
Kalau anda selalu memandu di lebuh raya, pasti pernah nampak papan tanda amaran “Angin Lintang”. Ramai yang tahu ia berkaitan angin kuat, tetapi tidak semua faham kenapa kawasan ini dianggap bahaya, terutama ketika memandu laju di lebuh raya.
Secara mudah, angin lintang atau crosswind ialah tiupan angin kuat dari arah tepi jalan, bukannya dari depan atau belakang kenderaan. Apabila angin datang dari sisi, ia akan menolak badan kenderaan ke kiri atau kanan sehingga boleh mengganggu kestabilan pemanduan.
Situasi ini lebih ketara apabila memandu di kawasan terbuka seperti jambatan tinggi, laluan berbukit, kawasan sawah, kawasan berhampiran pantai atau lebuh raya yang kurang dilindungi pokok dan bangunan.
Kesan angin lintang sebenarnya bergantung kepada jenis kenderaan. Untuk kereta sedan yang rendah, kesannya mungkin tidak terlalu kuat. Tetapi bagi SUV, MPV, van, lori dan motosikal, risiko lebih tinggi kerana bentuk badan yang besar dan pusat graviti lebih tinggi.
Apabila angin kuat melanggar bahagian sisi kenderaan:
Malah, angin lintang bukan sahaja berlaku secara semula jadi. Situasi sama juga boleh berlaku apabila sebuah lori besar memotong kenderaan lain pada kelajuan tinggi. Tekanan udara daripada lori tersebut boleh menghasilkan kesan tolakan angin secara tiba-tiba.
Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan lebuh raya yang dikenal pasti mempunyai risiko angin lintang yang tinggi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pernah mengeluarkan amaran berhubung beberapa lokasi “hotspot” di Lebuhraya PLUS yang sering dikaitkan dengan kemalangan akibat angin lintang.
Antara lokasi yang disebut ialah:
Kawasan seperti ini biasanya mempunyai permukaan jalan yang lebih terbuka dan terdedah kepada tiupan angin kuat, terutama ketika cuaca buruk atau musim hujan.
Apabila ternampak papan tanda “Angin Lintang”, pemandu sebenarnya perlu lebih bersedia dan tidak memandang ringan amaran tersebut.
Antara langkah penting:
Untuk penunggang motosikal pula, risiko lebih tinggi kerana badan motosikal lebih ringan dan mudah dipengaruhi tiupan angin. Sebab itu penunggang perlu lebih berhati-hati ketika melalui jambatan atau kawasan terbuka.
Ramai pemandu menganggap papan tanda angin lintang sekadar amaran biasa, sedangkan ia sebenarnya antara risiko yang boleh menyebabkan kemalangan serius di lebuh raya.
Kadang-kadang jalan nampak lurus dan cuaca nampak baik, tetapi satu tiupan angin kuat sudah cukup untuk membuatkan kenderaan hilang kestabilan terutama jika memandu terlalu laju.
Sebab itu setiap kali nampak papan tanda “Angin Lintang”, ia sebenarnya peringatan supaya kita lebih berhati-hati, kurangkan kelajuan dan sentiasa bersedia mengawal kenderaan dengan tenang.
Baca Juga : Jangan Abai! Tip Elak Mengantuk Ketika Memandu Jarak Jauh
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.