Menerusi majlis perasmian Mforce SmartShop Wee Biker Sdn. Bhd., KEEWAY Malaysia secara rasmi melancarkan model terbaharu mereka, XDV180 EVO.
Motosikal ini merupakan sebuah skuter ‘crossover’ kompak yang dirumus khas untuk gaya hidup urban lasak dan penuh cabaran.
Ditawarkan pada harga asas RM9,388.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), jentera ini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara.
KEEWAY XDV180 EVO tampil dengan rekaan yang agresif dan praktikal, sesuai dengan karekter ‘dual-purpose’ .
Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Grey
, Black, dan White yang menyerlahkan aura lasak dan moden.XDV180 EVO dipacu oleh enjin 174cc silinder tunggal, 4-lejang, 4-injap dengan penyejukan cecair dan sistem EFI.
Jentera ini mampu menjana kuasa maksimum 13.6kW pada 8,500rpm dan tork setinggi 17.2Nm pada 6,500rpm, menjadikannya cukup bertenaga untuk kegunaan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.
Gabungan CVT automatik dan pacuan V-belt memberikan tunggangan yang lancar.
Manakala teknologi TCS boleh ditukar (switchable) membolehkan penunggang menyesuaikan sistem kawalan cengkaman mengikut kondisi jalan.
Untuk menempuh pelbagai permukaan jalan, KEEWAY membekalkan suspensi hadapan fork terbalik (USD) dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Dipadankan dengan tayar depan 110/80-14 dan belakang 130/70-13, jentera ini menjanjikan kestabilan dan cengkaman sama ada di jalan raya mahupun laluan berbatu ringan.
Berat kering hanya 145kg
menjadikan XDV180 EVO mudah dikawal, terutamanya untuk penunggang baharu atau wanita.Tangki bahan api 10 liter memberikan jarak perjalanan yang praktikal.
Bukan sekadar gaya dan prestasi, KEEWAY XDV180 EVO juga tampil dengan ciri-ciri pintar seperti:
Paparan TFT 7 inci
Sistem keyless
DVR terbina di hadapan dengan sokongan kad memori 32GB dan sambungan telefon pintar
Rak belakang bersedia menampung top box sekitar 45 liter
Keselamatan turut diberi perhatian dengan penggunaan brek cakera di depan dan belakang
, serta sistem ABS dwi-saluran.Bateri 12V9Ah menyokong sistem elektronik jentera ini.
Pembelian KEEWAY XDV180 EVO disokong dengan jaminan dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu), bersama kemudahan pembelian alat ganti tulen atas talian menerusi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Berpangkalan di Hungary sejak tahun 1999 dan kini di bawah payung Qianjiang Group yang juga memiliki Benelli dan bernaung di bawah kumpulan automotif gergasi Geely KEEWAY merupakan jenama motosikal antarabangsa yang menggabungkan teknologi moden, reka bentuk Eropah dan harga kompetitif.
Di Malaysia, KEEWAY terus melebarkan pengaruhnya menerusi pengedaran rasmi oleh Mforce Bike Holdings, menawarkan pilihan skuter dan motosikal yang sesuai dengan gaya hidup penunggang tempatan.
Baca Juga : MForce Perkenalkan VOGE DS900X, Harga Bermula RM49,998
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.