Malaysia bakal menyaksikan satu lagi perkembangan menarik dalam arena perlumbaan tempatan apabila GR86 Cup Malaysia Series diumumkan sebagai satu-satunya siri perlumbaan sejenis yang akan bermula tahun 2025. Menampilkan model sport coupe terbaharu Toyota GR86, siri ini menjanjikan aksi kompetitif dan padat adrenalin buat pelumba serta peminat.
Anjurkan Haro Sports and Entertainment Sdn. Bhd.
Perlumbaan ini akan membuat kemunculan sulungnya sebagai acara sokongan sempena pusingan Malaysia dalam kalendar SUPER GT 2025. Dari 26 hingga 28 Jun di Litar Antarabangsa Sepang.
Siri ini akan terdiri daripada tiga pusingan – dua pusingan pertama dengan format perlumbaan 10 pusingan. Manakala penutup musim nanti tampil lebih dramatik dengan perlumbaan sejauh 86 pusingan penuh!
Toyota GR86 Dari Jepun!
Menurut Fahrizal Hasan, Rakan Pengurusan Haro Sports, siri ini direka untuk menjadi medan saingan sengit tetapi masih mampu milik. Dengan penekanan utama terhadap kemahiran pemanduan sebenar, bukan kelebihan jentera semata-mata.
Hanya 30 unit GR86 Cup akan ditawarkan secara first come, first serve pada harga RM208,315.00 seunit (termasuk cukai dan penghantaran ke litar).
Unit GR86 ini dibawa khas dari Jepun dan diubah suai sepenuhnya untuk kegunaan litar sahaja – tidak dibenarkan untuk jalan raya awam. Ia dibina mengikut piawaian kategori SP1 Siri Kejuaraan Malaysia 2025.
Dari segi spesifikasi, GR86 Cup menggunakan enjin naturally aspirated boxer 2.4L 4-silinder dengan suntikan terus D-4S. Menghasilkan 228hp dan 250Nm tork. Kotak gear manual 6-kelajuan dengan LSD Torsen digandingkan dengan klac perlumbaan dan sistem penyejuk transmisi – semuanya direka khas untuk ketahanan perlumbaan sebenar.
Spesifikasi Ringkas
Cengkaman dan kawalan diperhebat dengan sistem suspensi KW Racing inverted strut bersama bush TRD. Manakala sistem brek pula menggunakan kaliper monobloc Advics 4-piston depan dan 2-piston belakang, dengan cakera besar berdiameter 345mm depan dan 330mm belakang.
Bagi tayar, GR86 Cup akan dilengkapkan dengan Bridgestone Potenza RE-71RS bersaiz 225/45R17. Dipasang pada rim ringan forged alloy Raxer RP10X bersaiz 17 inci.
Keselamatan pula diberi perhatian serius – dengan roll cage khas, tempat duduk spesifikasi FIA model Bride ZETA dan tali pinggang keselamatan 6-point HANS. Sistem pemadam kebakaran turut dipasang untuk perlindungan maksima.
Jadi buat pelumba dan peminat yang dah lama mengidam peluang berlumba secara serius. GR86 Cup Malaysia Series ini mungkin tiket anda ke dunia perlumbaan sebenar!
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, hubungi Fahrizal di 012-9059619, Raja Zaini di 019-3675667, atau Yamin Shafie di 012-6151650.
Dari GT Cup Series
Baca Juga Autobacs Super GT 2025 Bakal Gegarkan Sepang Jun Ini!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.