Automotif

JETOUR Dashing Dark Warrior Edition Dilancarkan, Harga Bermula RM116,800

Share

JETOUR Dashing Dark Warrior Edition Dengan Sentuhan Lebih Agresif

JETOUR Malaysia memperkenalkan varian baharu SUV mereka menerusi JETOUR Dashing Dark Warrior Limited Edition yang tampil dengan gaya lebih agresif dan eksklusif.

Model edisi terhad ini menampilkan kemasan Matte Black bersama elemen “blacked-out” yang memberikan imej lebih garang.

Penampilan luaran dikemaskini dengan logo JETOUR hitam di bahagian hadapan dan belakang, emblem “Dashing” gelap, serta rim aloi hitam yang dipadankan dengan “caliper” brek merah menonjolkan lagi identiti sporty dan premium.

JETOUR Dashing Dark Warrior Limited Edition, Enjin 1.5L Turbo, 156PS & 230Nm

Dari segi prestasi, tiada perubahan dilakukan dan model ini masih menggunakan enjin 1.5-liter turbocharged yang menghasilkan 156PS dan 230Nm. Kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi 6-kelajuan dwi-klac (DCT) yang menjanjikan pemanduan lancar dan responsif.

SUV ini turut dilengkapi rim 19-inci Phantom Spec berwarna hitam dengan angkup merah, selain sistem suspensi MacPherson di hadapan dan multi-link di belakang bagi keseimbangan antara keselesaan dan pengendalian.

Ciri Luaran & Ruang Praktikal

Antara kelengkapan luaran termasuk lampu utama LED Matrix, DRL, lampu isyarat belakang jenis sequential, wiper frameless serta pemegang pintu tersembunyi. Bumbung panoramik luas turut ditawarkan untuk varian tertentu.

Dari segi praktikaliti, ruang but menawarkan kapasiti 486 liter

, yang boleh diperluaskan sehingga 977 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dalam konfigurasi 60:40.

Kabin Moden Dengan Teknologi Terkini

Bahagian dalaman menampilkan paparan berkembar 10.25-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Turut disertakan pengecas pantas tanpa wayar 50W serta rekaan konsol tengah yang praktikal.

Keselesaan dipertingkat dengan tempat duduk pemandu larasan kuasa 6-hala, ruang kabin belakang yang luas lengkap dengan corong pendingin hawa dan port USB, serta pencahayaan ambien untuk suasana lebih premium.

Sistem Keselamatan Lengkap

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi pelbagai ciri termasuk kawalan jelajah, pemantauan tekanan tayar, kamera undur serta sistem bantuan pemandu seperti pengesan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran pertukaran lorong dan sistem kamera 360 darjah.

Harga & Jaminan

JETOUR Dashing Dark Warrior Limited Edition ditawarkan pada harga RM116,800 di Semenanjung Malaysia dan RM119,800 di Malaysia Timur.

Sebagai nilai tambah, pembeli turut menikmati pakej pemilikan yang menarik termasuk servis percuma lima kali, jaminan kenderaan selama 7 tahun / 150,000 km, serta jaminan enjin sehingga 10 tahun / 1,000,000 km.

Baca Juga : JETOUR T2 Dilancar di Malaysia Harga Bermula RM156,800

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi