Pada minggu lalu, tirai Malaysian Motocross International Festival 2023 telah melabuhkan tirainya dengan kemuncaknya penganjuran di Medini Motocross Circuit, Johor Bharu.
Pusingan akhir kejuaraan ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh kategori utama, di mana 170 peserta bergabung untuk bersaing dalam acara ini.
Pelumba Malaysia, Mohamad Khairul Afif telah dinobatkan sebagai JUARA dalam kategori MX2 Open secara tidak langsung membuktikan prestasi luar biasa Mohamad Khairul Afif dalam arena motocross dalam bersaing dengan pelumba hebat dari luar negara apabila beliau berlumba bersama peserta tempatan dan luar negara dari Singapura dan Indonesia.
Ads
Walaupun cuaca pada sebelah petang agak mencabar, namun mereka tetap memberikan aksi terbaik dan menyajikan satu corak perlumbaan yang penuh ketegangan dan kejutan kepada peminat motocross yang hadir.
Ads
Sokongan daripada peminat dan penyokong setia amat diperlukan untuk memastikan kesinambungan kejayaan daripada Malaysian Motocross International Festival disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara negara luar seperti Indonesia & Singapura.
Ads
Diharapkan penganjuran seperti ini akan diteruskan untuk mencari pelapis baharu dalam sukan permotoran lasak yang bertaraf antarabangsa ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Selepas debut antarabangsa yang mengagumkan di Auto China Beijing 2024 pada April, Lamborghini Kuala Lumpur melancarkan Lamborghini Urus SE di Malaysia.
Versi plug-in hybrid pertama Super SUV Lamborghini ini menandakan satu lagi pencapaian bersejarah bagi Automobili Lamborghini. Ia menampilkan reka bentuk baharu, aerodinamik yang dioptimumkan, teknologi terkini, dan rangkaian kuasa hibrid 800 CV.
Penambahbaikan ini memberikan prestasi, kecekapan, dan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan. Terima kasih kepada gabungan dua enjin, terma dan elektrik, nilai tork dan kuasa yang dihasilkan adalah yang tertinggi dalam kategorinya, dengan pengurangan emisi sebanyak 80%.
Urus SE menawarkan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan terima kasih kepada sistem plug-in hybrid. Sistem tork vektor elektrik antara dua gandar dan perbezaan elektronik di bahagian belakang membantu memberikan lebih tork dan kuasa pada setiap rpm.
Enjin V8 twin-turbo 4.0 liter telah diubah suai untuk berfungsi secara sinergi dengan rangkaian kuasa elektrik, menghasilkan 620 CV dan 800 Nm tork pemanduan. Unit pembakaran ini digabungkan dengan rangkaian kuasa elektrik yang menghasilkan 192 CV dan 483 Nm tork.
Sistem ini menghasilkan output kuasa keseluruhan 800 HP @ 6000 rpm dan tork 950 Nm yang tersedia @ 1750 rpm sehingga 5750 rpm. Memastikan prestasi terbaik dalam kelasnya dari setiap sudut. Urus SE mencapai masa pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.4 saat dan dari 0-200 km/j dalam 11.2 saat, dengan kelajuan tertinggi 312 km/j.
Seterusnya bahagian hadapan menampilkan bonet baharu dengan reka bentuk terapung. Di bahagian belakang, pintu kargo telah direka semula sepenuhnya, memperkenalkan kesinambungan yang diilhamkan oleh Gallardo.
Bersama-sama dengan spoiler baharu, diffuser meningkatkan downforce belakang sebanyak 35% pada kelajuan tinggi berbanding Urus S, seterusnya meningkatkan kestabilan kenderaan.
Kecekapan aerodinamik juga dipertingkatkan dengan ventilasi udara bawah badan baharu dan saluran udara yang diubah suai. Kini mengalirkan lebih banyak aliran udara untuk menyejukkan komponen mekanikal dan enjin: peningkatan 15% berbanding Urus asal.
Kabinnya telah dikemas kini untuk menonjolkan DNA reka bentuk “rasa seperti seorang juruterbang” Lamborghini. Skrin yang lebih besar – kini 12.3 inci – dipasang di tengah-tengah papan pemuka menampilkan versi Human-Machine Interface (HMI) yang lebih intuitif untuk digunakan dengan grafik yang dikemas kini.
Dalam pada itu, roda aloi diperbaharui dengan pengenalan rim Galanthus 23” yang dipadankan dengan tayar Pirelli P Zero baharu sebagai standard. Pelbagai warna badan juga telah diperluas, dengan lebih daripada 100 pilihan.
Ia termasuk dengan dua warna baharu yang ditawarkan semasa pelancaran. Arancio Egon (oren) dengan bahagian dalam Arancio Apodis (oren), dan Bianco Sapphirus (putih) dengan bahagian dalam Terra Kedros (terracotta).
Pilihan dalaman termasuk 47 kombinasi warna dan empat jenis sulaman (jahitan Q-citura). Dengan potensi tambahan yang ditawarkan melalui program Ad Personam, yang membolehkan pemilik membuat Urus SE mereka unik.
Urus SE kini dibuka untuk tempahan di Malaysia melalui pengedar sah Lamborghini Kuala Lumpur. Harga permulaan RM 1,028,000 sebelum cukai, duti, dan penyesuaian.
Melihat kepada sejarah penghasilan motosikal, apabila bercakap mengenai enjin enam silinder, ia sering dikaitkan dengan model 1978 Honda CBX, 1047cc 6 Silinder. Namun, karya agung Itali, Benelli Sei, benar-benar layak diberikan tumpuan kerana jenama ini menjadi motosikal enam silinder yang pertama dalam barisan pengeluaran enjin enam silinder.
Perjalanan Benelli Sei bermula di bawah kepimpinan berwawasan Alejandro de Tomaso. Dia bercita-cita untuk menyegarkan semula jenama Benelli dan strateginya adalah untuk memperkenalkan model yang inovatif dengan pantas.
Idea asal motosikal ini mengambil inspirasi dari motosikal sedia ada dan diberi sentuhan unik. Honda CB500 Four berfungsi sebagai sumber inspirasi, dan seterusnya menghasilkan mesin 750cc enam silinder yang diperbaharui.
Cita-cita de Tomaso bukanlah meniru, tetapi bertujuan untuk mencipta motosikal enam silinder yang pertama di dunia dan dia mahu ia menjadi sebuah model yang menonjolkan kekuatan dan prestasi.
Selepas penyelidikan yang teliti, CB500 dipilih sebagai model asas yang diyakini boleh menampung penambahan dua silinder baharu. Benelli Sei 750, bukan hanya replika dengan silinder tambahan tetapi Ia menampilkan motosikal yang menggunakan starter dan alternator yang ditempatkan semula dan menggunakan tiga karburetor.
Diperkenalkan pada tahun 1972, Benelli Sei adalah lebih dari sekadar keunikan kejuruteraan dengan menghasilkan 71 kuasa kuda pada 8,500rpm dan kelajuan maksimum sehingga 190km/j.
Walau diperakui kehebatannya, Benelli Sei menghadapi cabaran di pasaran. Dengan harga yang agak tinggi, motosikal ini mendapat persaingan sengit daripada model lain seperti Kawasaki Z1 900, MV Agusta 750 S, dan Ducati Super Sport sehingga mempengaruhi penjualannya.
Pada tahun 1978, Benelli Sei ditambah baik menjadi versi 900cc. Dengan enjin yang lebih besar dan panjang, kapasitinya meningkat menjadi 906cc. Walaupun ia menghasilkan kuasa kuda yang lebih tinggi sebanyak 80 kuasa kuda, kelajuan maksimumnya sedikit berkurang daripada model sebelumnya. Walau bagaimanapun, 900 Sei mengekalkan ciri-ciri yang sama dengan model sebelumnya dengan menawarkan kestabilan, ketangkasan, dan kuasa brek yang mengagumkan.
Pada tahun 2023, kedua-dua versi Benelli Sei 750 dan 900 adalah model yang sangat berharga dalam kalangan pengumpul. Statusnya sebagai motosikal pengeluaran enam silinder pertama di dunia dan digabungkan dengan pengeluaran yang terhad menjadikannya ia sebuah motosikal klasik yang dicari oleh para pengumpul.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dengan kemunculan Futa, Ducati menerokai dunia E-Road iaitu basikal dengan perincian bantuan pedal. Ducati memilih nama Futa sebagai penghormatan kepada lengkungan pusingan di antara Emilia Romagna dan Tuscany yang menjadi sebahagian daripada warisan penting dalam sejarah Ducati.
Futa bukan sekadar basikal bias kerana ia mencerminkan semangat sejati Ducati dengan fokus kepada reka bentuk, inovasi dan keseronokan. Ia juga memberikan kombinasi sempurna antara keselesaan dan prestasi yang luar biasa. Produk generasi terkini ini direka khas untuk menakluki jarak dan kecerunan yang di luar jangkaan.
Edisi Terhad Futa juga tersedia dengan hanya 50 unit bernombor dihasilkan. Mereka yang mencari kelengkapan standard yang lebih canggih, basikal ini juga lebih ringan, iaitu 12.2 kg untuk saiz M.
Carbon Fibre Frame
Bingkai karbon fibre monocoque pada Futa dibina dengan geometri sukan yang memfokus kepada kecekapan, sambil mengambil kira aspek aerodinamik dan kelajuan.
Rangka belakang yang padat dengan sarung yang rendah, memberikan keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan rintangan aerodinamik. Segi tiga belakang yang rigid secara lateral memastikan penghantaran kuasa yang cekap kepada roda dan juga meningkatkan tindak balas basikal. Permainan warna livery yang menggabungkan kelabu dan hitam dengan sentuhan merah Ducati menonjolkan lagi rekaan bingkai ini.
Teknologi Berkemampuan Tinggi
Aplikasi FSA, boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan Android, membolehkan penunggang melihat statistik pemanduan, status bateri, dan status cas secara cepat dan mudah. Pengguna juga boleh memuat turun kemaskini perisian serta berhubung dengan pusat servis FSA di seluruh dunia. Bateri FSA 250Wh terletak secara sempurna dalam tiub bawah, dengan pilihan untuk memasang pengembang jarak tambahan 250Wh.
Pengendalian yang intuitif dan selesa diperolehi dengan pemilihan pengendali karbon UD yang boleh disesuaikan dalam tiga posisi. Ini membolehkan penunggang menukar kelajuan dengan mudah. Selain itu, basikal ini turut merangkumi kerangka karbon dan brek cakera 160 mm yang kuat dan modular.
Pemegang handle dalam serat karbon menawarkan keselesaan yang tinggi dengan lengkungan ke hadapan 10°, memudahkan penunggang untuk mendapatkan kedudukan yang selesa untuk bernafas.
Roda yang kukuh dan berkualiti memberi kecekapan kayuhan yang baik, terutama semasa memecut basikal. Tayar Pirelli Cinturato Velo “tubeless ready” (35×700) menjanjikan cengkaman yang baik, keselesaan, dan ketahanan.
Harga bagi basikal ini bermula dari RM38,655 untuk model asas, namun basikal ini secara rasmi hanya berada di beberapa pasaran negara termasuk Indonesia, Eropah, UK, US, Filipina, Switzerland & Australia.
Ducati Futa bukan sahaja melangkah ke hadapan dalam pengalaman E-Road, tetapi juga memberikan keseronokan, prestasi, dan kecemerlangan yang dijangka daripada sebuah basikal canggih yang memenuhi cita rasa pengguna.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Mforce Buka Pusat Servis Mega Di Segambut, Sasar Tahap Servis Lebih Tinggi
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dua roda tempatan...