Komitmen Kerajaan Negeri Sarawak terhadap pembangunan infrastruktur jalan mencapai tonggak penting dengan peruntukan dana sebesar RM247 juta bagi menghubungkan Ulu Paku dan Jalan Ulu Kota di Spaoh. Melalui inisiatif ini, dijangka perjalanan antara Betong dan Pakan akan mengalami penyingkatan yang signifikan.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan penuh komitmen menyatakan bahawa jaringan jalan sepanjang 20 kilometer ini termasuk susuran dari Lebuh raya Pan Borneo akan disiapkan menjelang Januari 2027.
“Kemudahan jalan ini akan menyingkatkan perjalanan di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei sejauh kira-kira 50 kilometer,” katanya dalam kenyataannya pada hari Khamis.
Ads
Beliau menekankan bahawa pembinaan jalan ini telah mencapai tahap 4.4 peratus, jauh lebih awal 44 hari berbanding jadual yang telah ditetapkan. Uggah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, menjelaskan bahawa laluan ini merentasi kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian, dan Pakan.
Pengumuman telah dilakukan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya ini di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri. Sebelum ini, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik telah melakukan tinjauan tapak bagi mengawal kemajuan pembinaan jalan raya yang strategik ini.
Ads
Kredit Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pada disember 2021, LEGO Technic telah melancarkan kit motosikal dalam skala 1:5 untuk model BMW M 1000 RR. Walaupun LEGO tidak asing lagi dalam menghasilkan kit motosikal daripada pelbagai jenama, M 1000 RR mewakili sesuatu yang baharu dan berbeza berdasarkan saiz yang agak besar dan ketelitian setiap komponen lego tersebut.
LEGO Technic kini hadir dengan model kit motosikal yang terbaharu iaitu Yamaha MT-10 SP yang mempunyai 1478 kepingan lego. Tidak seperti model M 1000 RR, sistem gear pada kit MT-10 SP ini boleh berfungsi dan hanya tiga gear sahaja boleh ditukar dan anda boleh menggunakan pemijak kaki sebelah kiri seperti model sebenar motosikal tersebut.
Seperti yang anda perhatikan pada kotak, kit Yamaha MT-10 SP LEGO Technic ini menawarkan ciri realiti tambahan. Jika anda membuka aplikasi LEGO pada telefon pintar anda, dan menggunakannya untuk melihat kit anda yang telah siap, ia akan menunjukkan kepada anda beberapa perkara menarik tentang MT-10 SP sebenar. Mungkin ciri paling hebat di sini juga melibatkan sistem gear, Memandangkan anda tidak dapat melihat fungsi sistem gear sebaik sahaja anda memasang keseluruhan kit, ciri AR membolehkan anda melihat animasi sistem gear dalam gerakan yang hampir sama (tetapi tidak cukup) seperti pergerakan motosikal sebenar.
LEGO Technic Yamaha MT-10 SP akan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Ogos 2023. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut pasaran. Di Amerika Syarikat, Harga jualan yang dicadangkan adalah $239.99 (RM999). Untuk semua peminat LEGO, ada masih mempunyai masa untuk mengumpul duit sebelum produk ini memasuki pasaran pada bulan hadapan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Tayar adalah salah satu komponen paling penting bagi lori komersial, terutama untuk memastikan kelancaran operasi harian.
Namun, apabila tayar tidak dijaga dengan baik, ia boleh menjadi punca kemalangan serius. Dalam beberapa kes, tayar boleh tercabut dan menyebabkan kemalangan. Seperti yang berlaku beberapa minggu ini di lebuhraya tempatan yang menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak bersalah.
Dalam kes lain pula, tayar yang rosak boleh mengakibatkan lori hilang kawalan dan bertembung dengan kenderaan lain. Jadi, berapa kerap tayar lori sebenarnya perlu diganti?
Sumber -Internet
Peraturan Mengenai Tayar Lori
Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Federal Motor Carrier Safety Administration (FMCSA).
Tayar kenderaan komersial perlu memenuhi piawaian keselamatan tertentu, termasuk keperluan beban, tekanan angin, dan bebas daripada kecacatan. Namun begitu, tiada garis panduan yang spesifik tentang tempoh penggantian tayar lori.
Sebaliknya, FMCSA menekankan bahawa setiap tayar perlu mempunyai kedalaman bunga tertentu. Sebagai contoh, tayar lori mesti mempunyai kedalaman bunga sekurang-kurangnya 2/32 inci. Manakala tayar bahagian hadapan memerlukan kedalaman sekurang-kurangnya 4/32 inci.
Semasa pemeriksaan, kedalaman ini diukur pada bahagian alur utama tayar. Jika ada bahagian tayar yang mempunyai kedalaman bunga kurang daripada standard ini, tayar tersebut mesti diganti.
Peraturan ini turut menyentuh penggunaan tayar celup, regrooved, atau retread. Walaupun tayar celup tidak dibenarkan untuk bas komersial, ia dibenarkan untuk lori komersial dengan syarat kemampuan beban tayar tersebut tidak melebihi 2,231 kg.
Sumber -Internet
Berapa Kerap Tayar Perlu Diganti?
Secara umumnya, tayar lori disarankan untuk diganti setiap tiga hingga enam tahun. Namun, tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan jalan, cara pemanduan, dan penyelenggaraan berkala.
Penjagaan dan pemeriksaan rutin adalah kunci utama untuk menentukan bila tayar perlu diganti. Selain itu, jarak perjalanan atau mileage juga boleh dijadikan penanda aras. Dengan rekod jarak yang tepat, syarikat pengangkutan boleh mengira jumlah kilometer yang telah dilalui setiap tayar.
Hakikatnya, menentukan masa yang tepat untuk menggantikan tayar lori tidak semudah yang disangka. Oleh itu, syarikat pengangkutan dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan. Menggantikan tayar lebih awal adalah langkah bijak untuk mengelakkan risiko yang lebih besar.
Sumber -Internet
Akhir Kata
Menggantikan tayar lori pada waktu yang tepat bukan sahaja penting untuk keselamatan pemandu, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Dengan mematuhi piawaian keselamatan, melakukan pemeriksaan berkala, dan menggantikan tayar sebelum ia melebihi jangka hayat, risiko kemalangan akibat tayar rosak dapat dikurangkan.
Bagi pemandu atau pemilik lori, pastikan anda tidak mengambil ringan soal penyelenggaraan tayar. Ingat, melabur dalam tayar yang berkualiti dan menjaga keadaannya adalah pelaburan untuk keselamatan di jalan raya dan mampu menyelamatkan nyawa diri dan orang lain.
Lelaki Michelin, atau Bibendum, merupakan salah satu maskot paling dikenali di dunia. Terutama di kalangan pemandu trak. Walaupun anda mungkin biasa melihatnya menghiasi tayar trak di jalan raya atau sebagai hiasan di atas kenderaan di serata dunia, pernahkah anda terfikir bagaimana asal-usul maskot unik ini?
Idea Asal: “Nunc Est Bibendum”
Kisahnya bermula pada penghujung abad ke-19, ketika adik-beradik Michelin mempamerkan tayar keluaran mereka di sebuah ekspo di Lyon. Salah seorang daripada mereka menyedari bahawa jika timbunan tayar itu diberi tambahan tangan dan kaki, ia akan kelihatan seperti seorang lelaki. Dari idea tersebut, dengan bantuan seorang pelukis karikatur, lahirlah Lelaki Michelin.
Versi awal Bibendum diilhamkan daripada iklan seorang pembuat bir Jerman, tetapi konsepnya diubah daripada meminum bir kepada “menelan” halangan di jalan raya, simbol keupayaan tayar Michelin menjadikan perjalanan lebih lancar. Nama Bibendum pula berasal daripada frasa Latin “Nunc Est Bibendum” yang bermaksud “sekarang adalah masa untuk minum!”
Poster terawal syarikat Michelin
Dari Tayar Putih ke Maskot Ikonik
Pada waktu itu, tayar diperbuat daripada getah putih, menjadikan warna putih sebagai identiti Lelaki Michelin. Tambahan pula, pasaran utama tayar pada masa itu adalah untuk basikal, menyebabkan reka bentuk awal maskot ini terdiri daripada tayar yang lebih nipis berbanding bentuk tebal seperti yang kita kenali hari ini.
Bibendum menjadi duta jenama Michelin, bukan sekadar logo biasa. Dalam kempen promosi awal abad ke-20, individu memakai kostum Lelaki Michelin akan mengagihkan anak patung kecil Bibendum sebagai hadiah, mencipta daya tarikan yang pantas popular.
Kejayaan ini berterusan apabila maskot tersebut berkembang mengikut perubahan zaman. Dari seorang maskot berkaca mata monokel dan merokok cerut, Lelaki Michelin kini tampil lebih muda, langsing, dan aktif, dengan kasut sukan menggantikan but berat. Walaupun banyak berubah, warna putih yang menjadi identiti utamanya tetap kekal.
Maskot Michelin – Bibendum
Simbol Nilai dan Keselamatan
Seiring perkembangan Michelin dalam industri automotif, Lelaki Michelin terus mencerminkan nilai-nilai syarikat seperti keselamatan, inovasi, dan kebolehpercayaan. Populariti maskot ini melonjak hingga diiktiraf sebagai logo terbaik dunia oleh Financial Times pada tahun 2000. Kajian turut menunjukkan bahawa 90% penduduk dunia dapat mengenalinya dengan segera.
Ikon Global di Jalan Raya
Di beberapa negara, peminat Michelin mula meletakkan replika Lelaki Michelin di atas kenderaan mereka, terutamanya trak. Selepas Perang Dunia Kedua, tayar radial yang diperkenalkan oleh Michelin menambah reputasi syarikat dalam industri trak, menjadikan maskot ini sebagai simbol keselamatan dan penjaga setia di jalan raya.
Walaupun trend ini kurang popular di Amerika Syarikat, ia tetap menjadi fenomena di negara lain seperti Brazil dan Thailand. Jadi, jika anda berjalan-jalan di luar negara, jangan terkejut melihat Lelaki Michelin di atas kenderaan besar atau tuk-tuk!
Lelaki Michelin bukan sekadar maskot; ia adalah simbol universal yang menggabungkan nilai jenama dengan daya tarikan global. Sejak lebih satu abad, kehadirannya di jalan raya mengingatkan kita tentang inovasi dan keselamatan yang dijanjikan oleh Michelin kepada pemandu di seluruh dunia.
The Art of Unexpected kembali menggegar dunia automotif dengan kelahiran edisi terhad terbaharu – Ducati Panigale V4 Lamborghini. Hasil kolaborasi ikonik dua jenama legenda dari...