Setiap pagi kita berdepan dilema yang sama – nak drive sendiri ke tempat kerja, atau naik e-hailing? Dalam dunia yang makin sibuk dan kos sara hidup yang tak menentu, keputusan ni bukan sekadar soal selesa atau senang.
Ia melibatkan bajet, masa, tahap stress harian dan juga kesan terhadap alam sekitar. Bila difikirkan, pilihan kita sebenarnya boleh memberi impak besar terhadap gaya hidup jangka panjang. Jadi, mari kita bongkar betul-betul kelebihan dan kekurangan dua pilihan popular ini.
Memandu Sendiri – Bebas Tapi Mahal?
Bila pembaca bawa kereta sendiri, kelebihan paling utama ialah kebebasan penuh dari A sampai Z. Pembaca boleh keluar ikut masa sendiri tanpa perlu kompromi dengan sesiapa. Kalau rasa nak jalan awal untuk elak jem, boleh terus gerak.
Kalau tiba-tiba teringat nak singgah dobi, beli sarapan, atau berhenti isi minyak, tak perlu bincang dengan sesiapa. Semuanya atas keputusan pembaca sendiri. Dan untuk yang ada anak atau tanggungjawab keluarga, memandu sendiri bagi fleksibiliti penuh untuk urus pelbagai komitmen.
Tapi segala kebebasan ni datang dengan kos yang bukan calang-calang. Harga petrol makin tinggi, tol makin bertambah, dan parking kat kawasan bandar – kadang-kadang lebih mahal dari makan tengah hari.
Itu belum masuk servis berkala, tayar, bateri, insurans, road tax, dan wear & tear yang memang tak boleh lari. Kalau bawa kereta setiap hari, kos bulanan memang boleh cecah ratusan atau ribuan ringgit, bergantung pada jenis kenderaan.
Selain kos, tekanan mental juga satu faktor yang tak boleh dipandang ringan. Pagi-pagi dah kena tahan sabar dalam trafik, mental dah tercabar sebelum punch in kerja. Bila balik kerja pun sama – mental penat, fizikal pun lesu. Kalau pembaca jenis yang cepat burnout, rutin ni boleh jadi punca tekanan harian.
Ads
Kelebihan:
Kebebasan penuh dari segi masa dan laluan.
Privasi dan keselesaan, especially kalau bawa kereta sendiri lebih selesa dari pengangkutan awam.
Sesuai untuk mereka yang ada jadual kerja fleksibel atau kerja luar pejabat.
Kekurangan:
Kos bulanan tinggi (minyak, tol, maintenance, parking, insurans).
Tekanan mental yang konsisten akibat trafik dan masa menunggu.
Menyumbang kepada pencemaran dan kesesakan lalu lintas.
Naik E-Hailing – Jimat Tapi Terikat?
Naik e-hailing seperti Grab atau inDrive kini jadi pilihan ramai, terutamanya di bandar besar. Ia mudah diakses, tak perlu fikir pasal parking, dan pembaca boleh duduk relaks sepanjang perjalanan – sama ada nak scroll TikTok, balas emel, atau dengar podcast.
Dari segi kos, naik e-hailing boleh jadi lebih jimat jika pembaca tinggal berdekatan dengan tempat kerja atau hanya perlu perjalanan pendek. Tak perlu keluar duit untuk servis kereta, insurans, atau tol. Malah, kalau guna promosi atau diskaun yang ditawarkan platform e-hailing, lagi berbaloi.
Ads
Namun, ada juga cabaran. Pembaca terikat dengan availability pemandu, dan waktu puncak boleh menyebabkan harga tambang melonjak tinggi. Kalau ada kecemasan atau perlu ke beberapa lokasi berbeza dalam satu hari, naik e-hailing mungkin kurang praktikal dari segi masa dan kos.
Kelebihan:
Tak perlu risau pasal maintenance, minyak, atau tol.
Boleh manfaatkan masa dalam kereta untuk berehat atau buat kerja.
Lebih mesra alam jika berkongsi kenderaan (ride-sharing).
Kekurangan:
Terikat dengan waktu dan ketersediaan pemandu.
Harga boleh berubah mengikut waktu puncak dan permintaan.
Kurang fleksibel kalau ada banyak destinasi dalam satu hari.
Pilih Ikut Gaya Hidup dan Keperluan Sendiri
Akhirnya, tiada satu pilihan yang boleh dianggap “betul” untuk semua orang. Kalau pembaca ada komitmen tinggi, perlu bergerak ikut masa sendiri, dan mampu tanggung kos, memandu sendiri adalah pilihan logik. Tapi kalau pembaca nak kurangkan kos hidup dan kurangkan tekanan harian, naik e-hailing adalah pilihan yang sangat praktikal.
Ads
Sebenarnya, tak salah pun kalau kita gabungkan kedua-dua kaedah ni. Contohnya, drive sendiri dua hari seminggu, dan guna e-hailing baki hari lain. Dengan cara tu, kita dapat balance antara fleksibiliti, kos, dan keselesaan.
Apa pun pilihan pembaca, pastikan ia sesuai dengan lifestyle, bajet, dan keperluan harian. Dan kalau ada peluang untuk lebih mesra alam dan jimat, kenapa tak cuba?
Mimpikan sebuah kereta yang mengilap di depan pintu rumah? Tidak perlu bermimpi lagi! Dengan sedikit disiplin dan strategi, kita dapat mengumpulkan dana untuk membeli kereta impian tanpa perlu menjejaskan keadaan kewangan masing-masing. Mari kita lihat beberapa langkah praktikal untuk menyusun strategi simpan duit yang berkesan:
Tetapkan Matlamat yang Jelas
Sebelum mula menyimpan, tentukan kereta mana yang ingin kita beli. Adakah kereta mewah atau kereta yang lebih praktikal? Mengetahui jumlah wang yang diperlukan akan membantu kita membuat perancangan kewangan yang lebih baik.
Buat Bajet yang Realistik
Kita juga perlu tahu berapa banyak wang yang perlu disimpan setiap bulan. Buat bajet yang teliti, termasuk semua perbelanjaan bulanan dan sumber pendapatan anda. Selidiklah di mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan dan letakkan jumlah yang disenaraikan untuk simpanan kereta.
Simpanlah Secara Berterusan
Disiplin adalah kuncinya di sini. Tetapkan amaun yang hendak disimpan setiap bulan dan patuhi komitmen itu. Anda boleh menggunakan akaun simpanan yang mempunyai kadar faedah yang baik atau akaun simpanan khusus untuk tujuan ini.
Jauhi Nafsu Membeli
Menahan diri daripada membeli barang-barang mewah yang tidak diperlukan dapat membantu kita mengumpulkan lebih banyak wang untuk kereta. Fikirkan dua kali sebelum membuat pembelian besar-besaran dan fikirkan sama ada ia akan menghalang matlamat anda untuk membeli kereta.
Kredit Foto: Internet
Jual Barang yang Tidak Digunakan
Mungkin ada barang-barang di rumah yang tidak lagi digunakan. Mengapa tidak menjualnya untuk mendapatkan duit tambahan untuk simpanan kereta anda? Ini bukan sahaja akan membantu anda membersihkan rumah, tetapi juga meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat.
Pertimbangkan Pilihan Pembiayaan
Selain daripada simpanan sendiri, anda juga boleh mempertimbangkan pelbagai pilihan pembiayaan seperti pinjaman kenderaan atau pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh pengeluar kereta. Bandingkan kadar faedah dan terma-terma untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik.
Tetapkan Sasaran yang Realistik
Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Jika anda tidak dapat mencapai sasaran simpanan setiap bulan, jangan putus asa. Sesuaikan bajet anda atau cari cara untuk meningkatkan pendapatan anda. Yang penting, teruskan usaha anda dengan tekun.
Pantau Kemajuan Anda
Selalu semak kemajuan simpanan anda. Ini akan membantu anda mengetahui jika anda berada di landasan yang betul atau jika anda perlu membuat penyesuaian pada perancangan kewangan anda. Melihat simpanan anda berkembang juga boleh memberi dorongan motivasi tambahan.
Kesimpulannya, membeli kereta impian bukanlah impian yang tidak dapat dicapai. Dengan perancangan yang baik, disiplin, dan komitmen, anda dapat mencapai matlamat anda untuk memiliki kereta yang anda inginkan. Mulakan sekarang, dan sebelum anda sedar, anda akan memandu kereta impian anda di jalan raya!
Honda Civic, sebuah model kereta yang tidak asing lagi di mata peminat kereta di Malaysia. Namun, Civic yang kita kenal di Malaysia merupakan satu dari dua versi yang dihasilkan oleh Honda Global.
Bagi pasaran Asia Tenggara terutama negara dibawah ASEAN, kita menerima Civic Sedan atau Honda FE sebagai model jualan rasmi kerana menurut Honda, model Sedan (FE) lebih laku dan popular berbanding model Hatchback (FL).
Namun begitu, kita masih boleh membeli Honda FL di kedai import terpakai di serata Malaysia dengan harga yang kompetitif. Sekitar RM175,000 hingga RM188,000, bergantung kepada spesifikasi.
Beza Versi FL1 & FL5
Jadi, apa beza FL1 dan FL5? Kalau anda bukan peminat kereta, mungkin anda akan berkata “Sama je aku tengok” namun jika diperhati sebenarnya banyak perbezaan yang ketara dan tidak ketara pada model-model ini.
Kami ada buat video mengenai perbezaan ini, anda boleh lihatnya di bawah artikel ini, namun untuk yang nak membaca, ini adalah bezanya; body-kit, rim, aksesori lain seperti emblem, spoiler, gril depan, carpet dalam, kerusi, dan semestinya harga.
Pertama, body-kit, kelebaran body-kit pada FL5 sangat ketara berbanding FL1 yang kelihatan seperti FE, ini adalah penting kerana fokus FL5 adalah pada kelajuan berbanding FL1 untuk praktikaliti.
Dari segi rim, FL1 mempunyai rim yang sama seperti FE RS manakala FL5 menerima rim yang lebih sporty. Spoiler pula hanya terdapat pada FL5 bagi membantu daya mendapan yang diperlukan pada kelajuan tinggi.
Selain itu, hud depan FL1 lebih kemas dengan sedikit lengkungan aerodinamik berbanding FL5 yang lebih berlekuk-lekuk serta mempunyai lubang angin. Ia meninggalkan FL5 dengan rupa yang agresif dan ‘garang’.
Seterusnya, prestasi bagi kedua model ini, bagi FL1, Honda ‘menyuntik’ 180 kuasa kuda dan 244Nm tork dengan penggunaan enjin 1.5 liter turbo. Manakala, untuk FL5, Honda menggunakan enjin 2.0 liter turbocharger transmisi manual yang menghasilkan 325HP dan 420Nm tork.
Dalam pada itu, perbezaan harga juga sangat ketara iaitu hampir RM150,000. Harga semasa bagi FL5 pasaran recon bermula sekitar RM328,000 manakala untuk FL bermula dari RM175,000.
Kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri dan buatlah keputusan berpaksikan realiti, kelak esok memakan diri. Ambil kira faktor ekonomi juga bukan sekadar sosial status sahaja. Dalam pada itu, pembelian kereta mestilah tidak lebih 30% dari gaji bersih jika tidak mahu ‘sesak’ di tengah bulan.
Dengan kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang semakin membimbangkan. Seorang pakar keselamatan jalan raya menyarankan agar undang-undang diperkenalkan untuk mewajibkan pembinaan lorong motosikal setiap kali jalan baru dibina.
Dr. Law Teik Hua – FMT
Menurut Profesor Madya Dr. Law Teik Hua dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia. Pembinaan lorong khas motosikal mampu mengurangkan kemalangan dan kematian melibatkan penunggang motosikal sehingga 30% hingga 40%.
“Membina lorong motosikal pada jalan sedia ada adalah sesuatu yang sukar dan memakan kos tinggi kerana perlu diubah suai. Oleh itu, undang-undang perlu digubal untuk memastikan lorong ini disediakan semasa pembinaan jalan baru,” katanya.
Malaysia Hampir Gantikan Thailand dalam Kadar Kematian Penunggang
Data menunjukkan situasi di Malaysia semakin kritikal, dengan 70.2% daripada 2,954 kematian di jalan raya antara Januari hingga Ogos 2021 melibatkan penunggang motosikal.
Ini meletakkan Malaysia hampir menggantikan Thailand sebagai negara dengan kadar kematian penunggang motosikal tertinggi di dunia.
Menurut laporan WHO pada 2018, penunggang motosikal dan kenderaan roda tiga menyumbang 74% daripada keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya di Thailand. Malaysia kini dilihat menuju ke arah yang sama jika langkah proaktif tidak diambil segera.
Lorong Motosikal di Lebuhraya Persekutuan – KKR
Lorong Kecemasan Bukan Untuk Motosikal
Dr. Law turut menekankan bahawa kemalangan motosikal sering berlaku di lebuh raya apabila penunggang menggunakan lorong kecemasan, yang sebenarnya dikhaskan untuk kecemasan sahaja.
“Kita sering dengar kes penunggang motosikal yang merasakan lorong kecemasan adalah untuk mereka, sedangkan ia tidak direka untuk itu. Kerajaan tidak boleh memandang ringan isu ini dan perlu mengambil tindakan segera,” tambahnya.
Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menambah baik sistem pengangkutan awam sebagai penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan bilangan motosikal di jalan raya.
Pakaian Perlindungan dan Larangan Motosikal Kecil di Lebuh Raya
Rosli Azad Khan – FMT
Sementara itu, perunding perancangan pengangkutan, Rosli Azad Khan, mencadangkan agar pemakaian pakaian perlindungan seperti jaket dan seluar khas diwajibkan untuk penunggang motosikal.
Katanya, ini dapat melindungi penunggang daripada kecederaan serius kerana ciri keselamatan untuk motosikal ketika ini hanya tertumpu pada pemakaian topi keledar.
Selain itu, Rosli turut mencadangkan agar motosikal kecil berkuasa bawah 250CC dihalang daripada menggunakan lebuh raya.
“Angin lintasan daripada kenderaan berat seperti bas dan lori boleh menyebabkan motosikal kecil hilang kawalan, terutamanya pada kelajuan tinggi. Kemalangan seperti ini hampir selalu membawa maut,” jelasnya.
Masa untuk Bertindak
Statistik dan pandangan pakar ini menunjukkan keperluan mendesak untuk langkah lebih ketat dalam keselamatan motosikal di Malaysia. Lorong motosikal bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa. Malah, dapat mengurangkan risiko kemalangan yang memberi kesan kepada semua pengguna jalan raya.
Kerajaan perlu mengambil serius cadangan ini dan melabur dalam penyelesaian jangka panjang. Termasuk infrastruktur khusus dan peningkatan pengangkutan awam. Langkah ini penting bagi memastikan jalan raya Malaysia menjadi lebih selamat untuk semua.
Lotus Emira Baharu Kini Lebih Mantap dan Selesa
Lotus Emira merupakan jentera sports daripada Lotus yang terkenal dengan keseimbangan antara prestasi dan gaya.
Kini model ini...