Walaupun Kawasaki tidak lagi bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, namun Ninja ZX-10R terus popular dan menjadi salah satu pilihan utama peminat superbike.
Nama ‘Ninja’ akan sentiasa menjadi tanda pengiktirafan dan keberkesanan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Bagi meraikan kejayaan Ninja ZX-10R, Kawasaki kini memperkenalkan edisi terhad Ninja ZX-10RR Winter Test.
Ads
Kredit Foto : Website motorcyclesports
Berbeza dari sebelum ini, kali ini hanya 25 unit sahaja untuk yang dikeluarkan untuk model ini.
Menurut Kawasaki, setiap bahagian Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini dibangunkan secara khusus oleh Pasukan Perlumbaan Kawasaki (KRT) yang turut bersaing dalam WorldSBK. Motosikal ini mempunyai kuasa 214hp dan tork 112Nm yang memukau.
Ads
Seperti biasa, Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini datang dengan rekaan yang sama seperti jentera Winter Test pasukan KRT WorldSBK. Juga dilengkapi dengan plat bernombor pada pelindung tangki dan ekzos Akrapovic sebagai standard.
Kredit Foto : Website motorcyclesports
Sebagai bonus menarik, pembeli akan menerima dua pas VIP untuk menghadiri mana-mana pusingan WorldSBK 2024 pilihan mereka. Ini memberikan akses khas ke hospitaliti KRT dan peluang untuk bertemu dengan pelumba utama, Alex Lowes dan Axel Bassani.
Pertukaran pemilikan kenderaan bagi individu yang telah meninggal dunia merupakan satu proses yang agak rumit. Namun ia masih boleh dilakukan jika dilakukan dengan betul.
Perlu tahu bahawa kenderaan yang masih berdaftar atas nama individu yang telah meninggal dunia hanya boleh mempebaharui cukai jalan hanya untuk tempoh 3 tahun sahaja oleh waris terdekat.
Tambahan pula jika kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan harian untuk ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah pasti ianya akan menyukarkan keadaan.
Hari ini RODA PANAS ingin kongsikan tentang cara bagaimana nak tukar hak milik kenderaan individu yang telah meninggal dunia. Menurut sumber daripada laman sesawang bjak.my, terdapat beberapa panduan yang boleh dikongsikan dan semoga ia menjadi manfaat kepada kita semua.
1.Selesaikan Pembahagian Harta
Sekiranya pemilik kenderaan ada meninggalkan wasiat, maka urusan pertukaran hak milik akan menjadi mudah namun, sekiranya tiada, waris perlu menyelesaikan pembahagian harta terlebih dahulu kerana kereta milik si mati merupakan harta pusaka.
2.Surat Kuasa
Surat seperti Surat Geran Probet, Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad, Surat Perintah Mahkamah atau Surat Pentadbir Pusaka perlu didapatkan terlebih dahulu untuk memulakan proses pertukaran nama atau hak milik pemilik yang telah meninggal dunia. Waris akan memperoleh dokumen tersebut ketika proses untuk Urusan Harta Pusaka Kecil untuk si mati.
3.Buat Ujian Di PUSPAKOM
Seterusnya kenderaan perlu di hantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM. Dapatkan geran asal kenderaan tersebut dan buat temujanji Ujian Tukar Hak Milik (B5) di PUSPAKOM berhampiran anda. Apabila ujian selesai anda akan memperoleh surat Keputusan pemeriksaan PUSPAKOM sama ada lulus atau gagal.
Sekiranya lulus anda boleh terus ke prosedur seterusnya namun jika gagal anda perlu membaiki kenderaan tersebut dan hantar semula untuk ujian di PUSPAKOM.
4.Perbaharuan Insurans Atas Nama Pemilik Baharu
Sebelum pergi JPJ, perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu, maklumkan kepada ejen insurans bahawa ianya adalah proses untuk menukar hak milik kenderaan
5.Sediakan Dokumen Yang Lengkap Untuk Urusan Di JPJ
Pemilik baru perlu melengkapkan beberapa borang beserta dokuman pengesahan pentadbir/pemilikan atau dokumen sokongan seperti :
6.Hadir ke JPJ
Pemilik Baharu boleh hadir ke JPJ berhampiran untuk proses pertukaran nama dan jangan lupa untuk bawa Bersama dokumen yang telah disenaraikan di atas.
7.Perbaharui Cukai Jalan
Akhir sekali, anda akan menerima geran kenderaan yang Baharu dan anda boleh meneruskan urusan memperbaharui cukai jalan di atas nama anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk anda di luar sana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Permintaan untuk menggunakan cermin kereta gelap pada kenderaan peribadi di Malaysia semakin meningkat. Namun begitu, pengguna kenderaan masih perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Peraturan mengenai penggunaan cermin kereta gelap telah diwujudkan melalui pindaan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang mula dikuatkuasakan pada 8 Mei 2019.
Penguatkuasaan peraturan ini memberi kelegaan kepada pengguna kenderaan peribadi kerana cermin gelap dapat membantu mengurangkan haba dan silau yang masuk ke dalam kenderaan, selain dari meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.
Berikut adalah perincian peratus ketelusan cahaya (VLT) mengikut spesifikasi JPJ (dikemaskini, Mei 2019) pada cermin kenderaan anda:
– Cermin Hadapan: 70% VLT
– Sisi Hadapan: 50% VLT
– Sisi Belakang: Tiada had peratus VLT, dengan syarat kenderaan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang.
– Cermin belakang: Tiada had peratus VLT, dengan syarat kenderaan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang.
Bagi pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan mengenai cermin kereta gelap, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Dalam kes berulangan, denda boleh meningkat hingga RM4,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya.
Penting untuk semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lebih terjamin. Selain itu, maklumat lanjut mengenai peratus ketelusan cahaya (VLT) cermin gelap, syarat permohonan, dan dokumen yang diperlukan boleh diperolehi melalui JPJ.
Setiap kali menjelang musim perayaan, ramai yang pasti berdepan dengan dilema patutkah guna lebuh raya atau jalan dalam untuk balik kampung?
Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi strategi yang betul boleh membantu anda mengelakkan kesesakan yang melampau.
Mari kita kupas pilihan terbaik dan strategi perjalanan yang boleh anda gunakan!
Lebuh raya sering menjadi pilihan utama kerana ia direka khas untuk perjalanan jauh dengan kelajuan yang konsisten.
Namun, menjelang musim perayaan, lebuh raya boleh bertukar menjadi lautan kenderaan yang menyebabkan perjalanan menjadi lebih lama dari biasa.
1.Lebih selamat kerana kurang selekoh tajam dan persimpangan bahaya.
2.Lebih lancar jika tidak sesak, membolehkan perjalanan lebih pantas.
3.Banyak hentian Rehat & Rawat (R&R) untuk berehat dan makan.
1.Risiko kesesakan teruk semasa puncak perayaan.
2.Kadar tol yang tinggi untuk perjalanan jauh.
3.Jika berlaku kemalangan, kesesakan boleh berlanjutan berjam-jam.
1.Elak perjalanan di waktu puncak (contohnya petang sebelum cuti atau sehari sebelum raya).
2.Gunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk semak trafik sebelum bertolak.
3.Ambil cuti awal dan balik kampung lebih awal daripada orang lain.
4.Guna lebuh raya alternatif seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) jika sesuai.
Bagi sesetengah orang, menggunakan jalan dalam (laluan negeri atau jalan kampung) adalah pilihan yang lebih baik, terutamanya untuk mengelakkan kesesakan lebuh raya.
Namun, jalan dalam juga ada cabarannya tersendiri.
1.Kurang kenderaan berbanding lebuh raya utama.
2.Tiada tol, jadi lebih jimat kos perjalanan.
3.Laluan lebih tenang dengan pemandangan kampung yang menarik.
1.Lebih banyak lampu isyarat dan simpang, boleh melambatkan perjalanan.
2.Risiko jalan kecil dan berlubang yang boleh merosakkan kenderaan.
3.Tidak banyak tempat rehat dan stesen minyak.
1.Gunakan peta dan aplikasi navigasi untuk kenal pasti jalan dalam yang terbaik.
2.Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, terutamanya jika melalui jalan yang kurang elok.
3.Isi minyak secukupnya sebelum memulakan perjalanan kerana tidak banyak stesen minyak di kawasan luar bandar.
4.Pastikan rehat mencukupi kerana perjalanan boleh mengambil masa lebih lama.
Pilihan terbaik bergantung kepada lokasi kampung anda, keadaan trafik semasa, dan keselesaan anda sebagai pemandu.
Gunakan highway jika:
1.Anda mahu perjalanan lebih cepat dan selesa.
2.Anda tidak kisah membayar tol.
3.Anda merancang perjalanan di luar waktu puncak.
Gunakan jalan dalam jika:
1.Anda ingin elak tol dan kesesakan lebuh raya.
2.Anda menikmati pemandangan kampung dan perjalanan lebih santai.
3.Anda mahir dengan laluan alternatif dan jalan kampung.
Pada akhirnya, perancangan awal adalah kunci utama untuk perjalanan balik kampung yang lancar dan selamat.
Tidak kira jalan mana yang anda pilih, pastikan anda memandu dengan berhati-hati, berhemah, dan penuh kesabaran.
Semoga perjalanan balik kampung anda selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...