Kereta

Armor All® Podium Kini di Malaysia — Kerjasama Eksklusif Bersama Oracle Red Bull Racing

Share

Cuci kereta percuma menanti anda 21 & 22 Jun ini di Elmina Lakeside Mall!

Buat peminat kereta yang tak pernah kompromi bab kebersihan dan penampilan kereta. Armor All® kini memperkenalkan Siri Podium Armor All®. Barisan produk penjagaan kenderaan berprestasi tinggi hasil kerjasama dengan pasukan Formula One terkemuka dunia, Oracle Red Bull Racing.

Lokasi Pelancaran

Pelancaran rasmi siri ini berlangsung meriah di Elmina Lakeside Mall, di mana para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali lebih dekat produk-produk terbaharu Armor All®. Malah, pengunjung berpeluang menikmati cucian kereta percuma menggunakan siri produk ini.

Menurut wakil Armor All Malaysia

“Melalui kolaborasi bersama Oracle Red Bull Racing, kami ingin membawa pengalaman penjagaan kereta bertaraf profesional kepada rakyat Malaysia.” Jelas Diane Lee, Pengarah Perniagaan untuk Malaysia, Singapura & Vietnam di Energizer Malaysia Sdn Bhd.

“Di negara yang rakyatnya memang sayang akan kereta, kami yakin Siri Podium ini akan jadi pilihan utama untuk penampilan kereta yang sentiasa mantap, tak kira cuaca atau gaya hidup.”

Direka untuk Iklim dan Gaya Hidup Malaysia

Siri ini menggunakan formula seramik hibrid SiO2 premium, direka khas untuk memberi perlindungan jangka panjang, kalis air dan tahan cuaca. Setiap produk menampilkan teknologi eksklusif Armor All® yang dipatenkan. Serta reka bentuk pembungkusan pintar seperti botol boleh kitar semula dan picu semburan tersuai.

Lima Produk Utama Siri Podium Armor All®:

  1. Hybrid Ceramic Wash & Shine – Buih pekat dengan kesan berkilat dan perlindungan kalis air.
  2. Hybrid Ceramic Tire Shine – Memberi kilauan tahan sehingga 4 minggu pada tayar.
  3. Hybrid Ceramic Exterior Detailer – Menghidupkan semula warna pada permukaan luar termasuk vinil dan pelekat.
  4. Interior Detailer – Bersihkan dan lindungi permukaan dalaman dengan kemasan semula jadi serta perlindungan UV.
  5. Hybrid Ceramic Protectant – Kurangkan habuk dan lindungi daripada kotoran dengan perlindungan UVA & UVB.

Cuci Percuma, Rasa Sendiri!

Orang ramai dijemput untuk mencuba sendiri kehebatan Siri Podium pada 21 dan 22 Jun 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di tempat letak kereta terbuka Elmina Lakeside Mall.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuci kereta anda secara PERCUMA dengan produk premium ini.

Kini, Siri Podium Armor All® boleh didapati di lokasi terpilih seluruh negara dan juga dalam talian.

Dari kiri ke kanan: Alvin Cheah, Pengarah Saluran Perdagangan Moden; Diane Lee, Pengarah Perniagaan (Malaysia, Singapura & Vietnam); Thean Ong Kee, Pengaruh Saluran Perdagangan Tradisional; Aaron Ang, Pengurus Jenama Kanan (Malaysia, Singapura & Vietnam), merasmikan pelancaran Armor All Podium Series – yang dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama Oracle Red Bull Racing.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Armor All® di media sosial atau layari: https://armorallpodiumseries.com/

Dari Energizer Malaysia

Baca Juga Elak Calar, Kereta Sentiasa Malar – Panduan Penjagaan Cat Kenderaan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan