Mercedes-Benz FashionWeek Kuala Lumpur (MBFWKL) kembali untuk tahun ketujuh dengan tema “The Icon”. Menampilkan gaya ikonik dan teknologi baru. Acara ini menyatukan dunia fesyen dan automotif dalam satu persembahan yang bergaya dan menarik.

Reka Bentuk Ikonik Bertemu Teknologi Hijau

Bertempat di The Exchange TRX, acara ini memperkenalkan buat pertama kalinya model elektrik baharu Mercedes-Benz G-Class

Model ini masih mengekalkan bentuk klasiknya, tetapi kini menggunakan teknologi elektrik untuk lebih mesra alam dan sesuai dengan masa depan.

Kuasa dan Gaya dalam Barisan Mercedes-AMG

Model-model Mercedes-AMG juga ditonjolkan, termasuk GT 63 4MATIC+ Coupé, SL 63 4MATIC+, G 63, dan A 45 S 4MATIC+ edisi terhad. Kereta-kereta ini direka untuk menunjukkan kekuatan dan kelajuan. Malah, ia juga menonjolkan gaya moden dan mewah.

Pereka Fesyen Menampilkan Identiti dan Kreativiti

Seramai 16 pereka fesyen dipilih untuk menunjukkan hasil rekaan mereka, termasuk nama-nama terkenal seperti Justin Yap, Dickson Lim, Khoon Hooi, dan Weihaoyong

Ads

Mereka menampilkan pelbagai jenis pakaian moden, kreatif dan beridentiti tersendiri. Pereka seperti SETH&LUNA MALAYA menggunakan unsur budaya dalam rekaan mereka. Manakala TEMMA PRASETIO membawa gaya ringkas dan sesuai untuk semua jantina.

Fesyen dan Kereta Mewah Berkongsi Nilai Sama

Nadia Trimmel, Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia berkata:

“Menjadi ikonik bermaksud kita perlu berubah dengan bijak dan bertanggungjawab, sambil mengekalkan nilai dan gaya.”

Ads

Ini menunjukkan bahawa dunia fesyen dan automotif berkongsi matlamat yang sama. Mencipta pengalaman yang hebat, bergaya dan juga lestari untuk masa depan.

Rakan Acara Membawa Sentuhan Profesional

Beberapa jenama terkenal seperti Schwarzkopf Professional, M·A·C Cosmetics, SEIBU, Luen Heng, dan Crowne Plaza Kuala Lumpur menyumbang kepada kejayaan acara ini. Mereka memberikan sokongan dari segi penampilan, pengalaman dan gaya hidup.

Pameran Mercedes-Benz Roadshow

Sebagai acara penutup, Mercedes-Benz Roadshow yang berlangsung dari 9 hingga 15 Jun membawa orang ramai melihat dengan lebih dekat kereta-kereta hebat Mercedes-Benz. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri gabungan sejarah, gaya dan inovasi.

Ads

Dari Mercedes Benz Malaysia

Baca Juga #SoAMG – Pelancaran Model Prestasi Terkini Mercedes-AMG

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI