GWM Malaysia kembali menghangatkan pasaran automotif tempatan dengan pengenalan satu lagi jentera serba boleh yang padat dengan gaya dan teknologi – GWM TANK 500 HEV.
SUV hibrid premium ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan tempahannya kini sudah dibuka kepada umum. Kalau anda sedang mencari SUV yang bukan sahaja tampan di mata, tapi juga mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan jalan – ini mungkin jawapannya.
Prestasi Jualan Model Sebelumnya
Melihat kepada kejayaan TANK 300 sebelum ini. TANK 500 HEV dibangunkan sebagai jawapan untuk mereka yang mahukan lebih daripada SUV biasa. Ia padat dengan kuasa, kemewahan dan inovasi – satu kombinasi yang sukar ditandingi dalam pasaran semasa.
Di bawah bonet, TANK 500 HEV dikuasakan enjin turbo 2.0-liter 4-silinder yang digandingkan dengan sistem hibrid dan transmisi automatik 9-kelajuan. Hasilnya? Kuasa gabungan sebanyak 346 PS dan tork maksimum 648 Nm. Angka yang cukup garang untuk sebuah SUV bersaiz penuh.
Ia juga datang dengan sistem pacuan semua roda (4WD) pintar lengkap dengan M-Lock. Serta 11 mod pemanduan termasuk mod off-road seperti TANK Turn dan Off-Road Cruise Control. Pendek kata, nak redah bandar atau hutan – dua-dua boleh!
Ads
Dimensi Kenderaan
Dari segi saiz, TANK 500 HEV ini bukan calang-calang. Panjangnya mencecah 5,078 mm, lebar 1,934 mm dan tinggi 1,905 mm. Cukup besar untuk memuatkan tiga baris tempat duduk yang selesa untuk tujuh orang. Dan jangan risau tentang keselesaan, sebab bahagian dalamannya memang kelas atasan.
Bayangkan anda duduk di kerusi balut kulit NAPPA, dengan audio Infinity mengalunkan muzik kegemaran. Sambil duduk di tempat duduk hadapan yang ada fungsi urut dan pengudaraan.
Malah, ada pemijak sisi elektrik untuk memudahkan naik turun. Ini bukan sekadar SUV – ini ruang santai bergerak.
Ciri Keselamatan
Dari sudut keselamatan pula, GWM tidak berkompromi. Enam beg udara, struktur badan yang kukuh, serta teknologi bantuan pemanduan tahap L2+ menjadikan TANK 500 HEV ini bukan sahaja selesa tetapi juga selamat.
Ads
Ia juga dilengkapi dengan ‘transparent chassis’. Fungsi unik yang membolehkan anda melihat keadaan bawah kereta semasa memandu off-road. Memang canggih!
Untuk penampilan luar pula, anda boleh pilih antara tiga warna bergaya – Crystal Gray, Hamilton White, atau Sun Black. Mana satu pun, semuanya menaikkan aura premium jentera ini.
Harga anggaran bagi TANK 500 HEV adalah di bawah RM350,000. Ia boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM di seluruh negara. Termasuk di lokasi popular seperti Glenmarie, Setia Alam, Sungai Besi, USJ, Butterworth, dan Johor Bahru.
Ads
Kalau anda jenis kaki kembara tapi tetap mahu kekal bergaya dan selesa. Inilah masa untuk jadi antara yang terawal memiliki SUV hibrid premium yang bakal mengubah cara kita lihat dunia off-road. Untuk info lanjut atau nak buat tempahan, layari sajagwm.com.my.
Dengan perkembangan teknologi digital, berkongsi Lesen Kenderaan Motor (LKM) kini lebih mudah melalui aplikasi MyJPJ.
Berikut adalah langkah-langkah lengkap untuk berkongsi LKM anda dengan individu lain:
1: Akses Aplikasi MyJPJ
Buka aplikasi MyJPJ di telefon pintar anda.
Pastikan anda telah mempunyai akaun berdaftar MyJPJ dan log masuk ke dalam aplikasi.
2: Akses Lesen Kenderaan Motor
Di dalam aplikasi, pergi ke Profil Anda.
Pilih menu “Lesen Kenderaan Motor”.
Pilih kenderaan yang anda ingin kongsikan LKM dengan individu lain.
3: Kongsi LKM Digital
Skrol ke bawah sehingga anda melihat butang “Kongsi LKM”.
Klik pada butang tersebut.
Kredit Foto : Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
4: Tambah Senarai Penerima
Anda akan dibawa ke paparan Senarai Penerima LKM Digital, di mana anda boleh melihat individu yang telah berkongsi LKM kenderaan anda.
Untuk menambah penerima baharu, klik butang Tambah di bahagian bawah.
5: Masukkan Maklumat Penerima
Masukkan maklumat berikut:
Nombor Kad Pengenalan penerima LKM.
Tarikh Mula dan Tarikh Akhir perkongsian.
Contohnya, jika rakan anda meminjam motosikal untuk 2 hari, masukkan tarikh mula pada hari peminjaman dan tarikh akhir pada hari pemulangan motosikal.
Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik butang Hantar.
6: Pengesahan Maklumat
Paparan maklumat penerima akan dipaparkan.
Pastikan semua maklumat adalah betul, kemudian klik butang YA untuk pengesahan.
Permohonan telah berjaya dan anda akan diberikan kod keselamatan untuk pengesahan pihak penerima.
Kredit Foto : Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
7: Penerima Sahkan LKM di Aplikasi MyJPJ
Penerima perlu membuka aplikasi MyJPJ mereka dan log masuk.
Pergi ke bahagian Profil > Lesen Kenderaan Motor.
Klik pada nombor pendaftaran kenderaan yang telah dikongsi.
Masukkan kod keselamatan yang telah diberikan oleh pemilik kenderaan.
Setelah pengesahan selesai, LKM Digital telah berjaya dikongsi.
Kesimpulan
Dengan langkah-langkah mudah ini, anda boleh berkongsi LKM Digital dengan individu lain seperti ahli keluarga atau rakan yang menggunakan motosikal anda.
Aplikasi MyJPJ bukan sahaja memudahkan urusan pengesahan, malah memastikan maklumat dikongsi dengan cara yang selamat dan terkawal.
Mulakan penggunaan LKM Digital hari ini dan nikmati kemudahan berkongsi tanpa perlu risau kehilangan pelekat fizikal!
Dalam dunia kelajuan, motosikal berkuasa tinggi mempunyai satu daya tarikan khas. Bingkai ringan yang digabungkan dengan enjin berkuasa menjadikan motosikal sebuah mesin sempurna untuk memecahkan rekod kelajuan.
Pengeluar motosikal sentiasa bersaing untuk menjadi yang terpantas dan berikut adalah lima jenis motosikal yang pernah masuk ke dalam carta motosikal terpantas di dunia :-
Kawasaki Ninja H2R
Kawasaki Ninja H2R bukan sekadar motosikal biasa, tetapi ia merupakan sebuah motosikal Hypersport dengan kuasa yang menakjubkan sebanyak 326 kuasa kuda dan kelajuan maksimum 250 mph (402km/j). Rekabentuk aerodinamiknya digabungkan dengan enjin supercharge menjadikan model ini raja trek yang tidak boleh dipertikaikan.
Kredit Foto : Website Kawasaki
Lightning LS-218
Lightning LS-218 adalah bukti bahawa motosikal elektrik bukan sahaja mesra alam, tetapi mereka juga boleh menjadi sebuah mesin untuk kelajuan. Dengan penghantaran tork segera, kuasa elektrik ini boleh pergi dari 0 hingga 60 mph dalam masa kurang dari dua saat. Kelajuan maksimumnya sebanyak 216 mph (348 km/j) menjadikannya motosikal elektrik pengeluaran terpantas di jalan raya.
Kredit Foto : Website lightningmotorcycle
BMW S 1000 RR
BMW S 1000 RR adalah sebuah motosikal daripada kejuruteraan Jerman. Diperkenalkan sebagai motosikal perlumbaan untuk Kejuaraan Dunia Superbike, reka bentuk dan teknologi pada motosikal ini menjadi kegemaran dalam kalangan peminat kelajuan. Enjin 4-silinder sejajarannya menghasilkan lebih daripada 200 kuasa kuda, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 188 mph (302.5 km/j). Gabungan kelajuan dan ketangkasan menjadikannya pilihan utama bagi pelumba di seluruh dunia.
Kredit Foto : Website bmwmotorcycles
MV Agusta F4 R 312
MV Agusta F4 R 312 bukan sahaja tentang kelajuan tetapi ia adalah tentang mencapai kelajuan tersebut dengan gaya. Kecantikan motosikal Itali ini boleh mencapai kelajuan sehingga 194 mph (312 km/j), dengan keupayaan enjin 998cc dapat menghasilkan sehingga 183 kuasa kuda. Rekabentuknya yang licin dan prestasi yang tidak tertandingi menjadikannya permata dalam mahkota kejuruteraan motosikal Itali.
Kredit Foto : website motorcyclespecs
Dodge Tomahawk
Dodge Tomahawk adalah motosikal konsep yang mencabar definisi motosikal itu sendiri. Dikuasakan oleh enjin V10 dari Dodge Viper, motosikal ini mempunyai kelajuan maksimum teori sehingga 420 mph (680km/j). Walaupun ia kekal sebagai motosikal konsep dan kemampuannya dalam dunia sebenar belum diuji, Tomahawk mewakili kemungkinan tanpa batas kejuruteraan motosikal.
Kredit Foto : Website topspeed.com
Usaha mencari kelajuan adalah proses tanpa henti. Seiring kemajuan teknologi dan batasan kejuruteraan yang kian pesat membangun, motosikal akan terus memecahkan rekod kelajuan mereka.
Mungkin ada lagi senarai motosikal yang pernah mendapat takhta kelajuan ini, penulis akan kongsikan lagi pada masa akan datang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Boon Siew Honda (BSH) sekali lagi mencuri perhatian peminat motosikal tempatan dengan memperkenalkan warna baharu untuk model popular mereka, Honda Wave Alpha 2025.
Moped 110cc ini kini tampil lebih segar dengan empat pilihan warna baharu iaitu Perak, Biru, Merah, dan Hitam, sesuai untuk pelbagai cita rasa.
Dari segi prestasi, Honda Wave Alpha 2025 terus mengekalkan keunggulannya dengan enjin 109.2cc yang dilengkapi teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-FI).
Enjin ini bukan sahaja memberikan kuasa yang cekap tetapi juga memastikan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi – menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan harian.
Honda Alpha Wave Warna Biru – RM5,309
Kelebihan Lain
Tangki petrol berkapasiti 4.1 liter, cukup untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak. Tidak ketinggalan, ruang utiliti seluas 7.3 liter yang praktikal untuk menyimpan barangan peribadi seperti jaket atau keperluan lain.
Bagi mereka yang sering berulang-alik atau membuat perjalanan jarak dekat, ciri ini pastinya sangat membantu.
Untuk pengalaman menunggang yang lebih selesa, Honda Wave Alpha menampilkan tempat duduk yang lebih luas, memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang dan pembonceng, sama ada untuk perjalanan singkat atau jarak jauh.
Harga Mengikut Warna
Model ini ditawarkan pada dua julat harga yang berbeza bergantung kepada warna. Warna Perak, Biru, dan Merah dijual pada harga bermula RM5,309, manakala pilihan warna Hitam hadir dengan harga lebih rendah iaitu RM5,259.
Harga yang kompetitif ini, bersama reka bentuk menarik dan ciri praktikal, menjadikan Honda Wave Alpha pilihan utama di kalangan pengguna motosikal di Malaysia.
Honda Alpha Wave Warna Perak – RM5,309
Pakej Waranti
Sebagai tambahan, setiap pembelian Honda Wave Alpha disertakan dengan pakej waranti selama dua tahun atau jarak perbatuan sehingga 20,000km. Bergantung kepada mana yang dicapai dahulu.
Ini memberikan ketenangan minda kepada pembeli kerana mengetahui pelaburan mereka dilindungi oleh jaminan pengeluar.
Dengan pelancaran warna baharu ini, Honda Wave Alpha 2025 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu moped paling digemari di pasaran.
Sama ada untuk pelajar, pekerja, atau pengguna yang mencari motosikal lasak dan menjimatkan. Model ini tetap relevan dengan keperluan masa kini.
BMW Motorrad Malaysia secara rasmi memperkenalkan jentera touring premium terbarunya, BMW R 1300 RT untuk pasaran tempatan. Model ini tampil dengan lima pilihan varian...