JETOUR mungkin nama yang masih baharu di telinga rakyat Malaysia. Namun percayalah, jenama ini bukan datang dengan tangan kosong. Baru-baru ini, JETOUR Malaysia melancarkan model SUV pertamanya yang dinamakan Dashing.
Dalam satu acara penuh gaya di MITEC, Kuala Lumpur, JETOUR tidak sekadar hadir untuk mencuba nasib. Mereka betul-betul datang dengan pelan besar dan teknologi canggih yang membuatkan pesaing model SUV tidak boleh terlepas pandang.
Rekaan Moden dengan Sentuhan Futuristik
Pertama sekali, mari kita cerita tentang rupa luarannya. Dashing ialah SUV lima tempat duduk dengan gaya 3D coupe fastback. Kepada yang memandangnya pasti terus fokus kepada semua sudutnya.
Dengan dimensi 4,590mm panjang, 1,900mm lebar, dan 1,685mm tinggi. Ia duduk kemas dalam segmen SUV kompak premium segmen C. Rekaan bumbung yang melandai seperti kereta sport dan lengkungan badan yang kemas memberi gabungan gaya dan praktikaliti.
Antara ciri menarik pada bahagian luar ialah pemegang pintu sensor pintar yang tersembunyi. Ia akan muncul secara automatik bila kunci pintar menghampirinya, serupa macam dalam filem sains fiksyen.
Lampu utama LED dengan sistem ‘follow-me-home’, lampu siang Mecha-Eyes, dan lampu belakang gaya bendera perlumbaan menyerlahkan gaya sporty dan moden Dashing.
Kabinnya? Premium habis.
Masuk ke bahagian dalam, penumpang disambut dengan dua pilihan tema warna dalaman. Hitam & merah atau off-white yang nampak mewah dan bersih. Kabin luas dengan rekaan lantai belakang tanpa bonggol tengah, dan panoramik sunroof sebesar 75 inci.
Ads
Perincian ini memberi suasana luar ke dalam kereta dengan lancar. Sesuai sangat untuk yang suka bercuti dan menjelajah.
Kapasiti kargo belakang juga tidak ketinggalan. Luas dan cukup untuk simpan khemah, peralatan BBQ, atau bagasi penuh bila nak merantau ke seluruh penjuru.
Teknologi Pintar, Pengalaman Premium
JETOUR Dashing juga dibekalkan dengan sistem arahan suara pintar. Nak kawal aircond, tingkap, muzik, semua boleh hanya dengan suara. Sistem infotainment pula menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Turut disediakan pengecas tanpa wayar untuk kemudahan tambahan.
Untuk mereka yang cerewet soal keselesaan, model ini turut hadir dengan penapis udara CN95. Lampu ambien yang boleh disesuaikan, dan saluran udara belakang untuk kesejukan sekata dalam kabin.
Ads
Keselamatan? Jangan risau.
Antara ciri keselamatan utama ialah sistem amaran titik buta. Amaran penukaran lorong. Amaran lintasan trafik belakang dan amaran pintu terbuka. Semua guna radar gelombang milimeter untuk tahap ketepatan tinggi. Pintu tailgate elektrik juga boleh dilaras tinggi rendah ikut kehendak pengguna, lengkap dengan sistem anti-tersepit.
Enjin Turbo dan Harga Kompetitif
Dari segi prestasi, Dashing menggunakan enjin 1.5L turbo yang mampu menjana 156PS (153HP) dan 230Nm tork. Cukup mantap untuk pemanduan harian dan perjalanan jauh.
Ia hadir dalam dua varian, Comfort (RM109,800) dan Prime (RM116,800) – harga yang sangat berbaloi dengan semua kelengkapan yang ditawarkan.
Pelan Besar untuk Malaysia
JETOUR memandang serius pasaran Malaysia, mereka bukan saja memperkenalkan model baru. Malah,i turut menandatangani MoU penting bersama Berjaya, membuka laluan untuk pemasangan tempatan (CKD) dengan teknologi Industri 4.0.
Ads
Sekurang-kurangnya 15 pusat jualan dan servis telah dirancang, dengan jumlah keseluruhan mencecah 30 pusat 3S dan 4S menjelang akhir tahun ini di seluruh negara.
Dengan pelancaran ini, JETOUR bukan sahaja memperkenalkan SUV baharu. Mereka sebenarnya sedang membuka lembaran baru dalam industri automotif Malaysia. Dan dari apa yang kita nampak sekarang, Dashing bukan sekadar nama – tapi juga satu kenyataan.
Menyambut tahun baharu, Edaran Tan Chong Motor memperkenalkan sedan segmen B terbaru mereka, Nissan Almera 2024, yang kini diserlahkan dengan pakej KURO Edition dan warna baharu Glacier Grey yang memukau.
Pakej KURO dengan harga RM8,000 membawa sentuhan unik ke Almera 2024. Dibangunkan oleh TOMEI Jepun, kit aero ini didatangi dengan pilihan rim aloi (15 atau 16 inci), bampar depan, bampar belakang, skirt sisi, dan spoiler belakang, semuanya datang dengan kemasan hitam berkilat yang menawan.
Aksesori tambahan termasuk Film Tinting ICE Cool, pedal sukan, plat pemijak kaki, pelindung pemegang pintu, dan visor pintu turut disertakan dalam pakej ini. Bagi peminat yang mencari lebih, terdapat pakej KURO GT dengan tambahan RM3,200, yang menghadirkan GT Wing TOMEI dan rim aloi perlumbaan IMPUL bersaiz 16 inci.
Kredit Foto: Careta.my
Meskipun tanpa perubahan spesifikasi, Almera 2024 tetap bangga dengan enjin 1.0 liter turbo menghasilkan 100 hp dan 152 Nm, dengan transmisi CVT Xtronic, dan kecekapan bahan api yang mengagumkan pada 18.4 km/L.
Dalam kabin, Almera menyajikan skrin paparan semi digital 7 inci, skrin infohibur 8 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta bentuk stereng bawah yang rata, ia memberikan sentuhan sporti kepada pengalaman memandu.
Nissan Almera 2024 juga mengekalkan kelengkapan Nissan Intelligent Mobility dan Nissan Safety Shield 360, termasuk fungsi seperti Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (IFCW), Brek Kecemasan Hadapan Pintar (IFEB), Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, dan kamera 360 darjah.
Kredit Foto: Careta.my
Dengan tiga varian yang ditawarkan, harga jualan Nissan Almera 2024 bermula dari RM83,888. Untuk menyambut pelancaran pakej ini, pembeli berpeluang mendapatkan promosi Pakej KURO Edition dengan tambahan RM1,000, atau RM1,500 untuk pakej KURO GT yang terhad kepada 300 unit sahaja.
Awal bulan yang lalu, BMW telah memperkenalkan varian kereta lengkap berperisai sepenuhnya bagi barisan sedan perdana yang diberi nama G70-gen BMW i7 Protective dan 7 Series Protective.
Kredit Foto: drive.com.au
Kedua-dua sedan berperisai ini lengkap dibina dengan casis lebih tegap, komponen luaran kalis letupan dan cermin kalis peluru.
Kredit Foto: drive.com.au
Penghasilan kereta anti keganasan seperti ini bukanlah yang pertama kali dibuat oleh BMW. Menyingkap sejarah, model pertama yang diperkenalkan sebagai kereta pertama kalis letupan ialah BMW 7 Series generasi E23 tahun 1978.
Kredit Foto: drive.com.au
Walaupun mereka mempunyai pengalaman dalam menghasilkan kereta anti keganasan, namun ini merupakan kali pertama BMW menghasilkan kereta seperti ini dengan menggunakan platform elektrik. Ini secara langsung membuatkan BMW i7 sebagai kereta elektrik pertama di dunia dengan ciri kalis peluru dan letupan.
Kredit Foto: drive.com.au
Kedua-dua model ini dibina dengan rangka keluli berperisai yang dinamakan sebagai Teras Perlindungan BMW (BMW Protection Core). Perisai ini dipasang di semua pintu, bahagian bawah kereta dan juga bumbung. BMW mendakwa ia boleh bertahan dari bahan letupan, peluru, serangan dron dan juga bom tangan.
Kredit Foto: drive.com.au
Untuk bahagian cermin pula, BMW memasang cermin perlindungan gred-10 VPAM iaitu tahap perlindungan tertinggi untuk kenderaan perlindungan awam.
Kredit Foto: drive.com.au
Secara keseluruhannya, kedua-dua model dilengkapi dengan tahap perlindungan keselamatan balistik VR9 dan rintangan letupan PAS 300 yang menjadikan kedua-dua model boleh menahan serangan balistik daripada peluru yang bergerak pada kelajuan sehingga 820 meter/saat.
Kredit Foto: drive.com.au
Selain dari hasil kerja cermin dan kerangka kereta, 7 Series Protection turut didatangkan dengan tangki minyak khas kedap-sendiri (self-sealing fuel tank) yang boleh mengelakkan tangki minyak dari bocor seterusnya membolehkan kereta terus bergerak walaupun sedang diserang.
Kredit Foto: drive.com.au
Manakala untuk roda, ia dilengkapi dengan rim aloi ringan khas PAX 20 inci dengan ciri ‘run-flat ring’ yang membolehkan kereta bergerak sehingga 50km/j walaupun tayar telah pancit sepenuhnya.
Kredit Foto: drive.com.au
Kesemua bahan tambahan ini menyumbang kepada penambahan berat pada kedua-dua model tersebut seterusnya mempengaruhi prestasi asal kereta tersebut. Namun begitu, BMW tidak mengeluarkan lagi kiraan berat yang tepat kepada umum.
Kredit Foto: drive.com.au
Secara dasarnya, i7 Protection dikuasakan oleh dwi motor yang sama dengan model bukan perisai iaitu sebanyak 536 HP dengan daya kilas 744 Nm. Dalam i7 yang biasa, rangkaian kuasa tersebut mampu mengerakkan kereta dari 0-100km/j dalam masa 4.7 saat.
Kredit Foto: drive.com.au
Namun, pada i7 Protection masa itu berganda kepada 9 saat dengan had laju maksimum hanyalah 160 km/j sahaja. Pada model 7 Series Protection pula, ia menggunakan enjin 4.4 liter V8 hibrid ringan (MHEV) dengan 522 HP dan daya kilas 750 Nm.
Kredit Foto: drive.com.au
Walau bagaimanapun, masa pecutan telah menurun daripada 4.2 saat dalam 760i standard kepada 6.6 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 209km/j, ini menjadikan 7Series Protection model yang lebih pantas bagi dua model berperisai itu.
Kredit Foto: drive.com.au
BMW i7 dan 7 Series Protection baharu akan diperkenalkan kepada umum di fasiliti Dingolfing BMW di Jerman. Kedua-dua model itu akan membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai pada pameran Mobiliti IAA 2023 yang akan datang. Ia turut dikenali sebagai Pameran Motor Munich (Munich Auto Show) yang akan berlangsung pada September ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pada awal tahun lalu, jenama BYD YangWang telah memperkenalkan sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diberi nama U8 . Jentera hebat ini tampil menggunakan konsep elektrik 100% dan diyakini mampu menjadi pesaing kepada jenama SUV elektrik yang lain seperti Land Rover dan Mercedes-Benz.
Memetik laporan terbitan akhbar China, ia dilengkapi dengan motor elektrik pada U8 menghasilkan 220-240 kW (299 PS-326PS) dan daya kilas dari 320 Nm hingga 420 Nm. Gabungan ini menghasilkan hingga 1,304 PS dan daya kilas 1,680 Nm.
YangWang U8 mempunyai dimensi 5,300 mm panjang dengan jarak antara roda 3,050 mm yang dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci bersama tayar berukuran 275/60. Sebagai perbandingan, Land Rover Defender berukuran 5,018 mm panjang, lebar 2,105mm dan 1,967 mm tinggi dengan jarak antara roda adalah 3,022 mm.
Kredit Foto: Paultan.org
Model U8 ini menggunakan BYD Blade Baterries, dimana platform kuasa elektriknya dikenali sebagai platform E4. Menariknya, komponen ini bergerak secara individu untuk setiap motor, lalu menghasilkan pengendalian yang responsif termasuk mod pemanduan semasa salji, berpasir dan paling tidak disangka, model ini mampu terapung dalam air selama 30 minit!
Fungsi terapung di atas air ini bukanlah bermakna anda boleh pergi memancing dengan U8, ia bertujuan untuk membantu anda mengemudinya jika tersangkut di dalam banjir. Kelajuan semasa menggunakan mod ini pula tidaklah laju, hanya 3 km/j sahaja.
Menurut BYD, U8 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3 saat sahaja dan motor individunya membantu kawal hamburan kuasa tork sehingga 1,000 kali per saat. Ia bagi memastikan pemandu sentiasa dalam kawalan kenderaan ini walaupun dalam situasi tayar pancit.
Kredit Foto: Paultan.org
Tambah BYD lagi, YangWang U8 boleh meluncur sehingga mencapai kelajuan 120 km/j walaupun dengan tayar pancit. Selain itu, U8 adalah model pertama yang dilancarkan dari jenama YangWang dan SUV elektrik ini ditawarkan bermula dari 1 juta Yuan atau RM642,000 untuk pasaran China.
1 of 5
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
UMW Toyota Motor Perkukuh Usaha Mobiliti Hijau Negara
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian negara melalui satu kolaborasi strategik bersama...