan motosikal anda, inilah masa yang sesuai!
Peluang Terbaik untuk Naik Taraf Penyimpanan Motosikal Anda
Secara keseluruhannya, promosi ini adalah satu langkah bijak oleh GIVI Asia untuk bukan sahaja meraikan ulang tahun mereka yang ke-30, tetapi juga untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka dengan pengguna setia mereka.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi GIVI atau hubungi pengedar terdekat anda.
Dunia topi keledar motosikal modular telah menyaksikan evolusi signifikan dengan pengenalan Shoei Neotec 3. Dihasilkan oleh pengeluar terkenal dari Tokyo, fungsi topi keledar ini bukan sahaja dipertingkatkan tetapi direvolusikan daripada model Neotec 2. Direka untuk memenuhi standard ECE 22.06 yang ketat, Neotec 3 memastikan standard topi keledar flip-up di pasaran akan terus menajdi pilihan pengguna.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Salah satu ciri menonjol Neotec 3 adalah keselesaan yang tiada tandingan. Shoei telah memilih tiga kain berbeza untuk bahagian dalam, setiap satu memberikan rasa lembut dan mewah. Topi keledar ini tidak hanya terletak kepala pemandu tetapi ia mengikut bentuknya.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Visor Neotec 3 layak mendapat pujian khas kerana ia mengekalkan dimensi model sebelumnya tetapi memperkenalkan mekanisme penguncian dan tab angkat bagi memastikan kejelasan penglihatan sekaligus menjamin keselamatan.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Ciri lain yang ada pada topi keledar ini adalah insert Pinlock Evo, tujuan komponen ini adalah untuk memastikan visor tidak berkabus atau berwap. Selain itu, sistem ventilasi topi keledar ini sangat canggih dengan pelbagai port pengudaraan bagi memastikan kepala kekal sejuk, walaupun pada hari yang paling panas.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Pengurangan bunyi adalah satu lagi ciri menarik pada Neotec 3. Sama ada memandu di jalan raya sekitar bandar atau memecut di lebuh raya, topi keledar ini memastikan bunyi yang senyap hasil daripada reka bentuknya dan cheek pillow yang baharu. Keselesaan topi keledar ini ditingkatkan dengan sistem interkom SENA SRL-3 yang membolehkan komunikasi yang jelas semasa tunggangan.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Dari segi estetika, Neotec 3 adalah sebuah inovasi yang menarik dan reka bentuknya yang licin dan moden membuatkan seseorang mungkin tidak akan mengenalinya sebagai topi keledar modular.
Kredit Foto : Website shoei-europe
Walaupun harganya agak premium, tetapi ciri-ciri dan keselesaan yang ditawarkan menjadikannya pelaburan yang berbaloi untuk penunggang motosikal. Shoei Neotec 3 adalah testimoni kepada komitmen mereka terhadap kualiti dan kepuasan penunggang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Antara soalan yang selalu ditanya untuk kereta baru adalah penjagaan cat kereta. Nak buat polish, wax atau coating, semuanya terpulang pada anda. Jadi apa perbezaan polish, wax dan coating ni?
1. Polish (Kilat)
Tugas-tugas mengilatkan kenderaan anda adalah langkah awal dan paling asas. Polish bertujuan untuk mengilatkan kereta di samping cara membuang kotoran yang tidak dapat ditanggalkan dengan cara cucian biasa.
Selalunya jika ada calar-calar halus, polish cukup untuk menutup tanda-tanda yang tidak diingini tersebut. Kekurangan polish adalah ia tidak memberikan apa-apa perlindungan ke atas cat kereta.
2.Wax
Wax merupakan suatu lapisan yang melindungi permukaan cat selepas dikilatkan. Walaubagaimanapun, lapisan wax akan habis dalam jangka masa sekitar 3 bulan. Bergantung kepada keadaan. Kelebihan wax adalah ia lebih murah berbanding coating namun hanya bertahan 3 bulan akibat terhakis dengan panas dan kelembapan.
3. Coating
Coating juga merupakan satu lapisan untuk melindungi cat kereta. Walaubagaimanapun, proses melakukan coating lebih lama dan lebih rumit. Pembetulan warna cat dan tambahan sinar dilakukan sebelum lapisan coating ini dilakukan. Coating juga mampu bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul.
Coating kereta
Kereta tahan calar selepas coating?
Antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya selalu mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating. Tak perlu selalu basuh kereta dan sebagainya.
Perkongsian daripada Lawrence Tey, pemilik Finest Auto Detailing Centre mendakwa sebaliknya. Anda perlu lebih kerap mencuci kereta selepas melakukan coating kerana selepas lapisan coating diletakkan.
Ia memudahkan kotoran untuk dicuci kerana kotoran tidak mudah ‘melekat’ pada permukaan kenderaan. Hal ini kerana pori-pori mikro pada permukaan cat telah ditutup oleh lapisan coating. Lapisan coating maksimum yang disyorkan adalah sekitar 2 hingga 3 lapisan sahaja. Satu lapisan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau lebih dari 3 lapisan, ia akan jadi membazir.
Polish kereta
Jenis Polish, Wax dan Kepentingannya?
Jenis Polish Kereta
Polish Ringan: Sesuai untuk kereta baharu atau dengan kecacatan kecil. Ia mengatasi calar halus dan tanda pusaran ringan serta meningkatkan kilauan cat.
Polish Sederhana: Digunakan untuk kerosakan sederhana seperti calar yang lebih ketara. Ia memberikan perbezaan yang lebih jelas pada rupa cat kereta.
Polish Berat: Sesuai untuk kerosakan serius seperti calar dalam dan pengoksidaan teruk. Penggunaan bahan ini memerlukan kepakaran untuk mengelakkan penipisan salutan bening secara berlebihan.
Kepentingan Penggilapan
Memulihkan Kilauan Cat: Penggilapan menghilangkan kecacatan permukaan, membolehkan warna dan kedalaman cat terserlah.
Menyediakan Permukaan Untuk Waxing: Permukaan yang licin selepas penggilapan memudahkan wax melekat dengan lebih baik.
Menghapuskan Kecacatan: Dari calar kecil hingga kerosakan besar, penggilapan membantu mencapai kemasan cat yang lebih sempurna.
Wax Kereta
Jenis Wax Kereta
Wax Carnauba Asli: Dihasilkan daripada daun pokok carnauba, wax ini terkenal dengan kilauan mendalam serta sifat kalis air semula jadi.
Wax Sintetik: Diperbuat daripada polimer, wax ini memberikan perlindungan tahan lama dan tidak memerlukan penyelenggaraan kerap.
Spray Wax: Mudah digunakan untuk sentuhan pantas antara sesi waxing penuh, namun ia menawarkan perlindungan yang lebih ringan berbanding wax paste atau cecair.
Kepentingan Waxing
Melindungi Cat: Wax membentuk lapisan yang menghalang sinaran UV dan faktor persekitaran lain daripada merosakkan cat.
Meningkatkan Penampilan: Wax menambah kilauan dan menjadikan cat kelihatan baharu.
Memanjangkan Jangka Hayat Cat: Pengoksidaan dapat dielakkan dengan penyelenggaraan waxing secara berkala.
Coating kereta
Perbezaan Utama Antara Penggilapan dan Waxing
Aspek
Penggilapan
Waxing
Fungsi
Membetulkan kecacatan cat.
Melindungi cat daripada kerosakan.
Proses
Menggunakan mesin dan bahan penggilap khas.
Menggunakan lapisan wax dan digilap manual.
Kesan Terhadap Cat
Menghilangkan lapisan nipis salutan bening.
Menambah lapisan pelindung pada cat.
Kekerapan
1-2 kali setahun bergantung pada keadaan cat.
Setiap 2-3 bulan untuk perlindungan optimum.
Bilakah Perlu Melakukan Polish dan Wax?
Polish: Lakukan apabila terdapat kesan calar, tanda pusaran, atau apabila kilauan cat kelihatan pudar.
Waxing: Lakukan secara berkala setiap beberapa bulan untuk memastikan cat terlindung dan mengekalkan kilauan optimum.
Sime Motors Raikan 45 Tahun Kejayaan, BMW 2 Series Menanti Pemenang Utama
Sime Motors memulakan sambutan ulang tahun ke-45 mereka dengan mengumumkan pemenang-pemenang pertama Kempen...