Simulator ke Litar Sebenar

Pemenang podium Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025 akhirnya diberi peluang merasai sendiri pengalaman pemanduan sebenar di Litar Antarabangsa Sepang, hasil inisiatif Porsche Malaysia melalui Sime Darby Auto Performance (SDAP).

Para pemenang yang sebelum ini mengasah kemahiran melalui simulator kini melangkah ke dunia sebenar, menguji kawalan, pecutan dan keupayaan membrek di balik stereng model Porsche sebenar.

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Motorsport dalam DNA Porsche

“Motorsport adalah sebahagian daripada DNA Porsche. Hari ini, simulasi perlumbaan sudah menjadi medium penting untuk pembangunan pemandu, di mana bakat baharu boleh mengasah kemahiran secara maya sebelum ke dunia nyata. Melalui Esports, kami dapat mendekati generasi pelumba muda serta memberi mereka platform bermakna untuk meneroka minat. Harapan kami pengalaman ini menjadi pemangkin untuk mereka terus mengejar impian, sama ada dalam simulator mahupun di litar sebenar,” jelas Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP.

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Aktiviti Dinamik: Cayenne & 911 Carrera

Program bermula dengan aktiviti slalom menggunakan Porsche Cayenne, mempamerkan kelincahan SUV tersebut dibantu sistem Porsche Active Suspension Management (PASM) yang menyesuaikan casis dengan setiap pergerakan.

Ads

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Kemudian peserta merasai sendiri kuasa Porsche 911 Carrera, lengkap dengan fungsi Launch Control yang membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam 4.1 saat. Dengan 394 PS dan 450 Nm tork, kereta sports ini bukan sahaja memukau dengan kuasa, tetapi juga menonjolkan prestasi membrek yang tepat dan responsif.

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Kuasa Elektrik Macan & Taycan

Selain itu, peserta turut menguji Macan EV dan Taycan, dua model elektrik penuh Porsche di Sepang. Di sini, memori daripada simulator benar-benar diuji pada selekoh ikonik litar tersebut dengan bimbingan jurulatih Porsche berpengalaman.

Ads

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Kemuncak program ialah sesi taxi ride berkelajuan tinggi. Peserta dewasa dibawa mengelilingi litar dalam Porsche 911 GT3 Cup dipandu pelumba Hugo Ellis dari Sime Motors Racing. Manakala pemenang muda menikmati pengalaman sama dalam 911 Carrera bersama juara Le Mans 24 Jam dua kali, Earl Bamber.

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Ads

Bakat Baharu Malaysia Diuji

Sorotan utama acara ini adalah sesi penilaian bakat untuk Naquib Azlan, pemenang kategori Driven Dreamers (18–25 tahun). Dengan latar belakang sim racing serta pengalaman perlumbaan sebenar, beliau diberi peluang mengendalikan Porsche 911 GT3 Cup dan ini merupakan satu langkah besar yang membuktikan bagaimana kemahiran maya mampu melengkapkan bakat di dunia nyata.

Juara Porsche Esports Malaysia Bawa Aksi Simulator ke Litar Sepang

Melalui Winners Driving Experience, Porsche Malaysia bukan sahaja meraikan pemenang Esports, tetapi juga memperlihatkan kesinambungan antara dunia maya dan dunia sebenar.  Inisiatif ini menjadi bukti bagaimana jenama dari Stuttgart itu terus komited dalam melahirkan bakat baharu serta menghubungkan generasi muda dengan dunia sukan permotoran sebenar.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Baca Juga : Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025 (PESCM) Melabuhkan Tirai di Litar Sepang

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI