Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka peluang kepada peminat nombor pendaftaran istimewa (NPI) dengan pengenalan siri GOLD melalui Sistem JPJeBid pada Khamis ini, 1 Februari 2024. Langkah ini diambil sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50, memberikan peluang kepada orang ramai untuk memiliki nombor pendaftaran istimewa yang eksklusif.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pro-rakyat, termasuklah bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, dan subsidi FlySISWA.
Pendaftaran bagi NPI siri GOLD akan dibuka pada 1 Februari 2024, bermula jam 12.00 pagi, dan akan ditutup pada 5 Februari 2024, jam 10.00 malam. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024, memberikan masa kepada peserta untuk menantikan nombor pilihan mereka.
Ads
Harga bidaan untuk NPI siri GOLD bermula dari RM300.00 untuk nombor biasa. Peminat yang berminat dengan nombor popular perlu menyediakan RM800.00, manakala untuk nombor menarik, harga bidaan adalah sebanyak RM3,000.00. Bagi mereka yang mengidamkan nombor bernilai utama, harga bidaan adalah sebanyak RM20,000.
Inisiatif ini menawarkan peluang kepada peminat nombor pendaftaran untuk memiliki sesuatu yang istimewa dan unik, serta turut menyokong program-program pro-rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Pastikan anda sedia untuk menyertai bidaan dan miliki NPI siri GOLD yang istimewa pada kali ini!
Barcelona tak pernah sunyi dari drama — dan Grand Prix F1 Sepanyol 2025 hujung minggu lepas membuktikan kenapa litar ini sentiasa jadi titik tolak musim. Bukan saja McLaren muncul kembali sebagai pencabar serius, tapi satu insiden panas membabitkan Max Verstappen membuatkan paddock bergema dengan perbualan. Dari media sampai ke ruangan hospitaliti.
Oscar Piastri sekali lagi tunjuk kenapa dia dianggap antara nama masa depan F1 — malah masa depan tu dah pun tiba. Dengan kemenangan kelima musim ini, dia bukan saja pegang tampuk kejuaraan dunia. Tapi bagi isyarat jelas bahawa McLaren kini bukan setakat kuat — tapi konsisten.
Lando Norris pula main peranan ‘team player’ yang matang. Finish P2, tak banyak drama, tapi sangat solid. Bila dua kereta satu pasukan naik podium macam ni, itu bukan nasib, itu hasil pembangunan jentera yang betul-betul kena musim ni.
Dan jangan lupa, musim ni ada beberapa litar yang bersejarah McLaren goyah. Namun, di Sepanyol? Mereka dominan dari awal sesi FP lagi.
Salah satu cerita paling hangat, semestinya, insiden antara Max Verstappen dan George Russell. Arahan pasukan minta Verstappen beri laluan — yang dia buat… sekejap.
Tapi lepas tu, dia ‘kacau line’ Russell dan dalam masa beberapa saat, Mercedes tu dah kena ‘love tap’ dari belakang.
Rosberg, bekas juara dunia (dan Mercedes golden boy satu ketika dulu) terus sound — kata Verstappen patut kena DQ. FIA bagi penalti 10 saat je, tapi tambah tiga mata penalti kat lesen Verstappen — dan sekarang, dia tinggal satu mata je dari auto-ban satu perlumbaan.
Max ada buat kenyataan — dia kata “emotion took over”. Tapi paddock tahu, ini bukan kali pertama Max “terlupa” beza antara aggressive driving dengan dangerous driving.
Dengan podium kali ni, Piastri dah kumpul 186 mata. Norris 176. Verstappen, lepas penalti, kekal di P3 dengan 137 mata. Perbezaan tu besar — tapi kalau Red Bull jumpa rentak balik, musim ni belum habis.
Apa yang menarik — trend musim ni: Red Bull bergelut bila bawah tekanan, dan bila kereta lain (terutama McLaren) improve mid-season. Kita belum sampai separuh musim pun, tapi pattern tu dah nampak.
Kita tahu, rakyat Malaysia suka underdog jadi hero — dan Piastri fit naratif tu. Muda, tenang, kurang drama — tapi buktikan keupayaan di litar. Sama macam waktu kita tengok Hafizh Syahrin dulu naik Moto2, atau sekarang bila pelumba wildcard kita macam Jazeman masuk ke GT.
Dan lagi satu, musim ni F1 memang banyak elemen “racing sebenar” — bukan sekadar DRS trains. Kalau kita ada minat ke arah motorsport, F1 2025 ni boleh jadi titik kebangkitan semangat motorsport Malaysia. Lagi-lagi bila tengok McLaren, yang dulu struggle, sekarang jadi kingpin.
Kalau FIA terus ketatkan peraturan dan penalti diberi dengan lebih konsisten, ruang untuk pelumba baru (dan bersih) bersinar akan makin luas. Mungkin satu hari nanti, kita boleh harap pelumba Malaysia yang masuk feeder series dapat tempat sebab performance — bukan semata-mata sponsor.
Apa pun, musim ni masih jauh — dan macam biasa, trek seterusnya boleh ubah segalanya. Tapi kalau kau peminat F1 yang dah lama tunggu musim penuh drama, prestasi, dan personaliti besar — this is the one.
Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) bersama-sama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (Motorsports Association of Malaysia, MAM) telah mengorak langkah proaktif dalam memperkasakan pendidikan keselamatan jalan raya menerusi kempen bertemakan “Students Today, Drivers Tomorrow”.
Kempen ini menumpukan kepada golongan pelajar sebagai sasaran utama bagi membentuk generasi pemandu yang bertanggungjawab pada masa hadapan.
Dengan matlamat mendidik bakal pemandu Malaysia sejak usia muda, kempen ini telah mencapai lebih 1,600 peserta yang terdiri daripada pelajar berusia antara 7 hingga 17 tahun dari seluruh negara.
Ia merupakan satu inisiatif yang bukan sahaja membina kesedaran, tetapi turut mencetuskan perubahan tingkah laku secara berterusan dalam komuniti.
Keselamatan jalan raya terus menjadi topik perbualan di Malaysia.
Berdasarkan statistik semasa, lebih 530,000 kes kemalangan jalan raya dicatatkan.
Kebanyakannya berpunca daripada tabiat pemanduan yang tidak selamat.
Kesan kemalangan ini bukan sekadar melibatkan individu, tetapi turut memberi impak besar terhadap masyarakat secara keseluruhan.
Atas dasar itu, pendekatan mendidik pelajar sejak di bangku sekolah dilihat sebagai langkah pencegahan jangka panjang yang mampu membentuk pemandu yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.
Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter menegaskan,
“Sukan permotoran sememangnya sebati dalam DNA Porsche. Namun, di sebalik prestasi dan semangat dalam dunia pemanduan, aspek keselamatan tetap menjadi asas utama. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MAM dalam usaha mendidik generasi muda tentang pentingnya keselamatan jalan raya.”
Tambah beliau lagi, “Kita perlu menanam kesedaran sejak awal agar pelajar bukan sahaja faham tetapi juga mampu menjadi duta keselamatan jalan raya dalam keluarga masing-masing. Melalui pengetahuan yang dikongsi, mereka boleh menyebarkan tabiat pemanduan yang positif, sekali gus membentuk budaya memandu yang lebih bertanggungjawab di seluruh negara.”
Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir turut berkongsi komitmen yang sama.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Porsche Malaysia dalam menjayakan inisiatif ini. Pendidikan ialah langkah pertama untuk melahirkan pemandu yang beretika. Dengan mendidik pelajar mengenai keselamatan jalan raya sejak kecil, kita boleh memupuk tabiat yang akan kekal sepanjang hayat mereka,” ujarnya.
Kempen ini menampilkan siri jelajah di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara.
Aktiviti utama merangkumi sesi ceramah keselamatan jalan raya bersama jurulatih sukan bermotor, kuiz interaktif untuk menguji pengetahuan pelajar, dan pengalaman simulasi pemanduan secara maya menggunakan driving simulator.
Melalui simulasi ini, pelajar berpeluang merasai sendiri situasi sebenar di sebalik stereng.
Secara tidak langsung mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dalam suasana yang terkawal dan menyeronokkan.
Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan pemanduan berhemah.
Inisiatif ini bukan sekadar program pendidikan, malah satu gerakan sosial untuk membentuk ekosistem pemanduan yang lebih selamat di Malaysia.
Dengan menyasarkan pelajar sebagai agen perubahan, Porsche Malaysia dan MAM yakin pendekatan ini mampu memberi impak besar.
Pendekatan ini bukan sahaja memberi impak terhadap individu, tetapi kepada keluarga dan komuniti secara keseluruhan.
Melalui kerjasama erat antara industri automotif dan badan sukan bermotor negara, kempen “Students Today, Drivers Tomorrow” menjadi bukti bahawa mendidik generasi muda tentang keselamatan jalan raya bukan pilihan, tetapi satu keperluan mendesak demi masa depan jalan raya negara yang lebih selamat dan berhemah.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan satu inisiatif baharu menerusi program Mforce.Cas, yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat Malaysia bagi pembelian motosikal elektrik terpilih.
Dilancarkan bermula 1 April hingga 30 Jun 2026, program ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, khususnya dalam situasi harga bahan api yang tidak menentu ketika ini.
Motosikal elektrik kini semakin relevan sebagai kenderaan harian, terutamanya bagi tunggangan jarak dekat seperti ke tempat kerja, sekolah atau urusan harian di kawasan bandar.
Selain menjimatkan kos, pengguna juga dapat menikmati pengalaman tunggangan yang lebih senyap, lancar serta mesra alam berbanding motosikal konvensional.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, motosikal elektrik menawarkan beberapa kelebihan, antaranya kos tenaga yang lebih rendah, penyelenggaraan minimum serta tidak terkesan dengan turun naik harga petrol.
Ini menjadikannya pilihan yang lebih ekonomik untuk kegunaan jangka panjang.
Kesemua motosikal elektrik yang ditawarkan di bawah program ini telah mendapat kelulusan Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Ini bermaksud setiap model mematuhi piawaian keselamatan dan teknikal yang ditetapkan, selain layak didaftarkan serta digunakan secara sah di jalan raya.
Menerusi program ini, pengguna boleh menikmati rebat bagi beberapa jenama di bawah portfolio Mforce seperti EZI, ZEEHO, YADEA dan QJMOTOR.
Kesemua jenama ini menawarkan teknologi moden, kecekapan tenaga yang tinggi serta reka bentuk yang sesuai untuk kegunaan urban masa kini.
Mforce turut memastikan proses permohonan dibuat dengan mudah melalui platform dalam talian rasmi.
Pendaftaran adalah percuma dan kelulusan boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam sahaja. Setelah diluluskan, pengguna hanya perlu menunjukkan kod QR kepada pengedar sah untuk melengkapkan pembelian.
Langkah ini bukan sahaja memudahkan pengguna, malah mempercepatkan proses peralihan ke motosikal elektrik.
Secara keseluruhan, program Mforce.Cas bukan sekadar menawarkan rebat, tetapi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk beralih kepada mobiliti yang lebih lestari.
Dengan gabungan penjimatan kos, kemudahan permohonan dan sokongan terhadap teknologi hijau, inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah tepat ke arah masa depan pengangkutan yang lebih mesra alam.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...