Mercedes-Benz FashionWeek Kuala Lumpur (MBFWKL) kembali untuk tahun ketujuh dengan tema “The Icon”. Menampilkan gaya ikonik dan teknologi baru. Acara ini menyatukan dunia fesyen dan automotif dalam satu persembahan yang bergaya dan menarik.
Bertempat di The Exchange TRX, acara ini memperkenalkan buat pertama kalinya model elektrik baharu Mercedes-Benz G-Class.
Model ini masih mengekalkan bentuk klasiknya, tetapi kini menggunakan teknologi elektrik untuk lebih mesra alam dan sesuai dengan masa depan.
Model-model Mercedes-AMG juga ditonjolkan, termasuk GT 63 4MATIC+ Coupé, SL 63 4MATIC+, G 63, dan A 45 S 4MATIC+ edisi terhad. Kereta-kereta ini direka untuk menunjukkan kekuatan dan kelajuan. Malah, ia juga menonjolkan gaya moden dan mewah.
Seramai 16 pereka fesyen dipilih untuk menunjukkan hasil rekaan mereka, termasuk nama-nama terkenal seperti Justin Yap, Dickson Lim, Khoon Hooi, dan Weihaoyong.
Mereka menampilkan pelbagai jenis pakaian moden, kreatif dan beridentiti tersendiri. Pereka seperti SETH&LUNA MALAYA menggunakan unsur budaya dalam rekaan mereka. Manakala
TEMMA PRASETIO membawa gaya ringkas dan sesuai untuk semua jantina.Nadia Trimmel, Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia berkata:
“Menjadi ikonik bermaksud kita perlu berubah dengan bijak dan bertanggungjawab, sambil mengekalkan nilai dan gaya.”
Ini menunjukkan bahawa dunia fesyen dan automotif berkongsi matlamat yang sama. Mencipta pengalaman yang hebat, bergaya dan juga lestari untuk masa depan.
Beberapa jenama terkenal seperti Schwarzkopf Professional, M·A·C Cosmetics, SEIBU, Luen Heng, dan Crowne Plaza Kuala Lumpur menyumbang kepada kejayaan acara ini. Mereka memberikan sokongan dari segi penampilan, pengalaman dan gaya hidup.
Sebagai acara penutup, Mercedes-Benz Roadshow yang berlangsung dari 9 hingga 15 Jun membawa orang ramai melihat dengan lebih dekat kereta-kereta hebat Mercedes-Benz. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri gabungan sejarah, gaya dan inovasi.
Baca Juga #SoAMG – Pelancaran Model Prestasi Terkini Mercedes-AMG
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.