Kenderaan Elektrik Pertama PROTON Menjadi Tarikan Utama
Proton bersedia menarik perhatian pengunjung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.
Acara ini akan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Antara tarikan utama kali ini ialah Proton e.MAS 7, iaitu kenderaan elektrik (EV) pertama dari jenama automotif Malaysia ini.
Selain itu, pengunjung juga dapat melihat kereta lumba Proton S70 R3, konsep PROTON X50 Sport Edition (SE), serta model semasa lain seperti PROTON X50 2024, PROTON X70 2025, PROTON X90, PROTON S70 dan Proton Saga.
Langkah Menuju Masa Depan Mobiliti
Pada edisi KLIMS 2018, PROTON memperkenalkan SUV pertamanya, PROTON X70.
Tahun ini, Proton membawa pratonton terakhir Proton e.MAS 7, EV pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember 2024.
e.MAS 7, yang dibangunkan bersama Geely, merupakan SUV segmen C dengan dua tahap trim, Prime dan Premium.
Model ini menawarkan ruang dalaman yang terbaik dalam kelasnya, serta pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan canggih termasuklah Advanced Driver Assistance System (ADAS) tahap 2.
Proton e.MAS 7 adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang PROTON untuk menjadi jenama automotif bertaraf dunia.
Ads
Kehadira model ini mencerminkan komitmen PROTON dalam memperkenalkan mobiliti lestari kepada rakyat Malaysia.
Selain ini model ini bakal menjadi pemangkin kepada masa depan industri automotif negara.
Kereta Lumba Proton S70 R3 – Daya Tarikan Buat Penggemar Perlumbaan
Selain daripada e.MAS 7, dua model lain turut menjadi fokus utama KLIMS 2024.
Pertama ialah Proton S70 R3, kereta lumba yang telah membuat penampilan sulungnya pada 23 November di Sepang dalam perlumbaan Sepang 1000km.
Di KLIMS, pengunjung berpeluang melihat Proton S70 R3 dalam keadaan yang sama seperti ketika ia menamatkan perlumbaan.
Lebih menarik, peminat juga boleh bertemu dengan pemandu-pemandu R3 pada hujung minggu untuk bertanyakan soalan dan bergambar bersama mereka.
PROTON X50 SE – Kajian Reka Bentuk yang Menawan
Model prestasi kedua yang turut menjadi tarikan ialah PROTON X50 SE.
Ads
Model ini adalah model konsep yang menampilkan kajian reka bentuk untuk mempamerkan kehebatan PROTON X50, SUV terlaris PROTON.
Penampilan X50 SE di KLIMS 2024 bertujuan untuk menilai sambutan orang ramai terhadap gaya rekaan yang lebih sporty dan berani.
Kemajuan Teknologi dan Pengalaman Interaktif
Menurut Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, “KLIMS 2024 adalah pentas terbaik untuk mempamerkan kemajuan terkini PROTON, termasuk pelancaran EV pertama kami yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, peluang untuk merasai keterujaan kereta lumba R3, serta pameran konsep sporty terkini berdasarkan model PROTON X50 2024.
Pada masa yang sama, PROTON akan berkongsi visi untuk mobiliti lestari pada masa hadapan dan meneroka arah tuju baru industri automotif negara.”
Selain pameran kenderaan, pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti kegemaran mereka, menikmati hadiah menarik, serta menyertai aktiviti interaktif digital yang mengujakan, termasuk pertunjukan LED 3D dan promosi eksklusif KLIMS 2024.
Ads
Antara ganjaran menarik yang ditawarkan ialah baucar servis bernilai RM500 dan rebat tambahan sehingga RM2,000 untuk model-model terpilih.
Terdapat juga promosi PROTON Vaganza Akhir Tahun dengan rebat sehingga RM7,000 bagi model tertentu.
Nikmati Tawaran Hebat di KLIMS 2024
Pengunjung juga boleh menikmati pakej nilai tambahan yang menawarkan penjimatan jangka panjang, termasuk servis percuma selama dua tahun bagi model-model terpilih.
Ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang ingin memiliki kenderaan PROTON dengan penjimatan hebat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.proton.com/en atau kunjungi cawangan PROTON terdekat.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Honda telah bekerjasama dengan The Pokémon Company untuk melancarkan Projek Honda Koraidon.
Projek ini merupakan satu inisiatif inovatif bagi membangunkan kenderaan masa depan yang diinspirasikan daripada Koraidon.
Koraidon adalah Pokémon legenda yang muncul dalam permainan Pokémon Scarlet.
Konsep & Pembangunan Honda Koraidon
Projek ini bermula dengan idea bahawa Honda mampu menghasilkan Koraidon versi Honda yang memiliki identiti tersendiri.
Projek ini berlandaskan falsafah “Monozukuri”, seni pembuatan yang menjadi tunjang kepada industri automotif Jepun.
Dalam usaha merealisasikan konsep ini, seramai 40 jurutera terpilih dari bahagian jentera dua roda, enjin, dan penyelidikan inovatif Honda telah dilibatkan.
Teknologi Honda & Impian Kanak-Kanak
Dengan slogan “Honda’s Devotion Makes Children’s Dreams Come True”, projek ini menggabungkan falsafah reka bentuk dan teknologi simulasi yang telah diterapkan oleh Honda dalam pengeluaran motosikal selama bertahun-tahun.
Teknologi penstabilan canggih yang dibangunkan oleh Innovative Research Excellence turut digunakan untuk membolehkan motosikal ini menampilkan pengalaman sebenar dari dunia permainan Pokémon ke alam realiti.
Pameran Perdana Honda Koraidon Telah Berlangsung
Honda Koraidon telah dipamerkan kepada umum di Honda Welcome Plaza Aoyama, Jepun pada 7 hingga 9 Mac 2025.
Acara ini telah memberi peluang kepada peminat automotif dan Pokémon untuk menyaksikan sendiri bagaimana teknologi dan imaginasi bergabung dalam inovasi terbaru Honda.
Walaupun pameran telah berakhir, impak projek ini terus mencetuskan perbincangan dalam dunia teknologi dan automotif
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
RM311.8 juta telah dikumpulkan daripada penjualan nombor pendaftaran kenderaan pada tahun 2023, dengan tambahan kutipan sebanyak RM21 juta daripada nombor plat khas siri M__M, menurut keterangan yang diberikan di Dewan Rakyat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) semasa sesi soal jawab, menyatakan bahawa penjualan nombor pendaftaran kenderaan siri khas tersebut bermula pada tahun 2019, dengan bidaan dimulakan pada tahun 2023. Untuk siri khas ‘M_M’, jumlah hasil jualan mencatatkan RM21 juta.
Siri M_M, yang melambangkan ‘Malaysia Merdeka’, diperkenalkan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66, dengan dua huruf ‘M’ mengapit nombor (contohnya, M 8888 M). Loke turut mendedahkan bahawa jumlah kutipan untuk siri GOLD ialah RM17 juta.
Kredit Foto: Motoqar
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Raja Malaysia, yang telah membida nombor plat ‘GOLD1’ dan menyumbangkan kepada hasil kerajaan.
Sebahagian besar daripada hasil tersebut akan disalurkan semula kepada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk bantuan kepada golongan kurang berkemampuan. Menurut Loke, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa Bajet 2024, sebahagian daripada hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan akan digunakan untuk membayar ujian memandu bagi lesennya, memanfaatkan lebih daripada 40,000 belia dari keluarga kurang berkemampuan.
Selain itu, sebanyak 100,000 topi keledar, termasuk topi keledar kanak-kanak, akan dibekalkan dan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang berkemampuan, sebagai sebahagian daripada usaha membantu golongan yang memerlukan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
MG Motor Malaysia kembali menggempur pasaran automotif tanah air sempena pertengahan tahun ini dengan tawaran hebat yang tidak wajar dilepaskan! Fokus utama diberikan kepada dua model tumpuan – MG5 dan MG4 – yang kini ditawarkan dengan promosi luar biasa bagi memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan gaya, kecekapan dan nilai terbaik untuk wang mereka.
MG5 – Sedan Luas, Bergaya & Berbaloi Dimiliki
Untuk peminat sedan segmen-B, MG5 tampil sebagai pilihan ideal. Ia kini boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM86,900. Iaitu penjimatan sebanyak RM7,000 berbanding harga asal RM93,900.
Dengan reka bentuk luaran yang bergaya, ruang dalaman yang luas serta pengalaman pemanduan yang lancar. MG5 sesuai untuk mereka yang mahukan kereta praktikal tanpa mengorbankan elemen elegan dan keselesaan.
MG4 – EV Mampu Milik dengan Tawaran Eksklusif
Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan peralihan ke kenderaan elektrik (EV), inilah masa terbaik untuk melakukannya. MG Motor memperkenalkan kempen “Pandu Dulu, Bayar Kemudian” untuk model MG4, menawarkan:
Sehingga 12 bulan ansuran percuma untuk varian MG4 Lux
Sehingga 8 bulan ansuran percuma untuk MG4 Standard
Promosi ini menjadikan pemilikan EV lebih mudah dan mampu milik, sekaligus memberi ruang kepada rakyat Malaysia memulakan perjalanan ke arah gaya hidup elektrik tanpa beban kewangan yang tinggi.
Kenapa MG Wajar Jadi Pilihan Anda?
MG terkenal dengan reka bentuk yang moden dan berani, teknologi pintar serta prestasi pemanduan ala British yang tersendiri. Tawaran pertengahan tahun ini membuktikan komitmen MG dalam menyediakan kenderaan berkualiti tinggi yang mampu milik – tanpa mengorbankan aspek keselamatan, inovasi dan keseronokan memandu.
Datang & Alami Sendiri MG!
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran sah MG di seluruh negara pada hujung minggu ini untuk:
Uji pandu MG5 & MG4
Jadi antara yang terawal mencuba model SUV elektrik baharu MGS5 EV yang kini mula diperkenalkan di jalan raya Malaysia
Sejak ditubuhkan pada tahun 1924, MG sentiasa berada selangkah di hadapan dalam dunia automotif. Kini di bawah naungan SAIC Motor, antara pengeluar kereta Top 10 dunia, MG menawarkan pelbagai pilihan kenderaan elektrik yang pintar, selamat dan berpatutan – direka di Shanghai bersama studio reka bentuk canggih di London, dan tersedia di pelbagai pasaran antarabangsa.
Cuci kereta percuma menanti anda 21 & 22 Jun ini di Elmina Lakeside Mall!
Buat peminat kereta yang tak pernah kompromi bab kebersihan dan penampilan...