“Left Hand Drive”, Sejarah Bermula di Jalan, Bukan di Kilang
Sebelum era kereta moden dan teknologi bantuan pemanduan, peraturan jalan raya ditentukan oleh adat, senjata dan… kuda.
Di zaman pertengahan Eropah, manusia lazim menunggang kuda di sebelah kiri jalan bukan untuk suka-suka, tapi kerana majoriti orang menggunakan tangan kanan.
Menunggang di kiri memudahkan mereka menghunus pedang jika bertembung dengan musuh.
Britain memuktamadkan sistem ini secara rasmi melalui Highway Act 1835, menjadikan peraturan “drive on the left” sebagai undang-undang.
Negara-negara jajahan British seperti Malaysia, India, Australia dan Afrika Selatan turut mewarisi sistem yang sama hingga ke hari ini.
Revolusi Perancis Ubah Haluan Eropah
Di tanah besar Eropah, cerita berbeza.
Ketika Napoleon Bonaparte bangkit pada akhir abad ke-18, beliau memperkenalkan sistem pemanduan di sebelah kanan jalan sebagai simbol revolusi bertentangan dengan tradisi aristokrat British.
Negara seperti Perancis, Sepanyol, Belgium, Itali dan Jerman menukar sistem ini dan menyebarkannya ke seluruh Eropah benua melalui empayar Napoleon.
Henry Ford dan ‘Left Hand Drive’ Global
Di Amerika Syarikat pula, industri automotif berkembang pesat pada awal 1900-an.
Henry Ford mencipta Model T pada tahun 1908 dengan posisi stereng di sebelah kiri kenderaan (LHD).
Logik Ford: meletakkan pemandu di kiri memudahkan penumpang turun dari sebelah tepi jalan (kanan), dan memberikan pandangan lebih baik ke arah tengah jalan untuk memotong kenderaan.
Ads
Ia terbukti lebih praktikal dan selamat untuk negara yang memandu di sebelah kanan jalan dan reka bentuk ini kemudian menjadi piawaian global untuk kenderaan LHD.
Amerika mula mempengaruhi banyak negara lain melalui eksport, terutamanya di benua Amerika Latin, Eropah Timur dan Asia Tenggara.
Jepun, Malaysia dan Warisan Stereng Kanan
Walaupun tidak pernah dijajah British, Jepun mengekalkan sistem pemanduan di sebelah kiri kerana jurutera British membantu membina sistem rel negara itu pada abad ke-19.
Infrastruktur rel yang dibina mengikut piawaian British kemudiannya mempengaruhi sistem jalan raya.
Jepun menetapkan sistem ini secara rasmi pada tahun 1924.
Malaysia pula jelas: kita ikut sistem RHD kerana warisan penjajahan British.
Ads
Undang-undang jalan raya kita menetapkan kenderaan mesti memandu di kiri jalan, dan kereta wajib mempunyai stereng kanan (RHD).
Kejuruteraan: Mengapa Kedudukan Pemandu Penting?
Dari sudut kejuruteraan automotif, keputusan meletakkan pemandu di sebelah bertentangan dengan aliran trafik adalah penting untuk keselamatan dan penglihatan hadapan. Contohnya:
Negara pemanduan kanan jalan (Right Hand Drive) = kereta LHD
Negara pemanduan kiri jalan (Left Hand Drive) = kereta RHD
Ini membolehkan pemandu duduk lebih dekat dengan tengah jalan memudahkan proses memotong dan memberi jarak pandang lebih baik.
Jika sebaliknya, pemandu akan duduk terlalu dekat dengan bahu jalan dan sukar melihat trafik bertentangan.
Bila Negara Tukar Arah Pemanduan
Menukar sistem pemanduan bukan hal yang kecil.
Ia melibatkan jutaan kos, penyesuaian infrastruktur dan pendidikan semula pemandu.
Ads
Tapi ada negara yang pernah lakukannya, antaranya:
Sweden (1967): Tukar dari laluan kiri ke kanan dalam operasi besar “Dagen H”, siap dengan papan tanda baru, kempen nasional dan latihan awam. Pelik tapi benar, kadar kemalangan menurun sementara waktu kerana pemandu lebih berhati-hati.
Samoa (2009): Tukar dari laluan kanan ke kiri untuk membolehkan rakyat beli kereta Jepun dan Australia yang lebih murah (RHD). Walaupun ramai membantah, perubahan berjalan lancar — siap cuti umum dan larangan jual alkohol pada hari pertukaran.
Ghana & Nigeria (1970-an): Tukar ke laluan kanan kerana jiran sekeliling (bekas koloni Perancis) semua memandu di kanan. Demi keseragaman serantau.
Realitinya Hari Ini
Sekitar 65% negara di dunia menggunakan sistem pemanduan sebelah kanan jalan (Left Hand Drive) termasuk Eropah, China, AS dan sebahagian besar Afrika.
Baki 35% negara, termasuk Malaysia, UK, Jepun, Australia dan India, kekal dengan pemanduan sebelah kiri jalan (Right Hand Drive).
Tiada sistem yang ‘lebih baik’. Yang penting ialah keseragaman, kesesuaian infrastruktur, dan reka bentuk kereta yang selari dengan arah pemanduan.
Stereng Bukan Sekadar Kanan atau Kiri
Posisi stereng bukan sekadar soal ergonomik atau kebiasaan ia mencerminkan sejarah, politik, penjajahan dan evolusi teknologi.
Sebuah kereta RHD atau LHD dicipta khas untuk peraturan sesebuah negara.
Menukar sisi jalan, secara praktikal, ibarat menukar DNA sesebuah negara.
Tak kisah kiri atau kanan, janji pandu ikut undang-undang dan jangan cilok ikut suka hati.
WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd dan pengedar eksklusif kenderaan elektrik (EV) jenama GAC AION sejak Januari lalu, telah melancarkan model crossover elektrik GAC AION Y Plus 2024 secara rasmi di Malaysia Autoshow 2024.
GAC AION Y Plus, yang memasuki pasaran EV Malaysia dengan harga bermula dari RM119,800.00, hadir dalam dua varian iaitu ‘Elite’ dan ‘Premium’. Kedua-dua varian ini dibina berasaskan platform AEP 2.0 terbaru GAC AION, dan dilengkapi dengan bateri LFP ‘magazine’ 63.2 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 490 KM (NEDC).
Perasmian Aion Y PLus oleh Mr Tan Keng Meng(kiri), Mr Nizmar Nazar (tengah) & Mr Ma Haiyang (kanan)
Kelebihan Aion Y Plus
Model ini menampilkan reka bentuk yang berani dan dilengkapi dengan teknologi terkini serta Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS), menjadikannya teman sempurna yang mempamerkan karakter dan gaya unik pemiliknya.
Kedua-dua varian dilengkapi dengan jaminan kenderaan asas selama 8 tahun/160,000 KM dan jaminan bateri EV, Motor Pemanduan, dan Kawalan Elektrik selama 8 tahun/200,000 KM.
Harga yang ditawarkan adalah RM119,800.00 untuk varian Elite dan RM135,800.00 untuk varian Premium. Untuk pasaran Malaysia, GAC AION Y Plus ditawarkan dalam tujuh pilihan warna luaran yang menarik serta lima pilihan warna dalaman, memberikan 35 kombinasi keseluruhan untuk dipilih oleh pelanggan.
GAC Aion Y Plus – Bahagian luaran
Pakej Jaminan dan Tawaran Awal
WTCA menawarkan pakej jaminan komprehensif dan selepas jualan yang menjadikan crossover SUV ini sebagai teman ideal untuk sesiapa sahaja. Sebagai tambahan, WTCA menawarkan tawaran eksklusif early bird untuk 200 tempahan pertama GAC AION Y Plus.
Mereka yang membuat tempahan awal akan menerima:
– Pengecas Dinding Rumah 7kW percuma (bernilai RM3,500)
– RM1,000 kredit pengecasan JomCharge percuma
Tawaran ini hasil daripada kerjasama baru WTCA dengan EV Connection Sdn Bhd (“EVC”), syarikat pengecas EV terkemuka di Malaysia. EVC adalah penyedia rangkaian pengecas EV terbesar dengan lebih daripada 1,000 pengecas di seluruh negara. Pelanggan GAC AION Y Plus akan menjadi antara yang pertama menikmati ciri Autocharge baru yang premium ini.
GAC Aion Y Plus – Bahagian luaran
Pilihan Aksesori
Pelanggan juga boleh memilih daripada dua pakej aksesori khas:
– Set Gaya Hidup Pengembaraan Luar: Set lengkap perkhemahan berjenama GAC AION dan Kabel V2L (untuk kegunaan varian Premium sahaja).
– Set Panggung Wayang Mudah Alih ‘Me-Time’: Set pawagam dalam kereta GAC AION membolehkan anda menikmati tayangan filem dalam keselesaan GAC AION Y Plus.
GAC Aion Y Plus – Ruang Dalaman
Ciri-ciri dan Prestasi
GAC AION Y Plus menampilkan elemen reka bentuk SUV yang trendy dengan teknologi canggih. Lampu LED Angel Wing, lampu belakang LED Skyline, pemegang pintu automatik, dan bumbung suria panoramik adalah antara ciri yang ada.
Kedua-dua varian menggunakan motor elektrik hadapan berkuasa 150 kW (204 PS) dan 225 NM, memberikan prestasi memuaskan dengan pecutan 0-100 KM/H dalam masa 8.5 saat.
Di dalam, GAC AION Y Plus menawarkan kabin yang luas dan dilengkapi dengan ciri-ciri mewah. Seperti tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektrik, skrin sentuh infotainment 14.6 inci, kawalan suhu automatik, dan banyak lagi.
Varian Premium dilengkapi dengan ciri tambahan seperti tempat duduk penumpang depan yang boleh dilaras secara elektrik dan pengecas tanpa wayar.
GAC Aion Y Plus – Ruang Dalaman
Infrastruktur Selepas Jualan
WTCA telah menubuhkan rangkaian 21 bilik pameran dan pusat servis baru di seluruh negara untuk menyokong pelanggan mereka. Lebih banyak pusat akan dibuka dalam tahun ini.
Ketibaan GAC AION Y Plus di Malaysia adalah langkah terbaru bagi WTCA selepas pelancaran GAC GS3 EMZOOM pada April. Ini menunjukkan kerjasama erat antara WTCA dan GAC Group dalam mengembangkan jenama GAC AION di Malaysia.
Jenama Ultraviolette telah memperkenalkan motosikal elektrik terbarunya, F99, dalam acara EICMA 2023. Jenama yang berpangkalan di Bengaluru ini mengumumkan F99 sebagai langkah pertama mereka ke arah platform perlumbaan.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Ultraviolette F99 merupakan motosikal elektrik dikuasakan oleh motor elektrik W, menghasilkan kuasa puncak sebanyak 122.36 PS. Ia hadir dengan berat 178 Kg dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Manakala pilihan warna untuk Ultraviolette F99 adalah merah dan kelabu.
F99 merupakan motosikal yang direka untuk perlumbaan yang dihasilkan di India. Motosikal yang dilengkapi dengan sistem penyejuk cecair ini mampu mengeluarkan kuasa puncak sehingga 90kW dengan kelajuan puncak yang menakjubkan sebanyak 265 km/jam.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Dengan daya pecutan daripada 0-100 km/jam hanya mengambil masa 3 saat. Dengan berat hanya 178kg, F99 hadir dengan carbon fibrebodyworks dan aerodinamik yang sangat futuristik. Setiap sayap di sisi fairing akan berfungsi apabila motosikal bergerak dan condong ke arah satu sudut, memberikan kestabilan yang lebih baik.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Pengeluar menyatakan bahawa versi pengeluaran F99 akan dilancarkan secara global pada tahun 2025. Mungkin model ini bakal menjadi persaingan sengit dengan motosikal elektrik keluaran Ducati, namun dengan kehadiran motosikal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa India juga mampu untuk bersaing dengan jenama pengeluar motosikal terbesar di dunia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jika kita mempertimbangkan dunia supercar, elemen kejutan adalah perkara biasa. Namun, ketika Koenigsegg mengeluarkan Jesko pada Geneva Motor Show 2019, ia melampaui jangkaan. Dalam masa yang singkat, kesemua 125 unit supercar ini telah ditempah oleh peminat kelajuan sejati.
Secara eksklusif, hanya sekitar 40 hingga 50 unit Jesko dikeluarkan setiap tahun. Pada Jun 2023, pemilik pertama menerima kunci keindahan ini. Walaupun begitu, proses pengeluaran Jesko berterusan, dengan setiap unit baru muncul dari garisan pengeluaran dengan ciri-ciri yang menakjubkan.
Jesko Attack ini bernadikan enjin V8 5.0 liter turbo berkembar, menghasilkan kuasa sebanyak 1,280 hp secara standard atau 1,600 hp dengan menggunakan bahan api E85. Kuasa ini dipancarkan ke roda belakang melalui kotak gear Light Speed Transmission (LST) sembilan nisbah kelajuan.
Kredit Foto: Careta.my
Ketika menghayati rekaan Jesko varian Attack, elemen aerodinamik yang agresif segera mencuri perhatian – sayap belakang, splitter depan, diffuser belakang – semuanya dicipta untuk prestasi terbaik. Setiap panel luaran diperbuat daripada gentian karbon yang mengagumkan. Namun, Koenigsegg tidak berhenti di situ.
Mereka melapisi Jesko dengan lapisan jernih yang mempunyai serpihan emas. Komponen seperti canard depan, cermin sisi, flik aerodinamik, dan plat sayap belakang diperkemas dengan elemen emas 24 karat tulen.
Jesko tidak sekadar sebuah kenderaan, ia adalah karya seni bergerak yang mencorak masa depan kelas supercar. Koenigsegg Jesko bukan sahaja melampaui kecemerlangan prestasi, tetapi juga menaikkan status keunggulan dalam rekaan dan teknologi. Ia membuktikan keindahan yang kekal abadi dalam dunia kelajuan tinggi.
1 of 9
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...